Aeden mengurut pelipis dahinya. Kenapa lah isterinya ini degil sangat? Baru seminggu pulang kerumah, macam-macam hal terjadi. Disuruh berehat pun tak mahu.
"Abanggg...pleaseee sayang teringin laaa"rayu Emerlyn dengan wajah yang dicomelkan berserta mata dikerdip-kerdip beberapa kali.
"Sayang, kau pernah nampak manusia makan daging manusia tak? Ada juga aku telan kau hidup hidup nanti." Ini lagi satu! Ada ke patut Emerlyn meminta dia untuk memakai kostum dinasour? Dia sudah mahu masuk 30 tahun! Disuruh pakai macam budak-budak?! Sangat tidak masuk akal. Emerlyn mencebikkan bibir.
"Abang dah tak sayang Lyn kan? Lyn tak suka tau abang panggil kau aku!"ujar Emerlyn. Tersebik-sebik bibirnya. Hidungnya mula memerah. Entah mengapa sensetif sangat dirinya akhir akhir ini.
"Yelah yelah abang pakai baju ni. Sayang jangan nangis lagi ye. Abang minta maaf. Janji tak buat lagi." Ikrar Aeden dengan dua jari diangkat ke sisi. Persis anak kecil gayanya.
Usai menyarung baju dinasour yang dibelikan oleh Emerlyn, Aeden berdiri dengan muka kelatnya di hadapan isterinya.
"Puas?"soal Aeden mogok. Pelik tau tak pakai baju binatang ni?! Ya Allah apahal la isteri aku ni!!!
Tiba-tiba, pintu rumah mereka dibuka dari luar tanpa ketukkan atau salam. Tersembul wajah Zackry tanpa rasa bersalah. Bersahaja dia melangkah masuk ke dalam rumah banglo itu.
"Wow bro, terlepas dari zoo mana ni? Nak aku hantar balik tak? Nak naik apa? Bas? Van? Ohhh lori! Tak pun lori kontena." Terbahak-bahak Zackry mentertawakan Aeden dengan costume dinasournya. Aeden mengetap bibir.
"Sebelum aku hantar kau tujuh kaki ke dalam lepas dua jumaat naik van jenazah, baik kau berambus."ugut Aeden dengan wajah mendatar. Rasa sebal menebal di dada.
"Woo woo easy boy. Aku datang ni ada hajat. Berat aku nak cakap. Tapi kau je boleh tolong aku."ujar Zackry dengan wajah yang masih memerah kerana tertawa lepas sebentar tadi.
"Kesiannya Zack! Ada masalah apa? Meh lah cerita dekat Lyn."sambut Emerlyn kemudian duduk di sebelah Zackry.
Terbutang mata Aeden melihat tindakkan spontan isterinya. Dia mengepal menumbuk menarah marah. Hendak di marah, isteri. Tak tahu ke dia cemburu?! Suka suka dia je nak duduk sebelah lelaki lain depan dia.
Sudahnya dia yang kena berjuang sendiri. Nak harapkan isteri faham macam lambat lagi je. Pasrah jelah.
Aeden duduk diantara Zackry dan Emerlyn dengan costume dinasour yang masih tersarung kemas di badan dengan wajah sungulnya.
"Hishh! Apa abang ni?"marah Emerlyn. Baru sahaja Zackry hendak bercerita, Aeden pula datang menganggu. Potong mood betul lah!
"What?! Dia datang sini cari abang lah. Sayang tak payah sibuk. Pergi duduk sana jauh jauh. Shuuhh shuuhh."halau Aeden. Emerlyn memutar bola matanya. Menyampah pula dengan suaminya. Dia bangun dan berpindah tempat.
Zackry yang melihat pertengkaran manja itu menggaru kepalanya yang tak gatal. Salah dia kah datang di waktu waktu begini?
"Ha apahal? Cerita lah! Tadi bukan main bersemangat nak bercerita kat bini aku."ujar Aeden dengan tangan yang berlipat didada.
Berkerut dahi Zackry melihat keadaan Aeden seperti anak kecil merajuk tidak dibelikan aiskrim.
Cemburu ke peti ais ni?"Papa. Dia nak nikahkan aku dengan anak kawan dia." Zackry memulakan mukadimah.
"Dah tu? Kahwin je lah. Kau pun single. Dia pula mingle. Apa masalahnya?"soal Aeden.
"Masalahnya hati. Hati aku tak cintakan budak tu! Budak lepasan spm. Kau expect apa?"balas Zackry kemudian meraup wajahnya.
"Habis tu? Awak suka kat siapa?"celah Emerlyn. Aeden pula menjeling isterinya. Sibuk lah bini aku ni. Api cemburu belum terpadam lagi ni tau! Tunggulah malam nanti. Memang aku kerjakan perabis budak comel ni. Eee geram!
"Suka Lyn."balas Zackry sambil tersengih menampakkan barisan gigi putihnya. Aeden sudah berasap kepanasan mendengar jawapan berani mati Zackry.
"Sebelum gigi cantik kau tu berterabur, baik kau simpan angan angan kau nak suka kat bini aku."ujar Aeden sambil menayangkan sebijik penumbuk tepat di hadapan muka Zackry.
"Relax la bro. Kau ni period ke? Asik nak marah je."kata Zackry mengutarakan rasa pelik melihat perangai buang tebiat Aeden tiba-tiba sambil tersengih.
"Entah abang ni! Cuba bawa beristighfar."sokong Emerlyn. Aeden memandang wajah Emerlyn tak berkedip. Memang nak kena budak ni!
Emerlyn menayangkan wajah bersahaja. Barang kali masih belum sedar bahawa Aeden sedang dilanda api cemburu. Dia masih fokus mendengar leteran Zackry yang sedang mengadu nasib. Aeden sekadar mengangguk dan menggeleng saja. Merajuk!
"Rinaaa!"jerit Emerlyn teruja sebaik saja Rina turun dari keretanya. Mereka berpelukkan sambil mengungkapkan kata kata rindu.
"Jauh jauh aku datang ni kau masakkan apa untuk aku?"soal Rina dengan kening diangkat. Mereka berganding tangan melangkah masuk ke dalam rumah banglo itu.
"Ofcourse udang masak lemak cili api."balas Emerlyn sambil mengibaskan rambutnya kebelakang dengan bangga.
Rina menjerit keterujaan. Manakan tidak, lauk kegemaran nya tu! Emerlyn tersenyum gembira melihat wajah gembira sahabat baiknya. Jika sahabatnya gembira, dia berganda ganda gembira.
"Mana boleh lupa makanan favourite bestfriend aku sorang ni."kata Emerlyn sambil menggeletek perut Rina dimana titik gelinya berada.
Rina terkekeh-kekeh kegelian. Terguling-guling mereka berdua di atas sofa empuk itu. Masing masing geletek antara satu sama lain. Sampai lah mereka tiba-tiba berhenti kerena bunyi gegendang dari perut Rina yang menandakan dia lapar. Suasana menjadi hening seketika sebelum tawa mereka pecah.
"Jom lah kita makan."ajak Emerlyn setelah tawanya reda. Rina mengangguk setuju.
"Kau tunggu sini jap. Aku panggil suami aku."arah Emerlyn sambil menepuk bahu Rina yang sudah duduk di meja makan.
Tak lama kemudian, muncul lah tiga orang dari tingkat atas termasuk Emerlyn. Tersembur air yang diminum Rina tatkala memandang lelaki tampan yang berada di sebelah kanan Aeden.
"B...boss?!"jerit Rina.
TBC
YOU ARE READING
¹ˢᵗ HIS BABYGIRL | Emerlyn Rayhana
RomanceSIR AEDEN RIZKY XANDER merupakan seorang jutawan muda yang pertama mencipta nama di mata dunia. Mempunyai rupa tampan yang tiada tandingnya dengan sepasang mata yang unik berwarna violet serta tinggi 182cm. Dia mula jatuh cinta dengan EMERLYN RAYHA...