"Excuse me, may i know Aeden Rizky's room?"soal Sir Frencho sebaik saja berdiri di hadapan kaunter di lobi utama hospital itu. Jururawat yang bertugas di kaunter itu tergamam seketika seperti disapa bidada syurga kerana melihat wajah tampan Sir Frencho di hadapan mukanya.
"Wait a second sir... You may walk along this way then turn right. Room 15"balas jururawat itu lembut selepas sedar ke alam nyata. Sir Frencho berjalan melalui jalan yang diarahkan selepas mengucapkan terima kasih.
Pintu wad di tolak perlahan. Terlihat jelas wajah Aeden yang terbaring di atas katil putih itu bersama lilitan di kepala. Tangan tuanya terketar-ketar menyentuh wajah Aeden. Setitik demi setitik air mata gugur di lantai. Dari dulu sampai sekarang, nyawa mereka selalu saja terancam. Silapnya juga berkeras inginkan Aeden tetap menjadi pemimpin The Größte.
Aryan yang baru muncul dimuka pintu wad itu kembali menutup pintu bagi memberi ruang buat Sir Frencho dan Aeden. Kerusi di hadapan bilik yang menempatkan abangnya itu diduduk. Air matanya turut gugur. Sedih melihat keadaan abangnya yang sentiasa berada di ambang maut.
"Bangun lah Aed. Papa miss you."gumam Aryan perlahan. Dari kaca luar dia dapat melihat Sir Frencho berlutut dengan esakkan. Sesungguhnya Aeden satu-satunya lelaki yang berjaya membuat air mata jantan seorang yang bergelar Frencho gugur setelah ibunya, Ailliesh Tan.
Dato' Razif membuka pintu wad Emerlyn seiring dengan Sir Frencho yang membuka pintu wad Aeden. Masing-masing segera mengesat air mata.
"Eh Frencho...bila sampai Malaysia?"soal Dato' Razif berbasa-basi. Bibir cuba dicorak senyum semanis mungkin untuk si besan.
"Baru aje Zif. Keluar je dari airport aku terus ke sini."jawab Sir Frencho di balas dengan senyum tawar.
"Malam ni tidur mana? Jom lah menginap kat rumah saya."pelawa Dato' Razif. Mereka sama-sama melabuhkan punggung di kerusi yang telah disediakan.
"Tak apa lah Razif. Rumah arwah Ailiesh tu aku tak jual pun. Malam ni aku dan Aryan menginap di sana sajalah. Lagipun dapat lah aku lepaskan sedikit sebanyak rindu dekat arwah."tolak Sir Frencho lembut. Tapi jujur saja, dia rindukan saat-saat manis ketika bersama almarhum isterinya.
"Macam mana dengan keadaan Emerlyn?"soal Sir Frencho. Dato' Razif terdiam seketika.
"She misscarriage."balas Dato' Razif setenang mungkin. Bibir terukir senyum tawar.
Sir Frencho jelas terkejut. Menantunya mengandung? Ya tuhan ujian ini terlalu berat untuk anak ku.
"Err Razif...ca...can you help me change my religion?"soal Sir Frencho dengan wajah yang menunduk setelah mereka lama berdiam diri. Dia malu. Dah tua-tua begini baru nak beriman dengan tuhan yang Esa.
Dato' Razif terkedu. Benarkah apa yang dia dengar sebentar tadi? Frencho mahu menukar agama? Lama dia terdiam menghadap tutur bicara Sir Frencho. Menghadam bait bicara Sir Frencho
"Can you?"kali ini Sir Frencho memberanikan diri memandang wajah Dato' Razif. Wajahnya sedikit merona. Mungkin kerana malu.
Dato'Razif pantas memeluk besannya. Tidak sangka Sir Frencho akhirnya ingin memeluk Islam. Mengalir air mata bahagianya. Dulu semasa pertemuan mereka di majlis risepsi Aeden dan Emerlyn dia pernah bertanyakan soal ini. Tak sangka akhirnya Sir Frencho mahu menurut.
"Esok kita pergi pejabat agama ye Frencho."ujar Dato' Razif selepas meleraikan pelukkan. Rasa bahagia menerima saudara baru. Senyuman di bibir Dato' Razif kian melebar.
"Adam. Call me Adam." Dato' Razif semakin tersenyum mendengar nama baru buat si besan. Mungkin besannya ini sudah lama ingin memeluk Islam. Tetapi menunggu masa dan waktu yang tepat.
"Kenapa kau tiba-tiba nak peluk Islam Adam?"soal Dato' Razif kerana rasa penasaran.
"Dulu, seminggu sebelum Ailiesh meninggal dia convert masuk Islam. Aku pun baru je nak berjinak-jinak. Baru nak kenal agama. Tapi lepas kematian Ailiesh aku benci agama Islam. Aku rasa tuhan tak adil. Walaupun isteri aku dah berpegang pada iman yang sebenar-benarnya. Aku persoalkan kenapa tuhan ambil dia dari aku secepat itu. Aeden dan Aryan waktu itu baru berusia 14 dan 13 tahun. Tapi semakin lama aku selami dunia Islam, aku dapat rasakan seindah-indah nikmat dalam dunia yang aku tak pernah rasa dekat mana-mana agama yang pernah aku kanut selama ni. Aku rasa tenang."jelas Sir Frencho.
"Jangan pernah soalkan takdir tuhan Adam. Sesungguhnya Allah itu sebaik-baik perancang. Setiap yang hidup pasti akan mati. Setiap ada pertemuan pasti akan ada perpisahan. Allah ambil Ailiesh sebab Allah sayang. Dari lahir lagi kita sudah ditunggu dengan dua jodoh. Jodoh dengan manusia atau jodoh dengan maut. Beramal lah sebanyak mungkin kerana kita tidak tahu jodoh yang mana kita akan temui terlebih dahulu. Buatlah sesuatu perkara itu dengan keikhlasan hati."nasihat Dato' Razif.
"Thank you Razif."
TBC
YOU ARE READING
¹ˢᵗ HIS BABYGIRL | Emerlyn Rayhana
RomanceSIR AEDEN RIZKY XANDER merupakan seorang jutawan muda yang pertama mencipta nama di mata dunia. Mempunyai rupa tampan yang tiada tandingnya dengan sepasang mata yang unik berwarna violet serta tinggi 182cm. Dia mula jatuh cinta dengan EMERLYN RAYHA...