"Abang..."seru Emerlyn memanggil suaminya.
"Down here babygirl!"laung Aeden dari ruangan dapur.
Emerlyn pantas berlari anak mencari keberadaan suaminya. Tubuh Aeden dipeluk dari belakang. Lama dia menyembam muka di belakang badan itu. Harum!
"What's wrong neonata?"soal Aeden sambil memandang muka Emerlyn sebaik sahaja isterinya itu melonggarkan pelukkan.
"Abang wangi! Sayang suka bau abang!"jujur Emerlyn. Tutur bicara itu membuatkan Aeden tersenyum lebar.
"Sayang, don't you think you getting cringe lately?"soal Aeden. Tangannya sudah siap merangkul pinggang si isteri. Emerlyn menongkat dagu di dada bidang suaminya.
"Abang tu yang cringe! Dengan Aryan pun nak jealous!"cebik Emerlyn.
Aeden memandang geram wajah isterinya yang mengutuk dirinya. Dia sedar namun dia tidak berfikir kalau itu aneh kerana setiap manusia ada rasa cemburu dalam diri.
"Abang..."seru Emerlyn. Dipeluk tubuh sasa itu namun dagu tidak berganjak walau sedikit pun. Manja!
"Ye sayang abang."jawab Aeden lembut. Pipi gebu isterinya diusap lembut. Emerlyn tertawa suka dengan perlakuan Aeden.
"Sayang teringin nak makan oden."ujar Emerlyn sedikit gedik. Bibir disebik-sebikkan.
"Sayang, ni dah nak pukul 12 malam tau! Masuk kalini dah nak masuk 4 kali sayang nak makan tau."sedaya upaya Aeden berkata dengan lembut agar isterinya tidak salah faham dan berkecil hati.
"Jom lah abang kita pergi Family mart!"rengek Emerlyn tidak mahu kalah. Permintaannya harus dituruti! No excuse!
"Okay...okay. Tunggu abang dalam kereta. Abang ambil dompet kejap." Dengar tutur bicara Aeden, mata Emerlyn bersinar gembira. Kaki laju melangkah keluar.
"Comelnya akak ni. Berseri muka akak."puji gadis di kaunter pembayaran Family Mart itu. Tersipu-sipu Emerlyn. Dia mengucapkan terima kasih atas pujian gadis itu kemudian berlalu duduk di meja yang tersedia di situ.
"Sayang kita makan dalam kereta lah."putus Aeden. Makanan Emerlyn diangkat.
"Ehh abang tunggu lah sayang!" Emerlyn terkedek-kedek mengejar suaminya sudah mendahuluinya menuju ke kereta Honda Civic berwarna hitam milik Aeden.
"Apa abang ni! Orang nak makan pun tak senang."mogok Emerlyn sebaik sahaja masuk ke dalam perut kereta.
"Abis tu sayang suka lah budak-budak tu usya sayang?!"kata Aeden beremosi. Emerlyn sedikit terkedu. Dipandang ke luar tingkap. Betul kata Aeden. Sekumpulan lelaki disebelah meja mereka duduk tadi masih memandang ke arah kereta. Barang kali masih mencari figuranya.
"Sorry abang..."ujar Emerlyn sambil jari dimainkan. Aeden tidak membalas sebaliknya, dihulur kembali semangkuk oden yang sudah agak suam kepada Emerlyn.
"Tak apa ke?"soal Emerlyn kepada Aeden. Dia tahu sangat bahawa Aeden sangat anti makan di dalam kereta.
Soalan dibalas dengan anggukkan kecil dari Aeden. Tanpa menunggu lama, Emerlyn terus membuka penutup mangkuk plastik itu. Semerbak bau oden membuatkan air liur Emerlyn kecur. Tak sabar ingin mencicip.
Aeden merasakan seperti suatu bau telah menyengit hidungnya. Perutnya mula rasa menggelodak dan mual. Hidung dikepit.
"Makanan apa sayang makan ni?!"soal Aeden. Terkebil-kebil Emerlyn dengan soalan Aeden. Dia yang beli tanya lagi!
"Oden lah."jawab Emerlyn polos. Berkerut dahinya dengan tingkah Aeden yang seakan jijik dengan bau oden itu.
"Busuk...blurp..." Pantas Aeden membuka pintu kereta kemudian berlari memuntahkan isi perut di dalam longkang berdekatan.
"Abang!" Emerlyn pantas mendapatkan Aeden yang terbongkok-bongkok muntah di longkang.
"Abang kenapa ni? Abang sakit ke?"soal Emerlyn khawatir. Aeden menggeleng tanda tidak tahu. Dia bersandar di pintu kereta sambil tangan memegang perut.
"Oden tu busuk lah sayang. Abang tak tahan nak muntah. Sorry sayang. Sayang makan kat rumah ye."ujar Aeden. Emerlyn segera mengangguk kemudian mangkuk plastik itu kembali ditutup dan mereka bergerak pulang.
"Abang teman sayang makan boleh?"soal Emerlyn kepada Aeden sebaik sahaja dia duduk di meja makan. Aeden mengangguk namun hidungnya dikepit kuat. Emerlyn makan penuh berselera.
"Abang, sayang sebenarnya ada benda nak bagi kat abang."ujar Emerlyn sebaik sahaja selesai makan dan cuci mulut.
"Jum naik kat bilik dulu sayang. Abang tak suka bau dekat bawah ni. Masih bau oden tu."kata Aeden sambil tangan mengkibas-kibas diudara.
Mereka beriringi menaiki anak tangga menuju ke bilik tidur. Tangan Aeden tidak lepas dari pinggang isterinya.
Aeden duduk dibirai katil. Dipeluk pinggang Emerlyn yang masih berdiri. Dia menggesel hidungnya yang tak gatal di perut Emerlyn yang kelihatan sedikit berisi itu.Manjah!
"Nah. Happy birthday mi esposo." Satu kotak dihulurkan kepada Aeden.
Aeden memandang isterinya. Ternyata sudah masuk jam 12 : 30 malam. Sudah masuk tarikh baru. Tarikh kelahirannya.
"You are my birthday present for my entire life baby girl. I don't need anything else." Pipi mulus isterinya di usap lembut. Emerlyn tersenyum bahagia. Tiada satupun kata-kata yang keluar dari mulut Aeden yang mengguris hatinya sepanjang perkahwinan mereka.
"Buka dulu."ujar Emerlyn sambil mengusap kepala Aeden.
Aeden akur. Dia membuka simpulan reben sebelum membuka kotak yang sebesar tapak tangannya itu.
"Sayang...are you kidding me?!" Emerlyn tertawa nipis sambil menggeleng kepalanya.
"You...seriously?!" Makin besar tawa Emerlyn melihat wajah Aeden.
Aeden mengeluarkan tiga batang pregnancy test dari dalam kotak itu kemudian diangkat betul-betul di hadapan muka Emerlyn.
"Ye abang! Sayang mengandung!"ucap Emerlyn bersemangat. Aeden terus memeluk isterinya.
"Terima kasih sayang. Terima kasih untuk hadiah ni. Alhamdulillah! Syukur Ya Allah!"ucap Aeden memanjatkan kesyukuran ke hadrat ilahi.
~TAMAT~
Dengan ini, saya secara rasminya menamatkan HIS BABYGIRL | EMERLYN RAYHANA...
Jangan harapkan saya buat special chapter ye. Hehehehe sorry.Saya menyusun sepuluh kuku yang terlekat di sepuluh jari yang bercantum di kedua belah tangan memohon maaf atas kekurangan dalam penulisan saya.
Untuk pengetahuan anak-anak gula saya sekalian...seminggu dari sekarang, saya akan pub cerita RAYKARL pula.
Jemputlah baca nanti yer. Thanks kepada yang sudi membaca. See yeah!
YOU ARE READING
¹ˢᵗ HIS BABYGIRL | Emerlyn Rayhana
RomanceSIR AEDEN RIZKY XANDER merupakan seorang jutawan muda yang pertama mencipta nama di mata dunia. Mempunyai rupa tampan yang tiada tandingnya dengan sepasang mata yang unik berwarna violet serta tinggi 182cm. Dia mula jatuh cinta dengan EMERLYN RAYHA...