Pintu jendela kamar tidurnya dibuka luas. Hari ini merupakan hari pertunanganya dan Zackry. Rina memandang ke luar jendela. Hati kecilnya masih ragu-ragu dengan keputusan mendadak yang mereka lakukan.
"Rin?"sapa Emerlyn. Bahu Rina diusap perlahan. Rina hanya mempamerkan segaris senyuman tawar.
"Kau rasa betul ke apa yang aku buat ni Lyn?"soal Rina menyoalkan kegusaran di hati.
"Ofcourse la babe! Tak ada siapa yang mampu jaga kau macam mana Zack jaga kau tahu?! Aku ni pun dah berkali-kali kene culik. Tak sampai 3 hari mesti laki aku dah jumpa."bangga Emerlyn dengan suaminya. Dalam masa yang sama dia sengaja bergurau.
Rina masih diam berfikir. Majlis dan persiapan semua sudah lengkap. Hati berdebar-debar menanti kata putus diri sendiri.
"Look Rin. Keputusan kau tak salah. Kandungan aku pun alhamdulillah selamat. Tapi kita kena bersedia dengan segala kemungkinan yang akan datang. Semua ni hanya permulaan. Bukan titik terakhir. Yakin dan percaya dengan qada' dan qadar Allah. InsyaAllah semuanya akan dipermudahkan."pujuk Emerlyn melihat kebisuan dan kekelatan wajah sahabat baiknya.
"Thanks Lyn."tubuh Emerlyn dipeluk erat. Emerlyn juga membalas pelukkan menyalurkan sedikit kekuatan untuk Rina.
"Burung pipit burung kedidi,
Terbang melayang hinggap di dahan,
Hajat saya datang kemari,
Ingin menyunting bunga di taman."pantun dihulur sebagai muka dimah oleh Tan Sri Nakib mewakilkan abangnya yang berada jauh di Melbourne. Terhibur semua dengan pantun yang disampaikan."Mangga muda masam mencuka,
Cicah dengan sambal tok wan,
Kalau hati dah sama suka,
Perkara baik jangan kita tangguhkan."balas Encik Mustafar, atuk Rina, menyambut pantun Tan Sri Nakib. Masing masing disitu tertawa nipis."Sebelum kita ke acara sarung cincin biarlah tok cerita sikit tentang cucu tunggal tok ni."ujar Encik Mustafar menggelar dirinya tok.
"Sila tok sila."balas beberapa orang yang turut berada di situ termasuklah Karl, Aryan, Aeden dan Emir.
"Cucu tok ni yatim piatu sejak lahir lagi. Abahnya meninggal kemalangan jalan raya. Maknya pula meninggal sewaktu melahirkan dia. Ajal maut di tangan tuhan. Tok ni dah tua. Andai kata nanti ajal tok sampai dulu, tolong ye bakal suaminya. Jagakan cucu tok ni baik-baik. Dari kecil tok didik dia tak pernah sekali pun tok naik tangan dekat dia. Jadi, tok harap Zackry pun boleh membimbing Rina dengan baik juga. Kalau sudah tak sudi dengan cucu tok ni hantar pulang dekat rumah ni. InsyaAllah boleh dia melangsungkan hidup dia dengan aman dekat sini."ucap Tok panjang lebar.
Puan Sri Risebelle menggenggam erat tangan Rina yang sejuk. Mendengar kisah dari Tok itu, hatinya menjadi sebak. Bidadari anak sepupunya ini telah menjalani hidup yang sukar. Dia berharap Zackry dapat menjaga Rina dengan baik.
"Selagi hayat dikandung badan. Setitis darah Rina Awfiyah takkan menitik di bumi ini sebelum ajal menjemput."janji Zackry di muka pintu rumah.
"Hai cik tunang! Amboi jauh berangan ye."sergah Zackry. Terkejut Rina dengan ke datangan Zackry tiba-tiba.
"Apa awak ni! Terkejut lah saya."marah Rina. Zackry tersenyum kerana Rina sudah mula membiasakan diri dengan panggilan awak saya. Sebelum ni Encik boss aje yang kedengaran.
"Comel tunang aku terkejut beruk."usik Zackry.
Terbeliak mata Rina. Dia...samakan aku dengan beruk ke? Rina meraba-raba wajahnya mengundang tawa di bibir Zackry.
"Awak tak rasa kita ni kahwin cepat sangat ke Encik boss?"soalan daripada Rina mengundang keluhan di bibir Zackry. Bukan kerana soalan yang berat, namun geram dengan sikap Rina yang suka membiasakan dirinya Encik boss. Rase macam nak penyek penyek je anak orang ni.
"Kalau boleh hari jugak aku nak heret kau pergi rumah tok kadi Rina."buaian yang diduduki Rina di tolak perlahan menghayun buah hati.
Rina terkedu dan terkejut. Pertama, Zackry menghayunkan buainya. Kedua, Zackry berada dekat dengannya. Ketiga, tutur bicara Zackry walaupun dia tahu Zackry sekadar bergurau.
"Nanti mesti kecoh office kita kan?" Zackry menamatkan kebisuan yang terzahir dari Rina yang dari tadi diam. Rina hanya membalas dengan menjongkitkan kening seperti bertanya 'kenapa pula?'
"Voice sweetheart. Aku tak belajar sign language." Sengaja Zackry pura-pura tak faham. Dia rindu suara Rina yang petah menjawab dia semasa di pejabat sebelum kejadian ini.Rina mendengus kecil sebelum bertanya.
"Kenapa Encik boss cakap macam tu?"
"Ouh tak ada apa. Cuma aku dah bagi-bagi kad jemputan kita dekat semua orang."selamba Zackry berkata.
"What?!"jerit Rina terus bangun dari duduknya. Besar matanya memandang Zackry tidak percaya. Manakala Zackry menutup kedua belah telinganya dengan kedua tapak tangannya.
"Sakit lah telinga aku sweetheart. Kau ni kecil-kecil tertelan microphone ke?! Karang dapat suami pekak baru tahu."mencebik bibir Zackry.
"Encik boss tu!..."Tak terluah lagi kata-kata dari mulut Rina. Geram dengan tindakkan melulu bakal suaminya.
"You better stop call me Encik boss before i kiss you here. Aku tak pernah main-main dengan kata-kata aku."ugut Zackry dengan wajah serius.
Rina cepat-cepat menggeleng kemudian mengangguk sambil tangannya menekup mulutnya. Wajahnya jelas memerah kerana malu dengan bicara Zackry.
"Good." Zackry menahan senyum melihat wajah cuak Rina. Wajah merona gadis itu menambahkan lagi kecantikkan seri muka Rina. Cepat-cepat dia mengalihkan pandangan ke arah tempat lain. Takut iman tak kuat.
"Abang semua dah siap ke?"soal Emerlyn sambil tangannya menyembur wangian ke badan.
Aeden menunduk kemudian mencium perut Emerlyn yang sudah membesar itu. Usia kandungan isterinya sudah menginjak 5 bulan. Tak sabar rasanya ingin menjadi seorang ayah.
"Semua dah standby dekat bawah. Sayang sure ke nak ikut ni?" Aeden mengurakan kerisauan yang terpalit di hati. Risau pula tengok perut memboyot isterinya. Rasanya arwah mamanya sewaktu mengandungkan Aryan tidak lah sebesar ini perutnya.
"Abang. Harini hari bersejarah dalam hidup sahabat baik Lyn. Takkan lah Lyn nak tengok dari telefon je?"balas Emerlyn sambil mengusap lembut pipi suaminya. Aeden mengangguk faham.
"Encem la suami Lyn ni."pipi Aeden dicium pantas kemudian dia tersengih.
"Don't seduce me neonata. Mengandung pun menggoda haihh."keluh Aeden.
Ya tuhan mengugat iman betul isteri aku ni hmm. Nasib baik lah tengah sarat mengandung. Kalau tidak sudah aku terkam.
TBC
YOU ARE READING
¹ˢᵗ HIS BABYGIRL | Emerlyn Rayhana
RomanceSIR AEDEN RIZKY XANDER merupakan seorang jutawan muda yang pertama mencipta nama di mata dunia. Mempunyai rupa tampan yang tiada tandingnya dengan sepasang mata yang unik berwarna violet serta tinggi 182cm. Dia mula jatuh cinta dengan EMERLYN RAYHA...