"Kak Lyn! Tak apa lah. Biar Aryan bawakan budak-budak ni pusing-pusing kejap. Akak dengan abang cari tempat duduk dulu. Lagipun kejap lagi dah nak berbuka ni."ujar Aryan. Emerlyn tersenyum manis. Baik sungguh adik iparnya ini.
"Baik-baik jalan-jalan tu. Nanti dah bentang semua akak call."balas Emerlyn. Tanpa menunggu lama, Aryan meraih tangan kecil Rayyan dan Rayzan untuk dibawa bersamanya ke gerai yang tidak jauh dari tempat mereka berdiri.
Emerlyn tersenyum bahagia melihat senyum dan tawa yang menghiasi wajah anak-anaknya. Tambah lagi harini Aeden mengajak mereka sekeluarga makan beramai-ramai di luar. Rayyan dan Rayzan bukan main lagi sukanya. Dalam pada itu, Emerlyn memanjatkan kesyukuran kerana Rayyan dan Rayzan tidak meragam sepanjang dua minggu mereka berpuasa. Semua puasa penuh. Dia pula yang risau.
"Borak apa dengan Aryan?"soal Aeden yang datang dari belakang. Bahu Emerlyn terangkat sikit. Terkejut punya pasal.
"Hishh abang ni! Terkejut sayang. Tak ada tadi Aryan pelawa diri nak tengok-tengok kan Rayyan dan Rayzan sementara kita bentang tikar dengan susun makanan."jelas Emerlyn tidak mahu Aeden salah faham. Aeden sekadarmengangguk kecil.
Pelawa pertolongan ke pelawa diri?"Abang bentang tikar dekat sana ehh. Sayang panggil mama, papa, daddy dan mummy kejap."arah Emerlyn. Aeden menggumam perlahan. Entah kenapa dia rasa tidak suka melihat kemesraan Emerlyn dan Aryan.
"Ha Aryan, baca doa."arah Sir Adam sebaik sahaja azan maghrib berkumandang. Mereka telah duduk berkumpul di atas tikar 5 minit sebelum azan. Mereka bersama-sama menadah tangan bagi mengaminkan bacaan doa termasuk si comel Rayyan dan Rayzan."Sayang kita tukar tempat duduk boleh?"soal Aeden. Ini kerana dia tidak suka melihat Aryan mengambil tempat disebelah isterinya.
"Lahh dah kenapa pula ni?"soal Emerlyn kembali. Aeden hanya menggelengkan kepala.
"Tak apalah, cepat sikit makan kurma tu lepastu kita pergi solat terus nanti Iyan dengan Iyzan biar mama dan papa yang jaga."arah Aeden. Takkan dia nak bagitahu Emerlyn pula yang dia cemburu tengok Aryan dekat dengan isterinya?!
Emerlyn mengangguk. Seperti yang dikatakan oleh Aeden, mereka beramai-ramai solat maghrib di masjid berdekatan kecuali Sir Adam dan Puan Ailish. Kemudian, setelah mereka selesai solat, Sir Adam dan Puan Ailish pula yang pergi mengerjakan solat fardhu itu.
"Kak Lyn, Ryan nak ayam percik tu."pinta Aryan kepada Emerlyn. Tanpa menunggu lama, Emerlyn memasukkan dua ketul ayam percik ke dalam pinggan Aryan. Aeden yang melihat kemesraan itu berbara dari dalam.
"Aku kat sebelah taknak minta tolong."ujar Aeden menahan api cemburunya. Emerlyn dan Aryan saling memandang Aeden serentak. Nasib baik daddy dan mummy tak dengar.
"Kau kan tengah suap Iyan makan. Lagipun ayam tu jauh dari kau."balas Aryan. Tanpa menghiraukan pandangan tajam dari Aeden, Aryan melahap nasi padang yang dibeli dari bazar ramadhan tadi penuh selera. Emerlyn pula sekadar menggelengkan kepala.
"Mummy, pasni Iyan nan Iyzan nak tenok bubble boyeh tak? (Mummy, lepas ni Iyan dengan Iyzan nak tengok bubble boleh tak?)"soal Rayzan berselang seli dengan kunyahan. Emerlyn tersenyum melihat wajah comot anak terunanya itu. Di lap pipi montel yang comot itu menggunakan tisu.
"Boleh sayang. Tapi bubble apa ni sayang?"soal Emerlyn kepada anaknya. Terkebil-kebil mata Rayzan ingin menjelaskan kepada ibunya tentang 'bubble' nya itu.
"Alah kak belon sabun tu je dekat hujung sana. Tadi kitorang pergi sana lepastu budak-budak ni nak main belon sabun tu tapi akak dah call."terang Aryan. Mulutnya masih mengunyah makanan. Emerlyn mengangguk perlahan.
"Haah mummy, kitorang nak pegi nan papa Ryan. Tan papa tan? (Haah mummy, kitorang nak pergi dengan papa Ryan. Kan papa kan?)" Tersedak Aeden mendengar tutur bicara Rayyan. The heck?! Papa?! Since when?!
Suasana dalam kereta Audi R8 yang bergerak laju meluncur di atas jalan raya itu sunyi sepi. Rayyan dan Rayzan pulang bersama Dato' Razif dan Datin Elena. Katanya rindu cucu.
"Abang..."panggil Emerlyn memecahkan kesunyian. Dia takut. Takut dengan kesunyian ciptaan Sir Aeden Rizky. Kerana dia tahu betapa buruknya impak kepada orang disekeliling mereka nanti.
"Yes Emerlyn."jawab Aeden namun matanya kekal di jalan raya.
Emerlyn menelan air liur yang terasa perit lalu di kerongkongnya. Sah! Sah Aeden marahkan dia. Aduhh apa kau dah buat Emerlyn Rayhana!
Sesudah kereta di parking, Aeden naik ke tingkat atas tanpa menunggu Emerlyn. Ada baiknya jika dia membersihkan diri terlebih dahulu.Emerlyn sedikit berkecil hati dengan sikap dingin Aeden yang sedari mereka berbuka di luar tadi. Selepa solat terawih pun Aeden tidak menunggunya di gerbang masjid seperti selalu. Hanya Aryan dan anak-anaknya sahaja.
"Abang, we need to talk." Kelibat Aeden yang hanya bertuala paras lutut itu menyapa kornea Emerlyn.
"Say it. I'm listening."balas Aeden acuh tak acuh. Emerlyn mengeluh berat.
Tubuh tegap itu dipeluk dari belakang. Aeden terpejam mata dengan sentuhan isterinya. Terasa air mata Emerlyn mengalir di belakang badannya yang tidak berbaju.
"Hey...what's wrong with you?"soal Aeden sambil membalikkan tubuh. Suaranya sudah mulai kendur.
"Ab...abang lah...tsk...tsk. Tak...tsk...perdulikan...Lyn."luah Emerlyn tersedu-sedan. Aeden menarik Emerlyn dalam pelukkannya.
"I'm sorry sayang. Aku tak kuat. Tak mampu. Bila tengok kau mesra dengan lelaki lain walaupun lelaki tu adik aku sendiri. Aku cemburu."jujur Aeden. Belakang badan Emerlyn di usap lembut.
"Punish me abang. Jangan abaikan Lyn macam ni. I can't stay calm in your silence."kata Emerlyn. Wajahnya disembabkan di dada bidang lelaki itu.
"Ofcourse!" Terkedu Emerlyn. Sanggup Aeden hendak menghukum dirinya?
Aeden mendekatkan wajahnya dengan Emerlyn. Pingang rampin si isteri di tarik. Mereka sangat dekat sehingga boleh saling mendengar deruan nafas masing-masing.
"Questa è la tua punizione, neonata." Tubuh kecil itu dicempung dan dibawa ke katil.
Emerlyn hanya merelakan semua. Punnishment ke macam ni?
TBC
YOU ARE READING
¹ˢᵗ HIS BABYGIRL | Emerlyn Rayhana
Roman d'amourSIR AEDEN RIZKY XANDER merupakan seorang jutawan muda yang pertama mencipta nama di mata dunia. Mempunyai rupa tampan yang tiada tandingnya dengan sepasang mata yang unik berwarna violet serta tinggi 182cm. Dia mula jatuh cinta dengan EMERLYN RAYHA...