"Daddy!" Aryan, anak kedua Sir Frencho merempuh masuk bilik pejabatnya tanpa amaran dengan nafas yang tercungap cungap. Wajahnya jelas memerah kerana kekurangan oksigen akibat berlari.
"What is going on Aryan?"soal Sir Frencho dengan nada yang tertahan-tahan. Mukanya merah jelas kerana dia marah. Pantang sekali orang merempuh masuk ke dalam pejabatnya tanpa memberitahu dahulu.
"Aeden." Nama yang meniti di bibir anaknya itu membuatkan dadanya bergetar hebat menanti kata-kata yang selanjutnya.
"Finish your word Aryan!"nadanya sedikit meninggi menyedarkan Aryan dari kebisuan yang agak lama.
"Aeden daddy! Aeden è stato coinvolto in un incidente (Aeden terlibat dalam kemalangan)."ujar Aryan setelah disergah oleh Sir Frencho. Dadanya masih berombak kencang. Sedaya upaya dia bertutur dengan lancar setelah mengatur nafasnya.
Sir Frencho terus berdiri tegak. Tangannya menggeletar menghadam berita yang di sampaikan oleh Aryan. Benarkah? Dia bingkas bangun dari duduknya.
"Get the jet ready. We're going now!"arah Sir Frencho. Blazer di capai dan kaki melangkah keluar dari ruangan pejabat itu. Namun tangannya dicapai oleh Aryan.
"Sorry dad. The earliest flight is about 2 to 3 hours." Sir Frencho mengepal penumpuknya. Nasib baik pintu pejabatnya kaca. Kalau tidak sudah ditumbuk berkali-kali.
"I don't care! Find the earliest."arah Sir Frencho dingin. Aryan yang sudah lali dengan sikap dingin Sir Frencho turut menggigil kecil di situ dengan arahan Sir Frencho. Ayahnya kini sedang berada dalam rasa takut yang mendalam. Wajar sajalah.
"Ye...yes da..daddy."balas Aryan tergagap gagap.
Di ruangan menunggu hospital swasta itu, kelihatan Dato' Razif sedang memeluk Datin Elena yang sedang menangis dan meraung. Dia sedaya upaya menenangkan isterinya.
Gugur air mata jantannya kerana turut merisaukan keadaan anak dan menantunya didalam wad kecemasan. Dia berharap anak dan menantunya selamat dari sebarang kecederaan yang teruk.
Eriq dan Emir duduk sambil memejamkan mata mereka. Mereka berdoa dalam hati agar adik dan adik ipar mereka terselamat. Walang di hati tak terucap tatkala menerima telefon dari Hospital Zizsy, Hospital Swasta milik keluarga Zackry.
Setelah 2 jam di dalam dewan pembedahan, dua orang doktor keluar. Cepat- cepat Dato' Razif, Datin Elena, Emir dan Eriq merapati doktor-doktor tersebut.
"Maafkan saya tuan,puan. Kami dah cuba sebaik yang boleh. Sekarang kita hanya bertawakal kepada tuhan. Sekali lagi saya minta maaf kerana saya tidak dapat menyelamatkan kandungan Puan Hana kerana hentakkan yang kuat. Tambahan pula janin masih kecil dan tidak kuat."jelas seorang doktor kemudian mereka berlalu pergi.
"Allah!"ucap Dato' Razif kemudian melurut jatuh dan lututnya menyembah bumi. Begitu berat ujian mu Ya Robbi. Selamatkan lah anak dan menantuku.
Datin Elena semakin galak menangis. Emir mendakap tubuh mummynya. Jelas dia dan Eriq juga tidak dapat menahan air mata dari jatuh. Eriq memegang bahu Dato' Razif yang berlutut di hadapan wad kecemasan itu.
"Daddy, mummy jom kita balik dulu. Tak baik kita menangis macam ni. Kesian little girl dengan Aeden yang tengah berjuang untuk kita. Jom kita balik bersihkan diri dan buat solat hajat."pujuk Eriq dengan air mata yang masih mengalir di pipi.
Sedikit sebanyak Dato' Razif dan Datin Elena terpujuk dengan kata-kata anak sulung mereka. Mereka akhir bangun dan bergerak meninggalkan kawasan rumah sakit itu. Emir membantu Datin Elena berjalan manakala Eriq pula membantu Dato' Razif.
Ya Allah kuatkan lah Aeden dan Emerlyn. Belum pun mereka tahu kewujudan malaikat kecil dalam perut itu. Sudah kau panggil kembali ke rahmatullah.
Eriq teringat kembali peristiwa sewaktu dia dan Aeden sedang makan tengah hari bersama..."Wey bro! Apahal pucat je muka kau ni. Tersampuk hantu ke?"usik Eriq ke arah Aeden yang dari tadi seakan gelisah.
"Eh Eriq! Bila kau balik sini?"soal Aeden. Terkejut dengan kedatangan abang iparnya yang tiba-tiba.
"Baru je bro. Adik aku tunggu aku kat bawah. Thanks bro tolong tengok-tengokkan company bapak aku ni. Kesian pula kalau nak suruh Emerlyn handle semua."ucap Eriq ikhlas.
"Tak ada hal lah. Small matter bro. Aku pelik juga Emerlyn tiba-tiba kata hari ni taknak pergi keje. Puas aku pujuk sebab hari ni dia ada meeting dengan company Hisyam."luah Aeden."Tak kan lah! Adik aku tu kuat bekerja Aeden. Masa baru abis graduade dulu pun dia terus masuk kerja. Pastu tiga tahun menetap kat Milan, dia lah yang handle projek-projek kat sana. Aku handle yang kat sini."nafi Eriq. Jujur saja dia tidak percaya kata-kata Aeden. Tak mungkin lah Emerlyn sebegitu?
Uwekkk
Uwekkk"Eh bro kau apahal ni? Macam teruk sangat je gayanya. Aku bawa kau pergi klinik nak?"soal Eriq gusar. Belakang badan Aeden yang membongkok di singki di tepuk pelan.
"Tak apa bro. Aku okay. Lately ni aku tak selesa bau minyak wangi selain minyak wangi bini aku lah."jujur Aeden.
Eriq mengangguk. Patutlah dari tadi dia macam terbau bau Emerlyn. Tapi tidak pula dia melihat kelibat adik kesayangannya itu. Terbit satu senyum manis di bibir merahnya.
"Tahniah bro! Pape nanti roger aku tau."ujar Eriq dengan senyuman nakal sebelum berpamit.
Aeden terpinga-pinga dengan kata-kata Eriq. Namun tidak di ambil peduli kerana akhirnya berasa lega kerana wangian maskulin Eriq telah hilang di persekitarannya. Yang ada hanya bauan isterinya. Arghh rindunya bini aku!
"Eriq imam ye?"pinta Dato' Razif. Eriq sekadar mengangguk perlahan. Eriq tersentak dari ulang tayang di mindanya sebentar tadi.
Saf dirapati oleh Emir dan Dato' Razif manakala Datin Elena dibelakang. Solat mereka berjemaah diimamkan oleh Eriq di rumah banglo Dato' Razif.
Air mata mengalir di pipi mengenangkan nasib Emerlyn dan Aeden yang gagal merasai kehadiran malaikat kecil. Semoga bayi itu nanti menjadi asbab ibu dan ayah mereka menuju ke syurga.
Amin ya robbalalamin......
TBC
YOU ARE READING
¹ˢᵗ HIS BABYGIRL | Emerlyn Rayhana
Storie d'amoreSIR AEDEN RIZKY XANDER merupakan seorang jutawan muda yang pertama mencipta nama di mata dunia. Mempunyai rupa tampan yang tiada tandingnya dengan sepasang mata yang unik berwarna violet serta tinggi 182cm. Dia mula jatuh cinta dengan EMERLYN RAYHA...