3 tahun berlalu...
"Iyan..Iyzan jom masuk kereta."panggil Aeden kearah anak-anaknya. Mereka sekarang di tanah perkuburan islam.
"Dadi, wer ma mami?(Daddy,where's my mummy?)"soal Rayyan pelat. Diikuti dengan anggukkan dari Rayzan. Aeden terkedu. Satu keluhan berat dilepaskan.
"Mummy work sayang. Nanti mummy balik eh."Aeden melutut menyamai paras anak-anaknya yang tampan lagikan comel itu. Kepala anak-anaknya diusap lembut.
"Pomis te dadi?(Promise ke daddy?)"soal Rayzan sambil mengulur jari kelingkingnya. Rayyan juga ikut adik kembarnya menghulurkan jari kelingkingnya ke arah Aeden.
Aeden tersenyum nipis kemudian menyambut huluran tersebut. Tak lama selepas itu dia membawa anak-anaknya masuk ke dalam kereta Vellfire berwarna putih bersih. Abang rindu sayang. I miss you so much my babygirl.
"Hello mama, Aed on the way pergi rumah mama ni."usai membuat panggilan, kereta mewah itu meluncur di jalan raya menuju ke rumah mama dan papanya.
Tiga tahun lepas, selepas Puan Ailish diselamatkan, Sir Adam kembali semula kepada isteri kesayangannya. Di sebabkan Sir Adam telah memeluk Islam, perkahwinannya dengan Marrie Ant Lee telah jatuh talak.
Aeden juga telah mengetahui bahawa semua musibah yang terkena terhadap dirinya adalah muslihat Marrie Ant Lee. Wanita itu berdendam dengan Emerlyn kerana ketua Rose Ghost yang terdahulu telah menyerahkan kumpulan itu kepada Emerlyn sedangkan dia yang telah lama berkhidmat untuk kumpulan itu.
Disebabkan itu, dia cuba pula untuk membunuh orang-orang kesayangan Sir Adam agar dia dapat menguasai The Größte. Namun, tanpa dia sedari, The Größte telah pun diserahkan kepada Sir Aeden Rizky sebaik sahaja lelaki itu berusia 18 tahun.
Akhirnya Marrie Ant Lee tumpas di tangan Aeden kerena amarah lelaki itu tidak dapat dibendung lagi walaupun sudah dihalang oleh Puan Ailish dan Sir Adam.
"Anak-anak daddy kena strong macam daddy tau."pesan Aeden sebelum mereka keluar dari perut kereta kerana mereka sudah sampai di destinasi.
"Bi de stong ges. Never let pepol ci your tis! (Be the strongest. Never let people see your tears!)"ucap Rayyan dan Rayzan serentak dengan loghat pelat mereka.
Aeden tersenyum kemudian membuka tali pinggang anak-anaknya. Rayyan dan Rayzan bergegas turun untuk mendapatkan Puan Ailish yang setia menunggu di muka pintu.
"Ya Allah cucu-cucu nenny yang comel ni." Dicium pipi gebu si kembar silih berganti.
"Ada yang rindu saya tak?!" Emerlyn muncul dari dalam rumah bersama segaris senyuman di bibir.
"Mummy!"jerit Rayyan dan Rayzan serentak. Mereka memeluk lutut Emerlyn.
Emerlyn melutut di hadapan anak-anaknya. Pipi disua tanpa minta cium dari anak-anaknya. Pantas di kembar mencium pipi kiri dan kanan mummy mereka.
"Boys masuk dulu ye. Mummy nak pujuk daddy kejap."ujar Emerlyn sambil muncung dihala ke arah Aeden yang sedang berpeluk tubuh dengan wajah garangnya sambil pandangan dihalakan ke tempat lain.
Rayyan dan Rayzan mengangguk kemudian masuk ke dalam rumah beriringi Puan Ailish. Rayyan menggenggam tangan kanan Puan Ailish manakala Rayzan menggenggam tangan kiri Puan Ailish.
Emerlyn menghantar kepergian mereka dengan ekoran mata. Setelah kelibat mereka bertiga itu hilang dari pandangan, barulah dia mendekati Aeden.
"Abang...abang marah ke tu?"soal Emerlyn sambil badannya dipusing ke kiri dan kanan. Aeden diam tidak menjawab. Riaknya masih beku dan tangan masih berlipat di dada.
"Okay okay! Sayang janji lepasni tak buat lagi macam ni."janji Emerlyn sambil mengerdip-kerdipkan matanya di hadapan muka Aeden.
Aeden menahan senyum melihat kecomelan isterinya itu. Sehabis mungkin dia menahan wajahnya dari bertukar riak. Haihhh isteri siapalah comel sangat ni?! Gigit kang!
"Rayyan and Rayzan dah kiss pipi sayang. Abang je belum." Emerlyn membuat muka seposen di hadapan wajah Aeden. Dagunya ditongkatkan di dada besar lelaki itu dan tangan kecilnya memeluk tubuh itu.
"Puas?"soal Aeden. Pandangan masih dikalihkan ke tempat lain. Emerlyn menggeleng kesal. Wajahnya sengaja dicomel-comelkan.
Aeden melepaskan keluhan kecil. Lipatan tangan dirungkai kemudian membalas pelukkan Aeden. Dahi isterinya dicium kejap.
"Jangan buat keputusan sendiri lagi okay?" Pipi gebu isterinya dielus lembut. Emerlyn mengangguk sebagai jawapan sambil tersengih.
"Tadi macam dengar suara orang minta kiss lah."kata Aeden. Wajahnya sengaja dibuat-buat bagai sedang memikir siapakah yang meminta cium tadi.
Senyuman di wajah Emerlyn berubat kelat. Wajahnya merah merona. Nak lari tapi dikunci dalam pelukkan suaminya. Air liur ditelan kesat. Macam lain aje suami aku ni.
Aeden mendekatkan wajahnya dengan wajah Emerlyn.
"Ouh, this girl lah yang tak tahu malu minta kiss kat abang tadi tu ye?"soal Aeden sambil tersenyum nakal. Emerlyn menggeleng pantas. Mata dipejam erat.
"Open your eyes neonata."arah Aeden. Perlahan-lahan Emerlyn membuka matanya. Namun, pantas bibirnya disambar oleh Aeden. Bulat mata Emerlyn dengan tindakkan mengejut suaminya itu.
"Abang! Nanti orang tengok lah!"ujar Emerlyn setelah menolak wajah Aeden.
"Ouh easy je tu." Tanpa amaran, tubuh genit itu dicempung Aeden. Emerlyn terjerit kecil kerana terkejut. Aeden membawa isterinya ke bilik tidur mereka.
"Tenapa mami skim nenny? (Kenapa mummy scream nenny?)"soal Rayzan kepada Puan Ailish.
"Alololo cucu nenek yang comel ni risaukan mummy ye? Mummy okay aje lah. Daddy bergurau dengan mummy." Pipi gebu Rayzan digomol geram.
"Nampak gaya tak lama lagi Iyan dengan Iyzan dapat adik tu."ujar Sir Adam membawa Rayyan dalam dukungan. Puan Ailish membalas dengan senyuman bahagia.
TBC
YOU ARE READING
¹ˢᵗ HIS BABYGIRL | Emerlyn Rayhana
RomanceSIR AEDEN RIZKY XANDER merupakan seorang jutawan muda yang pertama mencipta nama di mata dunia. Mempunyai rupa tampan yang tiada tandingnya dengan sepasang mata yang unik berwarna violet serta tinggi 182cm. Dia mula jatuh cinta dengan EMERLYN RAYHA...