Zackry berjalan menuju ke bilik wad yang menempatkan Rina dengan dua plastik dikedua belah tangannya. Dia berharap agar Rina makan makanan yang dibawanya ini. Sudah 3 hari Rina tidak sentuh sebarang makanan.
Masuk sahaja ke dalam wad, terdengar bunyi pancuran air di bilik mandi. Barang kali Rina sedang mandi. Plastik plastik tadi diletakan di atas meja yang disediakan.
30 minit berlalu.
Zackry mengerling ke arah pintu bilik air. Bunyi pancuran air masih kedengaran. Dahi Zackry berkerut. Mandi hadas ke budak tu?
Seorang nurse masuk sambil menantang dulang kecil berisi ubatan dan air segelas. Dahinya berkerut saat mendengar bunyi pancuran air tersebut.
"Encik...saya rasa...dari pagi tadi isteri encik ni mandi."ujar jururawat itu takut-takut.
"What?!"terkejut Zackry dengan apa yang didengarinya.
"Then kenapa tak ada sorang pun yang perasan?!"marah Zackry ke arah jururawat itu. Terhinjut bahu jururawat itu ketika dimarahi.
Zackry menolak pintu bilik air wad itu dengan kuat namun tidak terbuka. Dia mencuba berkali-kali.
Cubaan pertama gagal...
Cubaan kedua gagal...
Cubaan ketiga berjaya...Sebaik sahaja pintu terbuka, Zackry berlari mendapatkan Rina yang terbaring lesu di lantai. Bibir wanita itu pucat dan badannya sejuk seperti mayat. Baju wanita itu juga basah lencun sehingga menampakkan dalamannya.
"Fuck!" Tubuh genit itu dicempung dan dibawa ke arah katil.
"Encik tukarkan baju isteri encik dulu, saya panggilkan dokter."kata jururawat itu kemudian berlari keluar mencari dokter.
Zackry menggaru kepalanya yang tidak gatal. Tak apa ke? Eh tak boleh! Dosa! Aduuu macam mana ni?! Yang nurse tu pun main cop je budak ni bini aku. Memang lah betul tapi bakal bini. Belum sah lagi oi!
Aeden mengenggam kejap tangan Emerlyn yang masih belum sadarkan diri. Seorang dokter masuk ke dalam wad tersebut bagi membuat pemeriksaan.
"Berdasarkan apa yang saya perhatikan isteri Encik Aeden untuk beberapa hari ni, alhamdulillah dia sudah melepasi tahap kritikal. Hanya saja dia belum menyedarkan diri kerana badannya terlalu lemah. Kami menjangka isteri Encik Aeden akan sedar pada hari ini. Tetapi jika masih belum sedar,kami terpaksa pindahkan isteri encik ke wad ICU untuk pemeriksaan yang lebih baik."terang doktor itu setelah memeriksa keadaan Emerlyn.
Aeden membalas dengan anggukkan lemah. Dia menyesal kerana tindakkannya sebelum ini. Dia gagal. Gagal menjadi suami baik dan pelindung kepada isterinya. Isterinya sering mengalami kecelakaan semenjak berkahwin dengannya. Adakah ini akibat dari dosanya yang sebelum ini?
"Abang..."seru Emerlyn dengan suara yang serak. Mata Aeden terbuka luas saat mendengar suara Emerlyn.
"Sayang?! Sayang you really awake?"Aeden bangun merapati Emerlyn. Atas kepala isterinya diusap perlahan. Kemudian dicium lama. Bersyukur dipanjatkan kepada ilahi kerana memberi peluang kepadanya dan isteri bersama.
"Sayang nak apa apa?"soal Aeden lembut.
Emerlyn tidak menjawab sebaliknya hanya mengangguk dan menunjuk sebotol air mineral di sisi katil. Tekaknya terasa perih dan kering.
Aeden segera menuangkan Emerlyn segelas air kemudian didekatkan gelas itu di bibir isterinya.
"Lyn tak lumpuh abang. Lyn boleh minum sendiri."ujar Emerlyn dengan senyuman di bibir. Baru sahaja tangan ingin mencapai gelas dari tangan Aeden, gelas tersebut di naikkan tinggi oleh Aeden.
"Aipp no no no. Sayang buka je mulut tu. Abang suapkan."kata Aeden sambil sebelah tangan lagi bercekak pinggang. Emerlyn tertawa kecil. Akhirnya diturutkan saja suaminya.
Terpisat pisat Rina cuba membuka matanya. Perkata terakhir yang dia ingat adalah dia berdiri dibawah pancuran air. Dikerling ke arah Zackry yang sedang lena di atas sofa panjang.
Rina bangun dari pembaringan dan bersandar di kepala katil. Air matanya kembali menghiasi wajahnya yang sedia pucat.
Zackry tersentak dari lenanya kerana mendengar tangisan seorang wanita. Dengan mata yang masih kabur dia bangun dari pembaringan dan bergerak ke arah Rina. Tubuh genit yang sedang memeluk lututnya itu dipeluk dan diusap belakang tubuhnya.
"Shhh aku ada aku ada."pujuk Zackry. Pasti wanita itu teringat tragedi hitam yang menimpa dirinya lagi.
"Saya dah tak suci."ujar Rina. Dia berasa jijik terhadap diri sendiri. Kesan-kesan cakaran di badan dan lengannya adalah kerana dirinya sendiri. Mujur sahaja Zackry selalu ada untuk menghentikan kan memujuk dia agar bertenang.
"Look at me."arah Zackry. Kepala Rina diangkat mendongak bagi memandang wajahnya.
"Kita kahwin. Aku janji lepas kita kahwin kau tak akan rasa semua ni. Aku janji."janji Zackry ikhlas. Rina terkedu. Macam tu aje dia ajak kahwin?
"Ta...tapi saya dah tak suci."tangisan sudahpun reda tetapi air mata masih mengalir dan Zackry menjadi seorang yang setia menghapuskan air mata itu dari wajah Rina.
"It's not about your body or your virginity. It's all about love. I do love you Rina Awfiyah binti Kamarul Nizam. I do love you since the first day aku jejak kaki dekat Malaysia ni. Trust me Awfiyah. Aku akan jaga kau betul-betul. Aku sanggup pertaruhkan nyawa aku sebagai galang ganti nyawa kau."jujur Zackry ikhlas. Sedikit pun tidak ada penipuan dalam bicaranya.
Rina tergamam. Zackry cintakan dia? Begitu besar cinta buat dirinya oleh seseorang yang begitu tinggi darjatnya jikalau nak dibanding dengan dirinya yang sekecil kuman.
"Aku tak nak jawapan tu sekarang. Itu hak kau. Tapi yang aku tahu, aku tak terima jawapan NO atau TAK SETUJU dari mulut kau. Faham?"ujar Zackry setelah melihat kebisuan Rina. Rina mengangguk faham.
"My good sweetheart." Zackry mencubit lembut pipi kiri Rina sebelum berjalan keluar dari wad itu. Rina memegang pipinya yang di cubit sebentar tadi.
Aku baru lepas kena lamar kan? Aku kena lamar?! Zackry lamar aku?! Aku setuju?! Ya Allah Rina apa kau buat ni. Balaa balaa.
Rina baru sedar dirinya dilamar oleh bossnya sendiri. Dan dia baru sedar bahawa Zackry meluahkan perasaan kepadanya sebentar tadi. Jantungnya berdegup kencang. Benarkah dia jodoh ku?
TBC
YOU ARE READING
¹ˢᵗ HIS BABYGIRL | Emerlyn Rayhana
RomanceSIR AEDEN RIZKY XANDER merupakan seorang jutawan muda yang pertama mencipta nama di mata dunia. Mempunyai rupa tampan yang tiada tandingnya dengan sepasang mata yang unik berwarna violet serta tinggi 182cm. Dia mula jatuh cinta dengan EMERLYN RAYHA...