Chapter 19

693 19 0
                                    

      Aeden mengerling telefonnya yang menjerit minta diangkat. Tentera nama panggilan buat si isteri. Terus icon ganggang telefon itu digeser ke kanan.

     "Helo?"sapa Emerlyn lembut dari corong telefon.

     "Waalaikumussalam sayang."perli Aeden. Sambil sembunyi senyum. Tak kuasa dia nak senyum di tempat umum begini. Tak suka!

    Kalau Emerlyn berada di depannya pasti dia sudah dapat melihat muka isterinya memerah tanda dia malu. Rindu pula dekat isteri tercinta.

    "Sorry abang. Hehehe assalammualaikum."balas Emerlyn sambil tersengih walaupun dia tahu suaminya tidak dapat melihat sebaris gigi cantik yang dipamerkan.

    "Kenapa sayang tiba-tiba call abi ni?" Tutur kata Aeden membuatkan wajah Emerlyn semakin merona merah. Aeden cakap apa tadi? Bahasakan diri apa tadi? Aku salah dengar ke? Aeden tersasul ke?

     "A...abi?"soal Emerlyn tergagap. Sumpah dia malu tapi mahu. Abi!!! Panggilan buat sang suami yang dah lama dia impikan. Dulu dia pernah cerita kepada Rina bahawa satu hari nanti dia akan menggelarkan suaminya dengan panggilan Abi.

    "Abang. Aku saja usik kau."jelas Aeden. Senyuman yang tadi mekar di bibir Emerlyn menjadi kelat. Fikirnya Aeden mahu membahasakan diri dengan panggilan Abi. Tak apa lah Emerlyn, dah dapat suami sesempurna Aeden pun dah cukup.

    "Saya nak minta izin balik rumah mummy. Rindu mummy."ujar Emerlyn perlahan dan seakan sedikit merengek dihujung ayat. Aeden sudah menahan senyum. Isteri siapalah comel sangat ni! Rasa macam nak gigit je!

     "Tunggu aku balik ye sayang. Kita tidur rumah mummy malam ni. Nak?"pujuk Aeden. Emerlyn sudah bersorak kegirangan di rumah. Aeden sudah membayangkan isterinya terlompat lompat bahagia kerana keinginannya di penuhi.

    "Nak nak nak!"balas Emerlyn teruja dari corong telefon. Kali ini Aeden tersenyum sampai menampakkan kedua lesung pipinya. Comel betullah isteri aku ni! Makin obses dengan telatah kecomelan Emerlyn.

"Hari ni tak payah masak. Kita makan luar. Pergi lah bersiap, sepuluh minit lagi aku datang jemput."ujar Aeden sambil memutar mutarkan pen di jari. Lagi bertambah suka Emerlyn apabila Aeden mengajanya makan di luar. Kebetulan dia pun malas masak hari ni.

"Okay abang. Love abang banyak banyak!"jawab Emerlyn seperti kanak kanak 5 tahun.

"Love you too neonata. See you later."ucap Aeden lembut. Lembut sehinggakan bisa membuat Emerlyn menjadi angau akan suami sendiri. Bukan hanya Emerlyn! Ni kalau perempuan lain dengar pun boleh cair meleleh macam hingus orang demam panas.

    Tak lama lepas tu mereka masing-masing menamatkan panggilan. Blazer di atas sofa dalam pejabatnya di capai kemudian melangkah keluar. Tak sabar ingin bersua dengan bidadarinya.

    "Cancel semua appoiment aku hari ni."arah Aeden mendatar ke arah PAnya, Kak Zura. Langkah dicorakkan ke arah lift peribadinya. Jarang-jarang dia nak pakai lift peribadi. Urgent punya pasal bedal lah. Urgent lah sangat!

Kak Zura sekadar mengangguk lemah. Jam di dinding baru menunjukkan pukul 2. Karyawan baru saja kembali masuk ke dalam pejabat selepas makan tengah hari. Boss pula dah balik rumah. Untungnya jadi boss kan.

     "Tu...Tuan Aeden."nama itu meniti bibir Amara. Gadis di reseption itu sudah lama menaruh hati pada Aeden. Tapi sikit pun Aeden tak pandang. Bukan hanya dia,semua perempuan pun Aeden tak layan.

Tanpa menghiraukan berpuluh mata yang memandangnya, Aeden segera merapati kereta mewahnya. Sudah terbiasa melihat karyawan karyawannya menggelitis tatkala melihatnya. Hanya wajah beku sahaja yang di tayangkan.

    Kereta BMW 7i berwarna hitam metalik itu meluncur laju meninggalkan perkarangan lobi utama Syarikat Xr Holding Sdn Bhd.

    
     "Comelnya isteri aku ni."puji Aeden memecahkan kesunyian di dalam kereta yang meluncur laju menuju ke rumah ibu mertuanya. Selesai saja makan siang, mereka terus bergerak ke rumah Dato' Razif dan Datin Elena memandangkan perjalanan memakan masa hanya 45 minit.

    Wajah Emerlyn merona kerana dipuji. Kekura tangan Aeden yang menyulam jarinya di usap lembut. Dia terlalu teruja untuk berjumpa mummynya sampai tak ada satu kosa kata pun terluah dari mulutnya.

    "Sayang aku rindu suara kau. Kenapa diam je ni?"soal Aeden khawatir saat melihat Emerlyn hanya tersenyum dan tidak bersuara dari tadi.

    "Tak ada apa lah abang. Lyn excited nak jumpa mummy je. Rindu."balas Emerlyn lembut. Tak mahu suaminya berfikir yang bukan-bukan.

     "Genap sebulan dah kita kahwin kan sayang?" Aeden membawa tangan kecil Emerlyn untuk dicium. Emerlyn mengeyakan saja kata-kata suaminya. Sedar tak sedar perjanjian mereka telah pun gugur kerana Aeden berjaya mendapat tempat tertinggi dalam hatinya.

     "Promise me you will never leave me again Emerlyn Rayhana. I can't bear losing you. You are my other half. My only wife. My neonata. Kalau semua kebahagiaan ini sekadar mimpi,jangan kejutkan aku." Luahan dari Aeden menyentak Emerlyn. Dia melakar senyum manis buat Aeden.

    "Lyn janji selagi hayat dikandung badan, Lyn takkan tinggalkan abang walau terdapat 1000 alasan untuk Lyn tinggalkan abang. Terima kasih sebab bersabar dengan Lyn selama ni. Terima kasih terima segala kekurangan Lyn."ucap Emerlyn ikhlas. Pipi suaminya dikecup kejap.

     "My perfect wife! Dah alang alang nak ucap tu terima kasih kena lah bagi buah tangan sekali."usik Aeden. Tangannya diletakkan di atas peha si isteri

     "Cehh! Abang nak apa?"soal Emerlyn menyampah. Lain macam aja aura suaminya ni.

    "Ohh tak banyak."jawab Aeden. Kemudian membetulkan kedudukannya supaya lebih tegak.

    "Yelah tak banyak tu apa?" Geram pula dengan suaminya ini. Cakap biarlah bagi abis!

    "Nak baby."pinta Aeden bersama senyuman nakal. Wajah Emerlyn terus bertukar merah seperti tomato ranum. Suaminya ni kalau tak usik satu hari tak sah agaknya!

    "Eeee menyampah lah abang ni!" Emerlyn membuang pandangan ke luar. Dia sembunyi senyum dalam diam.

Jalan terasa sunyi sepi pula. Aeden pula tidak suka buka radio ketika berada di dalam kereta. Rimas katanya. Aduhai jantung silalah bertenang!

    "Jangan lah merajuk sayang..." belum sempat Aeden menghabiskan kata-kata. Tiba-tiba terdengar bunyi hon yang kuat dan panjang.

Ponnnn
Dummmm

    "Neonata..."

    "Ab...abang..."

TBC

¹ˢᵗ HIS BABYGIRL | Emerlyn RayhanaWhere stories live. Discover now