"Di dalam business, tak ada istilah kawan atau saudara. Kalau kita buat keputusan berdasarkan benda-benda remeh macam ni...memang habis karamlah kapal kita," beritahuku.
Mereka berdua sendiri pun sememangnya telah biasa dengar dengan apa yang aku katakan tadi. Mungkin juga mereka sendiri pun pernah mengatakan perkara yang sama kepada sesiapa sahaja yang mengenali mereka.
Tengku Rafizi pula bersuara, "masalahnya sekarang, pekerja-pekerja syarikat. Seandainya Encik Faris masih terasa dengan kata-kata kami berdua dulu, kasihanilah pekerja-pekerja yang tidak ada kena-mengena dengan kesilapan saya dan Dato'..."
'Pandai pulak dia susun ayat...haisshhh. Masalah betullah diorang ni,' keluhku di dalam hati.
Aku terus bertanya, "jadi sekarang, Dato' nak apa daripada saya?"
Dato' Zakri dan Tengku Rafizi saling berpandangan sebelum dia berkata, "saya nampak rekod kamu di broker, tiga hari sebelum harga menjunam, kamu telah mengambil untung yang sangat besar".
"Kamu mungkin ada formula...atau penyiasat syarikat yang lebih baik...atau mungkin juga mempunyai orang dalam di dalam syarikat-syarikat yang kamu laburkan. Sebab itulah saya mahu kamu tolong masalah kerugian syarikat...itu sahaja yang saya mahukan..." sambung Dato' Zakri lagi.
Aku terdiam sebentar sambil berfikir. Aku sememangnya ada mempunyai memori dari kehidupan yang lalu sehingga ke tahun 2022. Tetapi, apakah keuntungan yang boleh aku perolehi daripada menolong syarikat Dato' ini?
"Like I said earlier Dato', there's no friends or family in business. There's only profits and losses...I'm still haven't heard any offers from you," balasku sambil memandang serius ke wajah Dato' Zakri.
"Do we need to be like this? Saya ni bakal bapa mentua kamu..."
Aku segera memintas kata-kata Dato', "I didn't agree to that. Tak ada sebab mengapa saya perlu berkahwin dengan Fatin, kami sebenarnya tidak pernah menjalinkan hubungan. Hanya rakan sekelas sahaja".
"Ya, saya sudah siasat. Awak tinggal di negeri yang berbeza dengan anak saya, mustahil untuk kamu berdua bercinta. Tetapi, mesti ada sebab mengapa kamu mengikut sahaja kehendak anak saya. Tidak mungkin sebab duit".
"That's between me and Fatin. But let me assure you, it's not because of love. Saya dengan Fatin sudah tidak ada apa-apa hutang lagi".
Dato' mengeluh sambil mengurut dahinya. Keadaan syarikat yang semakin tenat membuatkan dia tidak mampu untuk membuat apa-apa tawaran yang boleh menarik minatku.
Tengku Rafizi tiba-tiba mencelah, "look on the bright side. Kalau kamu tolong syarikat Dato', portfolio kamu akan jadi semakin cantik. There's no need for you to live in the shadows anymore".
"What's wrong with living in the shadows? I love being in the shadows. Setiap keuntungan yang saya perolehi adalah daripada kerugian seseorang. Kenapa pula saya nak dedahkan diri saya untuk dijadikan sasaran mereka?"
Kini Tengku Rafizi pula buntu, tersandar mendiamkan diri di sofa. Melihat mereka berdua sama-sama terdiam, aku terus bangun berdiri.
Sebelum meninggalkan mereka berdua, aku sempat berkata, "selagi kamu berdua tak ada apa-apa tawaran yang menarik untuk diberikan, saya rasa tak ada sebab untuk kita terus berbual lagi".
Sebaik sahaja siap mandi serta menukar pakaian, aku segera mengambil Wandi di rumah keluarganya. Adik perempuannya bising bertanyakan ke mana aku hendak membawa bakal pengantin itu pergi.
"Haha...makin cantik Haslinda tu, kan?" ucapku sambil memandu ke arah sekolah.
"Hai...tak tahulah aku. Adik aku tu nampak je cantik, tapi perangai boleh tahan," keluh Wandi.
YOU ARE READING
RE: Semula - The Second Part [Complete]
Short StorySetelah melalui zaman persekolahannya sekali lagi, kini Faris bergerak bebas di Kuala Lumpur mengatur langkahnya bagi mendapatkan apa yang dia pernah terlepas dahulu. Adakah apa yang dirancangkannya akan berhasil tanpa ada sebarang halangan? Adakah...