RE 2.45 - Semester Break Bahagian 1

1.6K 18 0
                                    

Sedang aku asyik membaca nota sambil menyuap makanan, beberapa orang perempuan datang menghampiri meja makanku dan bertanya, "Faris, kitorang nak buat trip pergi Perhentian. Kau nak ikut tak?"

"Bila?" tanyaku ringkas.

'Aku ni asyik nak pergi bercuti je ke?' tanyaku di dalam hati.

Gadis bernama Aileen menjawab, "cadang this semester break. Saja-saja have fun, create memories. Kita kan tinggal satu sem je lepas ni?"

"Well...I'll think about it. Kalau aku nak join nanti aku bagitau korang".

Aku bukannya tidak mahu pergi, tetapi aku malas betul mahu melayan Jazli dan kawan-kawannya. Ada sahaja yang hendak benda yang akan dibuat mereka bagi menunjukkan status alpha male mereka.

Selepas mereka semua pergi, AJ pula datang menghampiriku serta mengetuk meja makan.

"Yes, Miss Ameera Jauhari. What can I do for you?" tanyaku sambil mengangkat kepala melihat kepadanya.

Dia terus mencekik belakang leherku serta berkata, "kenapa kau panggil nama penuh aku, hah? Kau ni tiba-tiba nak cari pasal dengan aku".

Aku tergelak membalas, "memang nama kau, kan? Bukannya aku ejek nama kau".

Lalu aku bertanya, "kau nak apa? Nak aku suapkan ke?"

"Hmmm...boleh jugak. Aku nak paru tu," jawab AJ.

Dengan bersahaja aku melayankan sahaja kehendak Aj dengan menyuapkan dia sesudu nasi dan paru.

"Emmm...sedap. Pandai kau pilih lauk," pujinya di dalam mulutnya masih lagi penuh.

Kemudian dia memujukku, "Faris, kau joinlah pergi cuti-cuti tu nanti".

Aku membalas, "lahh...kau ikut ke? Adoi...penatlah aku".

"Tadi kau tengok bontot Aileen, kan? Haaa...kantoi. Jomlah...aku kena temankan Fatin".

"Fatin dah ada, kau nak ajak aku buat apa?"

"Fatin dia boleh join dengan girls lain. Aku nanti tak pasal-pasal je terpinggir sorang-sorang".

Tanpa sempat aku berkata apa-apa, AJ telah mengangkat tangannya memanggil Aileen dan berkata, "Faris join kalau kau bagi pegang bontot kau".

Aileen terus memusingkan badan bagi menunjukkan punggungnya. Dia berkata, "peganglah...ramai gila yang suka my butt".

"Hmmm...boleh simpan dan claim masa cuti tu nanti tak?" tanyaku.

"Asalkan you join sama, I've no problem," jawab Aileen.

Dia sememangnya agak bimbo sedikit. Kalau dilayan, silap-silap boleh dapat migrain percuma.

"Hmmm...ada berapa bilik?" tanyaku ingin tahu.

"We ambil villa, so ada dalam empat bilik. Guys cakap nak share satu bilik," terangnya.

"Kalau aku nak bilik master sorang, boleh tak? Bilik tu sekali dengan bilik air, kan?".

"Sorang? Seriously? You tak nak ke like warna kuku or ikat rambut while gossiping?"

"Err...aku laki. For what aku nak buat benda-benda tu?"

Jari Aileen mengetuk perlahan dahinya sambil berkata, "well, duh...I lupa tu program for the girls. So, you sure nak bilik sorang? I can get it for you, tapi kena bayar extra".

"Okey je. Tak ada masalah," jawabku sambil menyuapkan AJ sekali lagi.

"Oh, wow! Nice! So, alone in the master bedroom and touching my butt saja, kan?"

RE: Semula - The Second Part [Complete]Where stories live. Discover now