'Macam mana kalau aku yang menari dekat atas pentas tu? Mesti lelaki-lelaki kat bawah pentas tu boleh nampak aku punya...' ucap Lisa di dalam hati sambil tangannya menolak bahagian bawah pakaiannya bagi menyembunyikan cipapnya yang sedang berdenyut-denyut.
"Jom...kita naik atas lagi," pelawaku sambil memegang lembut belakang badannya yang terdedah.
Oleh kerana aku telah mengenakan pin tadi pada blazer, bouncer seterusnya tidak lagi menghalangku sebaik melihat simbol pada pin tersebut.
"Kalau tadi VVIP, tingkat ni apa pulak?" tanya Lisa kehairanan.
"Ni personal level...hanya owner dan orang yang dia mahu jumpa sahaja boleh naik ke sini," terangku.
"Awak kenal owner kelab ni? Ke awak owner kelab ni?" tanya Lisa lagi.
Aku hanya tersenyum sahaja tanpa menjawab apa-apa pertanyaan daripada Lisa tadi dan terus memimpinnya ke hadapan pintu bilik yang mempunyai gambar naga.
Pengawal keselamatan di hadapan pintu bilik itu terus sahaja membenarkan kami berdua masuk ke dalam dengan membukakan pintu untuk kami.
"Hai, taiko! Saya ingat kamu sudah tak datang tadi! Haha," tegur Steven dengan nada yang lantang.
Seorang gadis berbangsa cina datang menghampiri belakangku. Lembut sahaja tangannya menyentuh badanku bagi membukakan blazer yang sedang kupakai.
"You already drunk, Steven?" tanyaku sebaik melihat gadis tadi menggantungkan blazerku pada tempatnya.
"Taklah...jangan kasi kiralah...this is time for celebration!" jawab Steven sambil tangannya mengangkat cawan kecil arak dan meneguknya.
Isterinya hanya mampu menggelengkan kepala melihat gelagat suaminya yang terlalu gembira kerana bapanya telah mewariskan kawasan jajahannya di Kuala Lumpur untuk dijaga mereka berdua.
"Hi, you remember me, right? Of course you remember me...have a seat," ucap isterinya sambil mengenyitkan mata sebelum menunjukkan kerusi yang terletak bertentangan dengan dia dan Steven.
Selama ini aku sememangnya cuba mengelak isteri Steven yang bernama Jocelyn. Segalanya gara-gara event yang berlaku pada malam perkahwinan mereka dahulu yang menyebabkan aku merasa serba salah untuk bertentang mata dengannya.
"Is she your companion?" tanya Jocelyn.
Sebaik sahaja aku menganggukkan kepala, Jocelyn terus berkata, "haiya...banyak kasihan dia. Baju sudah cantik, tapi tak ada make-up dengan accessories".
"Jessica, please take care of her," arah Jocelyn sebelum menghisap rokok di tangannya.
Serta-merta gadis berpakaian cheongsam berwarna putih di belakang Jocelyn itu berjalan menghampiri Lisa dan memimpin tangannya untuk membawa dia ke arah pintu keluar.
Lisa sekali lagi risau serta menoleh kepadaku sambil berkata, "awak..."
"Relaks...ikut je. Nanti kita jumpa lagi," kataku bersahaja.
Dari air muka Lisa tadi, jelas tergambar yang dia sebenarnya mahu memanggil namaku, tetapi aku tidak pernah memberitahu namaku kepadanya.
"Banyak muda itu amoi..." ucap Jocelyn sebelum meneguk cawan berisi minuman keras di tangannya.
"Well...senang cari yang muda. Nanti saya dah tua pun, dia masih muda dari saya, kan?"
"Yes, yes... that's so true my friend," Steven tiba-tiba mencelah.
Namun, dia kembali senyap apabila Jocelyn memberikan jelingan tajam kepadanya. Bagi menutup rasa takutnya, dia segera menambah minuman keras ke cawan isterinya.
YOU ARE READING
RE: Semula - The Second Part [Complete]
PovídkySetelah melalui zaman persekolahannya sekali lagi, kini Faris bergerak bebas di Kuala Lumpur mengatur langkahnya bagi mendapatkan apa yang dia pernah terlepas dahulu. Adakah apa yang dirancangkannya akan berhasil tanpa ada sebarang halangan? Adakah...