Sejak dari itu, kami selalu makan berdua di ruang tamu setiap kali Fakhri keluar outstation. Dia mahu mempelawaku untuk makan di dalam biliknya, kerana di dalamnya terdapat televisyen. Tetapi disebabkan bau rokok Fakhri yang terlalu kuat di dalam bilik itu, aku pula yang jadi tidak tahan.
Aku membuat keputusan mengangkat televisyen ke ruang tamu setiap kali kami makan bersama-sama. Pernah beberapa kali biarpun sudah selesai makan, kami masih lagi menonton televisyen bersama-sama kerana rancangannya yang menarik.
Pernah beberapa kali juga Akma terlelap di ruang tamu semasa menonton televisyen. Sebaik sahaja aku meletakkan televisyen kembali ke tempat asalnya, aku mendukung membawa tubuh Akma masuk ke bilik.
Secara tidak sengaja, tuala yang menutup rambutnya terjatuh ke lantai. Lantas mendedahkan rambutnya yang lembut beralun. Sambil meletakkan badannya di atas tilam, aku sempat mengintai buah dadanya dari kolar t-shirt yang dipakainya. Dia begitu selesa denganku sehinggakan dia tidak lagi memakai bra seperti awal-awal dahulu.
Pada suatu hari, ketika aku sedang melakukan senaman, tiba-tiba pintu bilikku diketuk perlahan.
"Faris, apa benda dekat pintu bilik Faris ni?" tanya Akma sambil menunjukkan alat yang dipasang pada bawah pintu bilikku.
Di dalam masa yang sama, matanya nakal meneliti hadapan badanku yang terdedah serta berpeluh-peluh.
"Oh, masuklah kalau nak tengok," aku mempelawanya.
Inilah pertama kali Akma masuk ke dalam bilikku. Terus dia berkata, "kesiannya...ni je barang-barang Faris?"
"Biasalah, kak...orang bujang. Hehehe," balasku.
Setelah aku menerangkan serta melakukan sit-up beberapa kali sebagai demonstrasi alat yang kupasang pada bawah pintu tadi, Akma tiba-tiba berminat hendak mencubanya.
"Memang kena bukak baju ke?"
"Kenalah...barulah nampak pergerakan otot kat perut tu nanti," aku memberi alasan.
"Alaaa...bra akak kat dalam bilik".
"Akak tutup jelah dada akak guna t-shirt ni, yang penting nampak perut".
Setelah mempertimbangkan cadanganku, Akma meminta aku memalingkan badanku sewaktu dia membuka bajunya.
"Okey, akak dah ready," panggilnya di dalam keadaan sedia terbaring sambil t-shirtnya menyelimuti buah dadanya.
Sedikit sebanyak aku dapat melihat bahu serta belakang badannya yang putih bersih.
"Okey, cuba bangun, kita kira satu..."
Sebaik sahaja Akma bangun, baju yang diletakkan di atas dadanya tadi melurut jatuh mendedahkan payudaranya yang tersegam indah di hadapanku.
Kami berdua terdiam, mata kami sama-sama tertumpu pada payudara Akma. Mungkin dia tercengang dan tidak percaya apa yang sedang terjadi.
Tidak lama kemudian, dia merengek sambil menutup dadanya dengan kedua-dua tangannya, "Fariiiiis...sajalah tu. Faris kenakan akak, kan? Malulah...dahlah badan tak cantik".
"Mana ada...cantiklah tetek akak. Eh?" aku terlepas cakap terus menutup mulutku.
Akma menunjukkan muka terkejut mendengar apa yang aku katakan tadi. Tangannya terus sahaja menarik geram putingku.
Lalu berkata, "tetek Faris lagi cantik".
"Aduh, akak...mana ada orang tarik puting orang laki. Biasa orang tarik yang ni..." aku membalas dengan menarik putingnya yang telah terdedah.
Tidak lama kemudian, kami kembali tenang. Akma juga telah menutupkan dadanya kembali dengan t-shirtnya tadi.
Oleh kerana keadaan terlalu awkward, dia terus keluar meninggalkan bilikku. Aku pula kembali meneruskan senaman sehingga selesai.
YOU ARE READING
RE: Semula - The Second Part [Complete]
القصة القصيرةSetelah melalui zaman persekolahannya sekali lagi, kini Faris bergerak bebas di Kuala Lumpur mengatur langkahnya bagi mendapatkan apa yang dia pernah terlepas dahulu. Adakah apa yang dirancangkannya akan berhasil tanpa ada sebarang halangan? Adakah...