"Ya, puan. Ada apa-apa yang saya boleh bantu?" itulah ayat lazim yang biasa aku ulangi setiap hari di waktu kerja.
Buat masa ini aku bekerja sepenuh masa dan akan meminta kelonggaran satu hari apabila kelas sudah bermula nanti.
"Hai Wati..." aku menegur satu-satunya juruwang yang sedang bertugas berhampiran dengan bahagian di mana aku bekerja.
"Staff baru? Dapat department susah pulak tu," balas Wati sambil tersenyum manis.
Gadis berasal dari Pantai Timur, memiliki tubuh yang kecil serta kurus. Kulitnya cerah sehinggakan nampak jelas freckles pada pipinya.
Dahulunya kami selalu keluar bersama sehinggalah aku mendapat tahu yang dia sebenarnya sudah berkahwin.
"Faris! Kau mengorat cashier, eh? Aku bagitau kat supervisor kau nanti," tegur Pelatih Pengurusan bernama Sofea.
Sofea memiliki tubuh yang agak berisi sedikit, tetapi wajahnya sangat cantik. Cuma mulutnya tu kadang-kadang boleh tahan dahsyat volume suaranya.
Mujur hari ini merupakan hari biasa dan bukannya pada hujung minggu yang ramai orang. Jika tidak, sudah pasti ramai yang boleh dengar dia membebel kepadaku biarpun kami bukannya dari department yang sama.
Sambil tersenyum aku membalas, "eh, ni kan masih lagi dalam department aku? Kau tu? Department kau kat atas sana".
"Aku datang sini sebab nak bagitau barang department kau sampai kat loading bay," beritahu Sofea.
"Haaa...macam tu marilah tolong aku kejap," pelawaku sambil berjalan ke arah pintu bilik stor.
Sofea ikut berjalan di sebelahku sambil membebel, "berani kau suruh MT (Management Trainee) tolong kau buat kerja? Betullah kau ni suka buli kakak-kakak macam aku ni".
Mulutnya membebel macam tidak sudi atau seperti banyak kerja yang hendak dibuatnya, tetapi dia tetap juga mengikut serta menolongku.
Aku hanya perlu menolak cart berbentuk sangkar empat segi masuk ke dalam lif barang. Kemudiannya Sofea akan menunggu aku naik ke atas semula untuk sama-sama memunggah barang-barang daripada cart tadi.
"Department kau besar, tak rasa susah ke?" tanya Sofea yang bagaikan tidak kena sekiranya mulutnya diam sahaja.
"Kan kau tengah tolong aku? Tak adalah rasa susah mana. Hehe," jawabku mengusiknya.
"Kau ni...aku tanya betul-betul kau bergurau pulak," ucap Sofea sambil melipatkan cart tadi dan seterusnya menekan butang lif menghantarkannya turun ke bawah semula.
Sebagaimana yang pernah berlaku dahulu, sedang aku sibuk meletakkan barang ke dalam stor departmentku sambil berbual-bual dengan Sofea, tanganku secara tidak sengaja teraba buah dadanya.
Semuanya terjadi kerana dia menyibuk dan berdiri di tempat yang salah. Segera aku berkata, "sorry...sorry...aku tak sengaja".
Kebetulan penyeliaku masuk ke dalam bilik stor untuk membuat semakan kuantiti barang sama ada dia perlu membuat pesanan bagi menambah jumlah stok.
"Akak, tengok Faris ni! Dia terpegang saya punya!" lapor Sofea kepada penyeliaku sambil menunjukkan dadanya.
Tetapi penyeliaku jenis yang santai dan tidak mahu melayan sekiranya perkara itu nampak remeh pada pandangan matanya.
"Alah, bukannya luak pun..." balas penyeliaku bersahaja sebelum keluar semula.
Aku tergelak kecil sambil menutup mulut sebaik melihat reaksi terkejut pada muka Sofea. Memanglah dia tidak serius melaporkan kejadian tadi, tetapi reaksi daripada penyeliaku sangat-sangat tidak dijangkakan.
YOU ARE READING
RE: Semula - The Second Part [Complete]
ContoSetelah melalui zaman persekolahannya sekali lagi, kini Faris bergerak bebas di Kuala Lumpur mengatur langkahnya bagi mendapatkan apa yang dia pernah terlepas dahulu. Adakah apa yang dirancangkannya akan berhasil tanpa ada sebarang halangan? Adakah...