“Kita nak pergi mana ni? Macam jauh je?” tanya Zurina.
“Hmmm...tulah...saya pun dah lama tak pergi PD,” jawabku bersahaja.
“Oh ya, couple hari tu macam mana? Dah habis merajuk ke?” tanya Zurina lagi sambil tergelak kecil.
“Aiden dengan Helena ke? Entahlah...tapi, Aiden tu biasa merajuk tak lama. Kawan pun tak berapa ramai. Kalau skandal tu ramailah”.
“Oh, awak pun macam tu jugak, kan? Berapa ramai skandal awak?”
“Eh? Kenapa pulak tiba-tiba saya yang kena? Saya ni kan jujur orangnya? Hehe”.
“Iyalah tu...tapi, kelakar hari tu. Vibrator tu boleh pula habis bateri. Lepas tu selamba je saya bawak balik,” cerita Zurina sambil tergelak.
Ini merupakan kali pertama kami berdua dapat keluar bersama ketika hari masih siang dan singgah bersarapan dahulu sebelum meneruskan perjalanan. Selain itu, ini juga kali pertama kami dapat cuti rehat pada hari yang sama.
Setelah sejam lebih perjalanan, kami akhirnya tiba di hadapan sebuah rumah banglo. Bapa Helena bekerja sebagai pegawai bank. Jadi dia telah meminta tolong kepada bapanya untuk menempah salah sebuah rumah percutian milik bank di kawasan ini untuk dia dan kawan-kawan Aiden.
Aiden dan kawan-kawannya telah tiba lebih awal daripada kami berdua. Tidak tahulah berapa laju mereka menunggang motosikal di atas lebuhraya tadi. Sedangkan kami pula santai sahaja dengan membuat beberapa persinggahan.
Kini barulah aku dapat melihat dengan jelas wajah teman wanita Aiden dan kawan-kawannya. Ketika di lereng bukit tempoh hari aku tidak dapat melihat dengan jelas kerana terlalu gelap.
Hanya seorang sahaja yang memakai tudung, sama seperti Zurina. Tetapi pakaiannya masih boleh dikatakan agak seksi dengan memakai t-shirt lengan pendek dan berseluar jeans ketat sebagaimana teman wanita yang lain.
Melihat pakaian mereka, sudah pasti belakang seluar dalam atau celah punggung mereka terdedah sahaja ketika membonceng motosikal teman lelaki masing-masing tadi.
Sedang aku dan Zurina memerhatikan di sekeliling rumah banglo, Helena tiba-tiba menghulurkan selimut snuggle yang dibuat khas untuk dua orang kepada kami berdua. Mata Zurina dan Helena saling bertentangan. Pandangan mata mereka tidak ubah seperti di dalam permainan video berlawan, round two.
Terpapar jelas pada wajah Helena masih tidak berpuas hati Zurina membulinya tempoh hari.
“Apa ni?” aku bertanya kepada Helena.
“Korang pakailah...couples yang lain pun pakai. Jangan pakai apa-apa kat dalam ni,” beritahunya.
Aku dan Zurina berkongsi pandangan mata, ini merupakan kali pertama tubuh bogel kami berdua akan bersentuhan di antara satu sama lain.
Seterusnya, kami semua berkumpul di ruang tamu rumah banglo tersebut serta menanggalkan pakaian setelah memakai selimut snuggle bersama pasangan masing-masing.
YOU ARE READING
RE: Semula - The Second Part [Complete]
Short StorySetelah melalui zaman persekolahannya sekali lagi, kini Faris bergerak bebas di Kuala Lumpur mengatur langkahnya bagi mendapatkan apa yang dia pernah terlepas dahulu. Adakah apa yang dirancangkannya akan berhasil tanpa ada sebarang halangan? Adakah...