RE 2.15 - Promoter Bahagian 1

2.2K 29 1
                                    

Terdapat beberapa jenis promoter di dalam pusat membeli-belah. Yang pertama jangka masa panjang, iaitu promoter jenama-jenama besar di bahagian elektrik atau produk penjagaan kereta dan juga barangan konsesi.

Kedua ialah bermusim, promoter yang bekerja di dalam waktu promosi atau memperkenalkan produk dengan memberi sampel.

Sasaran pertamaku tentulah promoter berbangsa cina yang mempromosikan pewangi kereta berjenama terkenal semasa event barangan berkaitan dengan kereta.

Dahulunya aku tidak faham yang dia sebenarnya telah memberikan lampu hijau kepadaku. Sewaktu di pusat penjagaan, aku masih terkenangkan betapa ruginya aku tidak melayan lebih sedikit dahulu.

"Hai, nama saya Elaine Yin Yee Soo...boleh panggil saya Yee Soo atau lagi senang, Elaine saja," dia mengenalkan dirinya kepadaku sambil menghulurkan tangan.

Aku dengan bersahaja menyambut salamnya walaupun dijeling tajam Sofea dari kawasan event departmentnya yang terletak agak jauh dariku.

"Hai, Elaine, saya Faris. Supervisor saya suka hati je tinggalkan saya sorang in charge set up event area ni," aku bergurau dengannya tanpa melepaskan tangannya.

Dia seorang yang mudah terhibur, sukar untuk dia berhenti ketawa sebaik mendengar lawak hambarku tadi.

"Kamu boleh set up standee kamu dulu, stok pun ada dekat stor belakang. Nanti kalau ada apa-apa boleh panggil saya," kataku sebelum membiarkan dia melakukan kerjanya.

Set up event seperti ini sememangnya agak leceh kerana segala-galanya perlu siap sebelum pusat membeli-belah dibuka. Tetapi, disebabkan aku masuk kerja awal, balik pun awal jugalah jika tidak dipaksa rela buat overtime.

Tidak lama kemudian, amoi itu datang kepadaku, "Faris, itu stor memang itu macam gelap ke? Macam mana saya mau angkat itu barang?"

"Ala, cakap saja maa...awak takut, mau saya temankan ambil barang, kan?"

"Kalau sudah tau, marilah ikut saya sekarang..." pelawanya sambil menarik tanganku.

Sewaktu di dalam stor aku bergurau dengannya, "tak baiklah ni macam...bawak saya pergi tempat gelap sunyi..."

Dia mencubit perutku sambil berkata, "haiya, banyak hansaplah awak ni!"

Disebabkan dia tidak ada kawan di tempat kerja, dia selalu mengikutku pergi berehat di kantin.

"Eh, ni bukan level-level kau makan kat kantin ni..." perli Mira sambil tergelak besar.

Nasib baiklah ramai orang di kantin, kalau tidak memang aku cubit bontot bulatnya itu.

Sambil makan bersama Elaine, aku menggeselkan kakiku pada betisnya. Dia tergelak dan menggeselkan kembali betisnya kepada kakiku.

Dahulunya aku pernah melakukan perkara yang sama, tapi ianya terhenti setakat di situ sahaja.

Bezanya kali ini aku menemaninya berjalan ke LRT setiap kali dia pulang kerja. Dia masih belajar di kolej swasta yang terletak tidak jauh dari tempat kerja kami.

Tetapi untuk pulang ke rumah keluarganya, memerlukan dia menaiki LRT dan seterusnya abangnya akan mengambil di stesen.

Suatu hari, aku lihat dia seperti resah sahaja. Aku cuba bertanyakan kepadanya, "Elaine, kenapa ni? Macam susah hati saja?"

"Tsk...itu bos sayalah. Saya mau mintak cuti hari ni, sebab family saya mau pergi balik kampung Penang sana. Tapi, ini hari last day event...bos tak boleh kasi saya cuti punya" cerita Elaine.

"Yelah...hari ni last day event, tutup je nanti kena kemas barang-barang promosi yang lebih dengan standee ni bawa masuk dalam stor".

"Nanti sudah malam maaa...saya lagi balik sorang-sorang, tak ada orang dalam rumah. Nak ambil teksi pula lagi..." keluhnya.

RE: Semula - The Second Part [Complete]Where stories live. Discover now