Pulang sahaja dari snorkeling, Fatin, AJ, Siew Qing dan Aileen masing-masing tertidur kepenatan. Lebih memenatkan lagi, mereka berempat tidur di atas katil bilikku.
Mereka berkata bilikku kerana lebih senyap dan privasi. Manakala di dalam bilik mereka pula, sentiasa ada rakan sekelas perempuan yang rancak berborak serta tergelak besar dan kemudiannya mula baling-baling bantal.
Takkanlah aku pula yang kena tidur di atas lantai? Mahu tidak mahu, aku juga yang mengalah keluar dari bilik dan seterusnya melepak di ruang tamu villa sambil menonton televisyen.
Tiba-tiba Jazli dan dua orang rakannya masuk melalui pintu sliding, “weh, Faris sorang je yang ada kat sini. Kira jadilah, kan? Buat cukup orang je”.
Jazli pula berkata, “ala, lecehlah dia ni. Bukannya dia ni jenis campur dengan kita... dahlah awek aku yang jadi mangsa sekarang ni”.
Salah seorang kawannya memujuk, “kira boleh jelah...cukupkan orang. Kalau tak, kantoilah. Nanti kau syak salah seorang dari kitorang pulak. Tu pun kalau dia salah tekalah”.
Seorang lagi pula menambah, “yelah, Jazli. Korang dah couple lama, takkanlah dia tak kenal kau pula?”
Dia berkata lagi, “lagipun, kau jugak yang setuju betting macam ni hari tu. Masa awek aku dulu, kau on je. Bila time kena kat awek kau, macam-macam pulak bagi alasan”.
‘Apa benda korang membebel dari tadi ni? Nak lepak ruang tamu pun tak tenang,’ kataku di dalam hati.
Setelah berfikir sebentar, Jazli akhirnya bersetuju, “yelah, yelah...korang ajaklah dia”.
Lalu dia memalingkan badannya keluar dari pintu sliding. Dari raut mukanya, nampak jelas yang dia tidak bersetuju dengan cadangan dua kawannya.
Ketika dia berdiri di luar villa, aku melihat tangannya pula seperti sedang memanggil seseorang.
Kemudian, teman wanitanya, Talia datang memeluk badannya. Dia seperti menerangkan sesuatu sebelum teman wanitanya memarahi Jazli dan menolak badannya.
Salah seorang kawan Jazli datang menepuk bahuku dan berkata, “jom ikut kitorang”
“Hah? Nak pergi mana?” tanyaku ingin tahu.
“Kau ikut jelah,” balas lelaki itu.
Melihat aku seperti tidak melayan mereka berdua, mereka bersama-sama menarik tanganku untuk bangun dan membawa aku keluar dari villa. Sudahlah penat, terpaksa melayan Jazli dan kawan-kawannya pula.
Mereka telah menyewa sebuah bot kecil yang dilengkapi dengan enjin motor di bahagian belakangnya.
“Korang tahu ke bawak bot ni?” tanyaku sambil mengerutkan dahi. Segala-galanya nampak begitu leceh pada pandangan mataku.
Salah seorang kawan Jazli menjawab, “relakslah...aku dengan dia ni biasa bawak bot pergi memancing”.
Kawannya mencelah, “ya, tapi biasa kumpaulah. Haha”.
“Kau jangan risau, ikut je kitorang. Lagipun, setakat dekat-dekat macam ni tak ada apa-apa masalah,” pujuknya lagi.
Tidak lama kemudian, barulah Jazli dan teman wanitanya tiba di bot. Wajah Talia masih tergambar ketidakpuasan hatinya dengan apa yang diminta Jazli tadi.
Namun, wajahnya tiba-tiba berubah sebaik melihat aku di dalam bot. Aku hanya membalas pandangannya dengan senyuman sahaja. Kalau lebih-lebih nanti Jazli akan ingat lain pula.
Kawan Jazli mengemudi bot menuju ke pulau yang agak terpencil, namun aku masih boleh nampak villa kami di seberang laut sana.
Pelbagai persoalan bermain di fikiranku, ‘diorang nak buat survival ke? Atau nak tinggalkan aku dekat sini?’
YOU ARE READING
RE: Semula - The Second Part [Complete]
Storie breviSetelah melalui zaman persekolahannya sekali lagi, kini Faris bergerak bebas di Kuala Lumpur mengatur langkahnya bagi mendapatkan apa yang dia pernah terlepas dahulu. Adakah apa yang dirancangkannya akan berhasil tanpa ada sebarang halangan? Adakah...