RE 2.31 - Haslinda

1.6K 26 1
                                    

Aku pulang agak lewat kerana seronok berbual dengan pengantin baharu. Wandi sempat meminta tolong kepadaku untuk menghantarkan Haslinda kembali ke kolej kediaman nya yang terletak di Sitiawan.

"Kau ni betul ke percaya aku hantar adik perempuan kau balik?" tanyaku bergurau dengan Wandi.

"Kau bukannya nak perempuan macam adik aku tu...pening kepala je kalau kau simpan," jawab Wandi.

Pap!

Tiba-tiba sahaja lengan Wandi ditepuk dengan kuat.

"Hah, mengumpatlah tu!" marah Haslinda sebelum meletakkan begnya.

Disebabkan Wandi masih lagi mengaduh kesakitan kerana pukulan adiknya tadi, aku segera menekan kunci kereta dan meminta Haslinda meletakkan begnya terlebih dahulu di dalam kereta.

Sepanjang perjalanan kami berdua tidak berbual apa-apa, hanya melayan lagu yang dimainkan di radio kereta sahaja.

Setelah agak jauh meninggalkan pekan, Haslinda tiba-tiba membuka tudungnya sambil berkata, "abang, saya nak tukar baju sekejap".

Aku dengan bersahaja membalas, "ooo...tukar jelah".

Dia seakan-akan tidak percaya aku begitu bersahaja tanpa menawarkan kepadanya untuk membuat persinggahan ke tandas di stesen minyak terlebih dahulu.

Haslinda menoleh kepala melihat ke tempat duduk belakang dan kemudiannya melihat ke cermin pandang belakang. Bagaikan membuat pertimbangan untuk menukar pakaian di tempat duduk belakang.

Aku tersenyum mengusiknya, "aik? Takkanlah bakal nurse malu-malu, kot?"

"Eleh...sajalah tu. Nak trick saya, kan? Abang punya reputasi buaya tu satu pekan dah tau..." balasnya tersenyum sinis.

Aku tidak membalas apa-apa dan hanya buat-buat tidak tahu sahaja sambil meneruskan pemanduan.

Tiba-tiba dia pula yang bersuara, "saya boleh tukar baju kat sini, tapi abang kena belanja tengok wayang bila dah sampai nanti".

Mungkin kerana melihat hari sudah mulai gelap dan cermin tingkapku pula ditinted, membuatkan dia berani membuat tawaran sebegitu.

"Saya okey je...apa ada hal?" balasku dengan bersahaja.

"Betul ni? Tak tipu?" tanya Haslinda bagi mendapatkan kepastian.

Dengan bersahaja aku menjawab, "buat apa nak tipu? Benda kecik je tu..."

Dia perasan yang mataku memandang ke arah payudaranya ketika bercakap tadi. Terus dia berkata, "apa kecik-kecik? Tumbuk karang!"

Aku hanya tergelak sahaja melihat reaksi Haslinda. Sememangnya aku sengaja mengusiknya sambil mataku tertumpu ke arah payudaranya yang bersaiz comel itu.

Tangan Haslinda teragak-agak membuka baju kurung yang dipakainya. Sekaligus hidungku dapat menghidu bau minyak wangi yang disemburkan pada pakaiannya sebaik baju kurungnya terkena pada tanganku.

Dia membuka kain baju kurungnya pula setelah mencampakkan baju kurung yang dibukanya tadi ke tempat duduk belakang. Mendedahkan seluar dalamnya berbelang biru dan putih.

"Haha...kenapa bra warna krim, spender belang-belang? Bukan patutnya warna sama ke?" aku mengusiknya.

"Jaranglah perempuan beli yang satu set. Biasanya beli bra tempat lain, spender kat tempat lain," beritahunya sambil mencampakkan kain baju kurungnya pula ke tempat duduk belakang.

Seterusnya dia bertanya sambil tangannya meraba-raba di tempat duduk belakang, "eh? Mana beg saya tadi?"

"Oh, saya dah pindahkan ke bonet masa awak tengah salam-salam tadi," aku memberitahunya.

RE: Semula - The Second Part [Complete]Where stories live. Discover now