RE 2.49 - Season Finale Bahagian 1

1.7K 17 0
                                    

Tiada apa yang dapat menyediakan diriku bagi menghadapi situasi ini. Baik melalui pengalaman hidupku yang lalu mahupun yang sekarang.

“Hello, Faris...Faris dah tahu ke belum?”

Aku masih lagi mamai dan tidak dapat meneka siapa yang sedang menelefonku di tengah malam. Beberapa kali telapak tangan kananku menyapu rambut dan juga mukaku untuk terus kekal bangun.

“Hello...Faris dengar tak?” tanya suara itu lagi di telefon.

Segera tangan kiriku menjauhkan telefon dari telinga untuk melihat nama yang tertera pada skrin telefon.

Lalu barulah aku membalas, “ya, Kak Yati. Ada apa telefon tengah-tengah malam ni?”

Sudah agak lama juga aku tidak mendengar apa-apa khabar berita daripada Yati. Kali terakhir aku bertemu dengannya, ketika beberapa minggu sebelum perkahwinannya dengan Izzani.

Ketika itu, kami bermalam di hotel bagi melangsaikan hutang pertaruhannya denganku dahulu. Tetapi sayang, aku tidak dapat hadir ke hari bahagianya. Pasti akan berlaku kekecohan sekiranya Pak Lang melihatku di situ nanti.

Tanpa berlengah, dia terus sahaja memberitahuku, “Nora dengan abah kemalangan...”

Ketika ini, jantungku bagaikan terlangkau satu degupan. Jika sebelum ini, aku tidak beberapa pasti akan perasaanku pada Nora. Tetapi kini, aku benar-benar pasti.

“Hello. Faris, kenapa senyap? Dengar tak?” tanya Yati.

Kelam-kabut aku menjawab, “ha...ya, kak. Diorang macam mana?”

Yati menangis teresak-esak dan memberitahu yang bapanya sudah meninggal dunia. Sekaligus aku menghempaskan belakang badan ke atas tilam semula.

Fikiranku seperti kosong, tidak dapat aku membayangkan hidupku tanpa Nora di sisiku. Di telingaku masih terngiang-ngiang suara lembutnya bercakap di telefon denganku beberapa hari yang lalu.

“Akak cuba pujuk abah hujung minggu ni, tau! Faris betul ke dah sedia ni?” tanya Nora bagi mendapatkan kepastian.

“Mestilah sudah...rumah untuk kita tinggal nanti pun dah ada. Tapi, kalau Pak Lang tak setuju, macam mana?”

“Kita kahwin kat Siamlah! Hihihi. Lama tau akak tunggu Faris cakap dah sedia. Tak ada apa pun yang boleh halang kita”.

“Walaupun Pak Lang dengan Kak Yati?”

“Ni kebahagiaan akak. Akak berhak membuat keputusan. Eh, tapi nanti tak boleh panggil akak lagi tau! Nanti pelik orang dengar”.

“Haha. Nak panggil apalah agaknya nanti?”

“Panggillah sayang...hihihi”.

Suaraku terketar-ketar bertanya, “macam mana dengan Kak Nora?”

Yati menjawab, “Nora kritikal...masih di dalam bilik pembedahan”.

Hatiku bagaikan luruh apabila mendengar apa yang dikatakan Yati. Tanganku segera menyambar pakaian serta menyarungkannya pada badan sebaik sahaja Yati memberitahu di mana lokasi hospital Nora berada.

Sepanjang perjalanan ke hospital, aku cuma mampu berharap yang Nora akan selamat dan aku juga berharap yang aku sempat berjumpa dengannya buat kali terakhir.

Bila sebut kali terakhir, aku terkenang kembali kali terakhir kami bertemu. Dia di dalam perjalanan untuk pulang ke rumah bapanya. Tetapi, dia membuat kejutan dengan membuat persinggahan di rumahku terlebih dahulu.

Sebaik sahaja aku membukakan pintu, aku terkejut dia tiba-tiba sahaja memelukku sambil merehatkan kepalanya pada dadaku.

“Eh? Bukan akak cakap nak balik rumah Pak Lang dulu ke?” tanyaku kehairanan.

RE: Semula - The Second Part [Complete]Where stories live. Discover now