RE 2.32 - Kawan Lama Bahagian 1

1.6K 23 0
                                    

Haslinda benar-benar membukakan mataku, setakat cantik sahaja sebenarnya tidak cukup sekiranya citarasa wanita itu tidak selari denganku. Takkan aku nak teman dia setiap kali tengok cerita yang lebih kurang macam tu?

Hari ini aku bersemangat sedikit nak buat kerja, bulan lepas di department electrical ada menerima seorang pekerja baharu perempuan bernama Puteri.

Kulitnya putih melepak tetapi tubuhnya kecil sahaja, begitu jugalah dengan saiz payudaranya. Biarpun begitu, umurnya tua lima tahun daripadaku.

Sebagaimana kehidupanku yang lalu, aku suka mengganggunya setiap kali dia pulang dari surau pekerja. Dia perlu melalui lorong sempit yang tidak jauh dari stor departmentku.

Biarpun kebiasaannya aku tidak mempunyai apa-apa urusan untuk melalui jalan itu, tetapi aku tetap dengan sengaja akan melaluinya sebaik sahaja ternampak kelibatnya.

Puteri biasanya akan merempuh sahaja badanku tanpa menghiraukan adakalanya tanganku melanggar buah dada serta menyentuh punggungnya. Disebabkan seluar slack kerja yang nipis, aku selalu meleserkan tanganku pada punggungnya.

Dia juga tidak pernah menceritakan apa yang biasa aku lakukan kepadanya kepada pekerja-pekerja yang rapat dengannya.

Tetapi jika diikutkan, dia sebenarnya memiliki satu rahsia besar yang tidak ada sesiapa yang tahu selain daripadaku. Sebenarnya Puteri sudah pun berkahwin.

Aku pun tidak faham mengapa dia merahsiakannya, sama seperti Wati dahulu. Cuma yang bahayanya Puteri ini, suatu hari nanti dia akan keluar dating dengan salah seorang pekerja lelaki yang sama department dengannya.

Ketika itulah suaminya datang menyerang lelaki itu serta memberikan amaran kepadanya. Sejak itu, Puteri tidak lagi dilihat bekerja di sini.

"Tepilah...hari-hari asyik hadang kita je," ujar Puteri sambil merempuh badanku dengan badannya yang kecil comel.

Di dalam masa yang sama, tanganku dapat merasai tubuhnya yang kurus serta postur badan yang agak membongkok sedikit sewaktu tapak tanganku merayau-rayau menahan badannya.

"Ala, cepat-cepat nak pergi mana?" tanyaku.

Ketika ini, telapak tanganku dengan bersahaja meramas punggungnya.

"Kak Rohani belum pergi rehat lagilah. Tulah kita nak balik cepat," jawabnya sambil melanggar bahuku tanpa mempedulikan aku sempat memicit buah dadanya yang kecil.

Tetapi tanganku mungkin hanya dapat merasa span branya yang longgar sahaja dan bukannya isi buah dadanya yang sebenar. Badanku pula terus sahaja berbau harum kerana bau wangian serta bedak yang dipakai pada badan Puteri telah melekat padaku.

Di dalam masa yang sama, aku juga dapat bertemu dengan kawan baikku dahulu yang juga merupakan seorang juruwang. Kami selalu melepak di kedai makan sebaik sahaja pulang kerja.

Dahulunya dia jugalah yang memberitahu kepadaku tentang kecurangan teman wanitaku dahulu serta memberitahu siapakah lelaki yang rapat dengannya.

Aku juga banyak terhutang budi dengannya kerana dia selalu sahaja meminjamkan aku duit tambang LRT untuk ke kelas dahulu.

"Kenapa awak tengok saya macam tu?" tanya Ija sambil kakinya digoyangkan kerana tidak mencecah tanah.

Aku hanya tersenyum, tidak dapat aku gambarkan betapa rindunya aku dengan kawan baikku ini. Namun, dia mempunyai masalah keluarga yang aku sendiri tidak mampu menolongnya.

Seperti biasa, Ija akan menceritakan kepadaku tentang masalah love lifenya dan adakalanya diselitkan dengan cerita masalah keluarganya di Pahang yang cenderung melebih-lebihkan adik-beradik lelakinya.

RE: Semula - The Second Part [Complete]Where stories live. Discover now