Seperti yang aku jangkakan, Fatin sedang melayan perasaan di atas mejanya dengan berpura-pura tidur.
“Wei, apa yang kau dah buat dekat Fatin? Tadi aku ternampak korang dua sama-sama pergi KLCC...balik je aku tengok dia menangis macam tu,” tegur AJ, gadis tomboi di dalam kelasku.
“Kalau aku cakap sebab PMS?” aku cuba menipunya.
“Aku bagi jugak penumbuk ni kat kau nanti!” tegas AJ sambil menggerakkan tangannya seperti mahu menumbukku.
“AJ! Cuba kau cubit kulit siku Faris!” laung Jazli secara tiba-tiba dari tempat duduk belakang kelas.
Kawan-kawannya tidak dapat menahan ketawa sebaik sahaja dia meminta AJ mencubit kulit sikuku.
Aku sebenarnya malas hendak melayan Jazli kerana di dalam kehidupanku yang lalu, dialah rakan sekelas yang beria-ia mengajakku bermain ragbi.
Apabila aku mengalami kecederaan lutut ketika berlatih, dia terus membuangku begitu sahaja.
“Hah? Kenapa?” tanya AJ ingin tahu.
“Faris, kau luruskanlah siku kau. Bagi AJ cubit!” laung Jazli lagi sebelum berdekah-dekah bersama kawan-kawannya.
Kami sama-sama tidak faham apa yang dimahukannya. Tanpa mengesyaki apa-apa, AJ mencubit kulit sikuku sebagaimana yang diminta Jazli tadi.
“Hah, macam tulah rasa kerandut telur Faris. Hahaha!!” ucap Jazli sebelum tergelak besar bersama kawan-kawannya.
AJ terdiam seketika sambil melihat sahaja gelagat mereka yang tidak ubah seperti monyet yang sedang ketawa besar sambil menepuk-nepuk meja.
Tanpa berkata apa-apa dia berjalan menghampiri tempat duduk mereka dan menghadiahkan penumbuk comelnya kepada Jazli dan rakan-rakannya.
Biarpun AJ nampak seperti tomboi, namun tangannya lembut sahaja dan dia tidaklah benar-benar kasar perwatakannya.
Tit! Tet!
“Woi, Faris! Tukarlah handphone zaman batu kau tu...belilah sabun ke daun ke tak pun N-Gage,” tegur Jazli dengan suaranya yang lantang sambil tangannya menunjukkan telefonnya serta beberapa kawannya.
Aku lebih dari mampu untuk menggantikan telefon bimbitku, tetapi tiada maknanya untuk aku membeli telefon tersebut.
Teknologi internet untuk telefon ketika ini hanya GPRS sahaja, caj mahal tidak sepadan dengan kelajuan internet yang lembab.
“We need to talk – Dato’ Zakri,” itulah isi mesej yang baru kuterima.
“Time and place?” aku membalas.
Keesokan paginya, aku ke pejabat Dato’ Zakri yang terletak di tengah-tengah pusat bandar Kuala Lumpur.
Aku terpaksa mengalihkan cuti rehatku hanya semata-mata untuk berjumpa dengannya.
“Hello, encik ada buat appointment ke?” tanya penyambut tetamu sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam bangunan pejabat.
Aku segera menjawab, “ya, nama saya Faris. Saya ada appointment dengan Dato’ Zakri”.
Mujur aku lengkap berpakaian formal. Sekiranya aku berpakaian kasual sahaja, tentu aku tidak akan dilayan sesiapa.
“Encik naik tingkat 22, saya sudah beritahu secretary Dato’,” ucap penyambut tetamu sambil menukarkan lesen memanduku dengan kad akses tetamu.
Sebaik tiba di pejabat Dato’ Zakri, setiausahanya datang menyambut dan membawaku turun ke tingkat lapan.
Aku merasakan agak pelik. Lalu aku terus bertanya kepada setiausahanya, “errr...kita nak pergi mana ya? Dato’ Zakri mana?”
YOU ARE READING
RE: Semula - The Second Part [Complete]
Historia CortaSetelah melalui zaman persekolahannya sekali lagi, kini Faris bergerak bebas di Kuala Lumpur mengatur langkahnya bagi mendapatkan apa yang dia pernah terlepas dahulu. Adakah apa yang dirancangkannya akan berhasil tanpa ada sebarang halangan? Adakah...