Bab 27

92 9 1
                                    

WALAUPUN masih rasa letih, Adyan tetap masuk ke pejabat seperti biasa. Sedar yang masih ada banyak kerja yang perlu diselesaikan. Sehari saja dia dapat berehat selepas pulang dari Johor Bahru kelmarin. Mahu tak penatnya.

"Selamat pagi, Encik Adyan," sapa Amirah selepas mendapat kebenaran untuk masuk. Tangannya membawa segelas air kopi panas. Itu rutin hariannya setiap pagi, menyediakan minuman panas buat Adyan.

"Thank you." Adyan menyambut huluran dari Amirah. Dia mencicip sekilas air kopi yang masih panas itu.

"So, what's my schedule for today?"

"Encik Adyan ada a few meetings with clients. But, ada yang postponed. Dato' Salam and Miss Nisa."

Adyan angguk faham. Berharap masih ada yang menangguhkan mesyuarat pada hari ini. Kalau diikutkan hati, mahu saja dia pulang dan berehat-rehat di rumah. Masih dalam mod bercuti.

"So, Encik Adyan just perlu attend a meeting with Encik Jamil," jawab Amirah selepas menyusun semula jadual Adyan untuk hari ini. Agak lengang.

"Okay. Glad to hear that." Kali ini, Adyan angguk berpuas hati. Satu mesyuarat sahaja.

"You may leave now."

Amirah angguk. Membawa diri keluar dari pejabat Adyan.

Adyan menghirup semula air kopinya. Sudah bertukar suam. Matanya jatuh ke arah meja kerjanya. Penuh dengan fail-fail yang perlukan semakan segera.

Seketika Adyan tarik nafas dalam. Tak dapat dinafikan, tadi ketika melihat Amirah, dia sempat memikirkan seseorang yang jauh di sana. Seseorang yang belum dia jumpai selepas pulang dari Johor Bahru.

Dengan fikiran yang bercelaru, Adyan tekan punat interkom. Amirah diarah supaya masuk semula ke dalam pejabatnya. Hatinya tak tenteram. Dia perlukan jawapan segara.

"Yes, Encik Adyan?" Amirah kembali. Sekarang dia menantikan balasan dari Adyan. Jarang sekali Adyan menekan punat interkom jika tiada perkara yang penting.

"Can I ask you something, Mira?"

Amirah pantas angguk. Semestinya dia tidak kisah jika Adyan mahu bertanya sesuatu.

"Sebagai perempuan, kalau ada orang ajak awak keluar makan, awak akan setuju tak? Maksud saya, awak kisah tak if someone asks you to have lunch together?"

Amirah tak jawab dulu. Dia sedikit mengerut kening. Kurang faham dengan soalan Adyan yang tiba-tiba. Jauh seperti apa yang dia fikirkan. Ingatkan mahu bertanya tentang soal kerja.

"Tak. Saya tak setuju sebab saya dah kahwin. Saya dah ada suami, Encik Adyan," jawab Amirah. Tak mungkin jika ada lelaki lain yang ajak dia makan bersama. Dia sudah bersuami. Bahkan, sekarang sudah berbadan dua.

Mendengar jawapan itu, Adyan tarik nafas dalam. Tak tahu kenapa dia boleh tanya Amirah soalan sebegitu. Jelas tak patut. Perempuan itu dah kahwin, pasti saja akan menolak.

"It's okay, Amirah. I'm just asking," kata Adyan sambil mengarahkan supaya Amirah keluar semula. Tak pasal-pasal, dia mengganggu masa orang lain.

Amirah hanya mengangguk. Akur. Sedikit tertanya-tanya dengan soalan pelik Adyan. Tapi hanya dibiarkan.

Sekali lagi, Adyan menarik dalam nafasnya. Bertambah buntu. Dia ingin mengajak Raaziya keluar makan bersama. Sebab itu, dia tanya Amirah, untuk minta pendapat. Tapi lain pula jawapan yang dia terima.

Kurang berani. Antara sebab Adyan masih belum ada masa untuk mengajak Raaziya. Memang mereka pernah keluar makan sekali sebelum ini, tapi perasaan kurang selesa itu masih wujud di dalam dirinya.

RAAZIYAWhere stories live. Discover now