"JADI saya memang tak perlu bayar apa-apa ke?" tanya Laila lagi. Meminta kepastian. Rasa pelik selepas mechanic tersebut cakap dia tak perlu buat apa-apa pembayaran. Kiranya free of charge!
"Tak perlu, cik." Pantas mechanic itu menggeleng. Dia hanya ikut arahan orang atasan. Datang ke sini dan hantar kereta kepada si pemilik. Itu saja.
Laila kerut kening. Ingin bertanya lebih lanjut, tapi tak sempat selepas mechanic itu terus membawa diri. Dan dia hanya mampu terpinga-pinga sendiri.
Mereka ada buat promosi potongan harga 100% ke hari ini? Atau ada hamba Allah yang baik hati tolong bayarkan?
"Mana mechanic tu? Dah balik?" Raaziya muncul tiba-tiba. Menegur sebaik saja keluar dari muka pintu kedai. Hari ini, tayar kereta Laila yang pancit sudah siap ditukar. Nasiib gadis itu selamat dan tak jadi apa-apa kelmarin.
"Dia blah macam tu je. Tak sempat aku nak tanya apa-apa tau." Laila mencebik. Rasa sakit hati pula bila fikir semula. Dia menapak ke arah keretanya sebelum berlalu masuk ke tempat duduk pemandu. Rasa teruja.
"Sayang kita dah balik." Laila senyum sampai ke telinga. Dicium-cium lagi setereng keretanya. Rasa rindu yang menebal selepas sehari tak jumpa kekasih hati pujaannya ini.
"Macam mana rasa tidur dekat tempat baru? Ada okay?" Laila tanya sendiri. Seronok bercakap walaupun tiada siapa yang balas. Semalaman keretanya tidur di bengkel, entah tidur lena ke tidak pun dia tak tahu.
"Cik adik, sila masuk ke kedai semula. Banyak lagi kerja yang kena siapkan," tegur Raaziya bersahaja. Sengaja nak menyedarkan Laila yang sedang berloya buruk dengan keretanya.
Laila tersengih. Hanya buat muka tak semengah. Tak dinafikan, kerja mereka memang agak banyak hari ini. Nabil tiada, jadi bertambah dua kali ganda beban kerja mereka sekarang.
"Sorry, Raaziya ku sayang." Laila keluar dari kereta. Hanya terkebil-kebil mengikut langkah Raaziya yang sudah masuk ke dalam kedai semula.
"Sepuluh gubahan bunga untuk rumah Mak cik Aziah? Seriuslah?" Nak terbeliak biji mata Laila apabila membaca pesanan yang dihantar oleh Nabil. Walaupun lelaki itu masih demam, dia tetap komitmen dengan kerjanya. Kerja dari rumah.
"Dia nak buat majlis kenduri ke apa?" Laila mengucap panjang. Nak siapkan satu gubahan pun perlukan masa sekurang-kurangnya sejam jika nak hasil yang sempurna. Kalau sepuluh gubahan, kira-kira berapa jam agaknya?
"Rasanya dia nak buat majlis kesyukuran kot." Raaziya ikut melayan. Tangannya jatuh ke arah gunting tajam. Ingin menyambung semula kerjanya yang tergendala tadi. Ada banyak lagi batang bunga yang masih belum dipotongnya.
Waktu pagi, waktu yang sesuai untuk mereka memotong hujung batang bunga. Rata-rata tukang kebun percaya bahawa waktu pagi ialah waktu tumbahan mempunyai turgor yang optimum.
Dan hujung batang bunga memang ia wajib dipotong setiap hari. Kerana keratan batang bunga yang lama tidak akan mampu untuk menyerap air dengan baik. Kaedah pemotongan juga penting. Selalunya ianya akan dipotong secara menyerong atau mendatar.
"Dah lama ke sampai?"
Raaziya hentikan pergerakannya. Mendengar suara Laila seperti menegur seseorang, buatkan dia angkat kepala semula. Mahu luruh jantung apabila melihat figura yang sedang berada tak jauh darinya.
"Baru je."
"Adyan?" Berliter-liter air liur ditelan. Tak sangka, hari ini dia akan menerima kedatangan lelaki itu di sini.
Adyan senyum nipis. Gadis itu rajin. Hari-hari datang kerja. "Sibuk ke?" Agak lurus soalan Adyan. Dia menghampiri Raaziya.
Raaziya ikut senyum halus. "Sibuk sangat." Raaziya melayan. Cuba hilangkan rasa segan yang tiba-tiba datang menerpa. Dia hanya mampu tarik nafas dalam bila teringat kejadian baru-baru ni.
YOU ARE READING
RAAZIYA
Romance[AKAN DISAMBUNG UPDATE SEMULA] To my Raaziya: "You're so beautiful. Like a flower." From your future love, Adyan Khaleed.