Bab 19

107 16 0
                                    

PAGI ini, Reina masuk ke pejabat buat pertama kali sebagai CFO, Ketua Pegawai Kewangan di Syarikat QS Sendirian Berhad milik Tan Sri Kamarul. Syarikat tersebut merupakan salah satu syarikat yang tersohor di Johor.

Reina anggun mengenakan Leather Lapel Blazer Louis Vuitton dengan kemeja putih dipakai dan dipadankan bersama. Heels jenama Charles & Keith menjadi pilihan Reina untuk disarungkan kepada kaki panjangnya yang mulus.

"Thank you." Ucapan itu diujar Reina sopan setelah beberapa orang pekerja bawahan membantu mengemas bilik yang bakal menjadi ruang kerjanya.

Bilik itu tidak terlalu kecil dan tidak juga terlalu besar. Sedang-sedang saja. Ia juga menampilkan gaya deco dengan pilihan warna yang seimbang serta perabot dan aksesori moden. Cukup cantik dan elegen.

"Cik Reina."

Reina angkat wajah. Baru saja punggungnya jatuh ke atas kerusi empuk di meja kerja. "Ya?"

Kepala seorang perempuan yang juga pekerja di sini terjengul keluar dari muka pintu. "Tan Sri Kamarul panggil Cik Reina. Sekarang."

"Alright, thank you." Reina kulum senyum. Membalas senyuman manis perempuan tersebut. Dia bangun dan membuntuti langkah ke bilik Tan Sri Kamarul. Ini kali pertama, jadi dia kurang pasti di mana pejabat daddynya.

Pintu kaca tersebut diketuk lembut Reina. Kaki melangkah masuk selepas mendengar suara pelawaan Tan Sri Kamarul dari dalam.

"Daddy." Lebar senyuman yang terlorek di bibir Reina. Kerusi yang tersedia di hadapan meja kerja Tan Sri Kamarul ditarik sebelum mengambil tempat di situ.

"So, how do you feel now, Reina? Nervous?"

Soalan Tan Sri Kamarul buat Reina hembur tawa. Tak dinafikan, dia agak cemas dan risau apabila menjejakkan kaki di dalam syarikat ini tadi. Hatinya seakan diterpa dengan perasaan takut. Takut jika menghampakan lelaki yang berada dihadapannya sekarang.

"Don't worry, my dear. Daddy akan ajar Reina how to manage and handle our company financial."

"Thank you, daddy. Sebab percayakan Reina untuk jaga kewangan syarikat kita."

"Of course, I do. You're my daughter."

Air mata tersentuh di tubir mata Reina seakan mahu mengalir keluar. Hati kecilnya tersentuh dengan kata-kata itu. Wajah Tan Sri Kamarul ditatap dengan penuh kasih sayang. Lelaki pertama yang dia cintai sepenuh hati. Kini dan selamanya.

Ketukan di pintu buat Reina kembali ke dunia nyata. Cepat-cepat menyeka air mata yang baru saja mahu mengalir turun. Seorang gadis muda yang kelihatan seperti sebaya dengannya, masuk melangkah menghampiri mereka.

"Tan Sri... Saya Maya. Assistant baru Cik Reina." Gadis yang perkenalkan diri sebagai Maya itu pamer senyuman manis kepada kedua majikannya.

"Reina, kenalkan ini Maya assistant yang akan bantu Reina nanti."

Reina berpaling memandang Maya dengan senyuman. Cantik dan bertudung. "Semoga kita boleh bekerjasama, Maya."

Maya masih senyum.

"Baik, saya minta diri dulu." Selepas mendapat isyarat untuk keluar, Maya melangkah keluar dari bilik Tan Sri Kamarul. Hari ini juga merupakan hari pertamanya bekerja di syarikat gah ini. Dan semestinya dia teruja.

"Kalau Reina ada masalah, just inform daddy okay."

Reina mengangguk. Pasti dia akan mencari Tan Sri Kamarul dulu kalau ada masalah-masalah yang mungkin boleh menjejaskan kedudukan syarikat. "Okay, daddy. Reina minta diri dulu."

RAAZIYAWhere stories live. Discover now