Bab 5

174 20 1
                                    

"SUSAH-susah je Ridzuan bawakan durian datang rumah mak cik ni." Puan Shida sedang sibuk meletakkan kuih-muih di atas piring. Selepas siap letak, Puan Shida membancuh air teh panas pula. Kemudian dihidangkan kepada tetamu yang sangat dialu-alukannya itu.

Ridzuan sudah senyum lebar sampai ke telinga. "Tak susahkan pun, mak cik. Kebun ayah tu banyak lagi buah tu. Ayah pun suruh bagi dekat mak cik tadi. Kalau tak cukup, beritahu je saya. Nanti saya bawakan lagi."

Puan Shida menghulurkan cawan kepada Ridzuan. Mendengar itu, Puan Shida senyum-senyum sendiri. "Tak apa, Ridzuan. Tu pun dah banyak."

Huluran puan Shida disambut Ridzuan baik. Dihirup perlahan air teh yang masih panas itu.

"Mak cik, mana Raaziya? Pak cik Sulaiman cakap dia balik sini tadi." Ridzuan meletakan semula cawan kaca berisi air teh panas tersebut ke atas meja. Matanya tertumpu ke arah Puan Shida. Menantikan jawapan.

"Ziya ada dalam bilik. Ridzuan nak jumpa dia ke? Kejap mak cik panggilkan." Puan Shida meminta diri. Dia bangun dan menuju ke bilik Raaziya yang berada tidak jauh dari dapur.

"Eh, abang Riduzan..." Suara lembut seseorang menyapa dari pintu belakang. Ridzuan menoleh sebelum pamerkan senyuman nipis kepada pemilik suara. "Buat apa sorang-sorang dekat dapur ni?"

"Atiqah... abang saja datang. Tunggu mak cik panggilkan Raaziya."

Atiqah, gadis sebaya Raaziya. Atiqah juga merupakan anak tunggal Encik Sulaiman dan Puan Shida.

"Oh, sebab Raaziya. Patutlah." Atiqah mengambil tempat berhadapan Ridzuan. Dia jatuhkan punggung di atas kerusi itu.

Ridzuan masih memaniskan muka. Tak sabar mahu bertemu dengan gadis cantik itu.

"Abang nak tahu sesuatu? Tiqah bukan nak buruk-burukkan Raaziya ke apa. Tapi tadi Tiqah nampak ada seorang lelaki hantar Raaziya sampai ke depan rumah. Entah siapa laki tu pun tak tahu. Nampak macam lelaki kaya. Naik kereta mewah."

Senyuman Ridzuan mati. Lelaki yang berusia 25 tahun itu hanya diam tanpa membalas. Mendengar kenyataan itu sahaja suduh cukup membuatkan hatinya sakit. Dia tahu yang dia dan Raaziya tidak mempunyai seberang ikatan. Tapi bagi dia, Raaziya miliknya. Hampir menjadi miliknya selamanya.

"Ridzuan... Mak cik dah panggilkan Raaziya. Kejap lagi dia turun." Puan Shidah kembali semula ke meja makan. Dia ikut duduk di sebelah Atiqah.

Kali ini, Ridzuan memaniskan muka semula. Topik tadi dibiarkan berlalu, walaupun hatinya masih berbekas cemburu. Cuba-cuba untuk tidak ambil peduli.

"Kau dari mana ni, Tiqah? Dari pagi tak nampak langsung batang hidung." Puan Shida mula membebel selepas melihat wajah Atiqah. Seharian dia tidak nama gadis itu di rumah.

"Tadi Tiqah pergi rumah kawan kejap."

"Kawan kau yang mana?"

"Linda."

"Sudah-sudahlah pergi rumah dia. Malam ni jangan keluar dah."

Atiqah mengeluh sebelum mengangguk.

Selang beberapa minit, Raaziya turun ke dapur dengan wajah yang kosong. Melihat saja wajah Ridzuan, membuatkan hati Raaziya bertambah kosong. Terpaksa jugalah dimaniskan muka.

"Ha, tu pun Raaziya. Ingat tak nak turun dah tadi." Lembut Puan Shida bersuara, tapi penuh dengan perlian. Wajah gadis itu hanya dijeling dengan ekor mata.

Raaziya mengagahkan juga diri untuk membalas senyuman manis Ridzuan. Ada sinar teruja dari riak wajah lelaki itu.

"Raaziya sihat?" Ridzuan memulakan perbualan selepas Raaziya mengambil tempat di sebelah Puan Shida. Dipandang wajah manis Raaziya. Cantik seperti selalu.

RAAZIYAWhere stories live. Discover now