RAAZIYA membuka kelopak mata perlahan-lahan. Cahaya terang dari lampu syiling memaksa dia untuk tutup mata semula. Raaziya kini sedang terbaring lemah di atas katil.
"Raaziya..." Suara seseorang menyapa pendengaran Raaziya. Dia cuba juga membuka mata sedikit demi sedikit. Pandangan dihiasi wajah mak cik yang menolong mereka tadi. Sebelah mak cik itu ada seorang gadis, Nur.
"Mana Adyan?" tanya Raaziya yang mula gelabah. Sedar yang Adyan tiada di dalam bilik ini. Mana lelaki itu pergi?
"Abang Adyan dekat luar," jawab Nur tenang. Raaziya yang mendengarnya hanya mampu menghembus nafas lega. Sangat lega! Mati-mati dia ingatkan Adyan sudah pergi seorang diri. Meninggalkannya sendiri di sini. Raaziya cuba untuk bangun dari katil sebelum dia dipaksa baring semula.
"Kamu penat lagi. Baring je. Tak apa."
"Tapi mak cik, hujan dah reda." Raaziya baring semula. Kepala menoleh ke kiri. Melihat tingkap di sebelah katil. Luar dah gelap. Hah? Gelap?
"Hujan dah lama reda."
"Hah? Kenapa dah malam?" Raaziya kembali rasa nak pengsan. Melihat keadaan di luar yang sudah gelap gelita. Tak sangka dia pengsan sampai ke malam!
"Tak apa, Raaziya. Malam ni tidur la sini dulu. Esok pagi baru pergi sana. Kalau pagi, selalunya tak hujan," cadang mak cik tersebut.
Lambat-lambat Raaziya angguk. Terpaksa. Sedar yang tiada jalan lain selain dari tinggal di sini semalam.
"Ni bilik Nur. Nanti apa-apa kamu minta je kat dia. Mak cik nak pergi dapur sekejap."
Raaziya angguk disertakan senyuman manis. Tanda terima kasih kerana membenarkan dia dan Adyan untuk tumpang di sini. Sungguh baik hati mak cik tersebut.
"Kalau kak Raaziya nak apa-apa, minta je dekat Nur okay."
"Okay, Nur."
Nur tersenyum nipis sebelum ikut keluar dari bilik. Raaziya masih terpaku seorang diri dalam balik. Masih tak percaya hari sudah malam.
ADYAN sedang berdiri di pintu hadapan rumah. Melihat suasana luar yang sunyi. Seolah tiada penduduk. Beberapa buah rumah saja yang ada di kawasan ini. Memang patutlah hanya sunyi sepi.
Adyan berpaling saat namanya diseru seseorang. Pandangan disapa wajah manis seseorang.
Nur.
"Ni abang Adyan punya selimut dan bantai untuk malam ni. Ni hoodie yang Nur beli tapi tak padan. Besar. Abang Adyan boleh pakai esok."
"Thank you, Nur." Adyan menyambut huluran itu. Dia turut membalas senyuman anak gadis itu.
"Selamat malam, abang Adyan," ujar Nur sebelum membawa diri ke dalam bilik maknya.
Selepas melihat gadis itu yang hilang di balik pintu bilik, Adyan kembali semula ke pintu hadapan. Menutup dan menguncinya dari dalam. Adyan kembali ke tilam. Tubuh dihempas penat. Malam ini Adyan tidur di ruang tamu. Maklumlah rumah ini hanya ada dua bilik tidur saja.
Sudah sejam Adyan cuba untuk melelapkan mata tapi langsung tiada tanda untuk tidur. Keadaan di sini membuatkan Adyan tidak boleh tidur. Bunyi cengkerik di merata tempat. Dipaksakan juga diri untuk tidur.
Selepas dua jam mencuba, akhirnya Adyan menguap juga. Matanya sudah layu. Adyan tertidur. Tak sampai lima minit tidur, suara lembut seseorang menyapa di telinganya. Hampir luruh jantung Adyan melihat seorang perempuan bertudung sedang duduk melutut di sebelah tilamnya.
"Raa... Raaziya, kenapa ni?" Adyan tarik nafas panjang selepas tersedar itu Raaziya. Sponton Adyan bangun menduduk. Samar-samar dia melihat wajah Raaziya dengan bantuan cahaya lampu jalan di luar.
YOU ARE READING
RAAZIYA
Romance[AKAN DISAMBUNG UPDATE SEMULA] To my Raaziya: "You're so beautiful. Like a flower." From your future love, Adyan Khaleed.