"KEWANGAN syarikat di JB sekarang dalam keadaan stabil, Encik Adyan. Ramai pelabur yang mula yakin dengan kekukuhan kewangan syarikat kita di sana. Mungkin melalui kestabilan ni, kita boleh tarik lagi ramai pelabur," terang Amirah, merangkap sebagai setiausaha di syarikat tersebut.
"Good news for us," komen Adyan disertakan senyuman nipis. Kembali lega rasa di hatinya selepas mendengar perkembangan tersebut. Boleh dikatakan sebagai perkembangan yang agak baik.
"Okay! Set time untuk saya jumpa dengan pengarah syarikat JB dan semua pemegang saham di sana. I'm required to update all our financial developments over there," sambung Adyan lagi.
"Baik, Encik Adyan."
"Okay, proceed it." Adyan memandang sekilas wajah Amirah sebelum kembali fokus ke arah skrin projector di depannya. Dilihat dengan tekun dan teliti
"Kewangan syarikat di JB pada tahun semasa naik agak mendadak berbanding tahun lepas. Selepas syarikat Diamond Enterprise mula melabur dengan kita, kewangan kita betul-betul meningkat, Encik Adyan."
Adyan mengangguk. Dia juga dapat melihat perubahan baik yang berlaku jika dibandingkan dengan tahun lalu. "Would you say the company's financial position in JB can now be classified as stable, or has it yet to reach that point?"
"Stable, Encik Adyan. Kalau cadangan kita untuk berkerjasama dengan syarikat QS Sdn Bhd berhasil, kewangan syarikat kita akan menjadi lebih stable and kukuh."
Sekali lagi, Adyan mengangguk puas hati. Seperti setuju dengan cadangan sebelum ini. Tiada kata putus dari pihak sana. Namun, Adyan yakin, lambat-laun CEO dari QS Sendirian Berhad pasti akan menerima juga nanti.
"Saya akan ke JB next week. So, kita akan bawa cadangan ni ke dalam meeting kita next week dekat JB. I will discuss with the company director and all shareholders over there."
"Baik, Encik Adyan." Amirah fokus. Dia fokus mencatat apa yang diarahkan oleh Adyan ke dalam notanya. Takut-takut jika ada yang terlepas pandang.
"Mira, tolong adjust my schedule. Set time untuk saya jumpa dengan Tan Sri Kamarul, CEO QS Sdn Bhd nanti. Call his assistant. Buat appointment. And update me later."
"Baik, Encik Adyan. Saya akan call assistant Tan Sri Kamarul."
Adyan hanya angguk sebagai balasan. Ingin memberi isyarat boleh beredar kepada Amirah sebelum dia teringat sesuatu.
"I forgot to ask. Are there any updates regarding our company here, or is the situation still unchanged?"
"Yes. Still same, Encik Adyan."
Wajah Adyan serta-merta berubah. Seperti dijangka, perkataan tersebut masih tidak berubah sejak sebulan yang lepas. Kewangan syarikat Adyan di sini berada dalam keadaan yang boleh dikatakan agak kritikal. Jika Adyan tidak membawa-bawa perasaan akibat kejadian hitam tempoh hari, pasti hal ini takkan berlaku.
Sedar, itu salah sendiri. Jadi dia perlu menanggung dan menyelesaikannya sekarang.
"It's okay. Nanti saya akan discuss dengan Daniyal."
Amirah angguk hanya menurut.
"One more thing, please inform Amirul untuk sediakan report tentang our product. ASAP."
"Baik, Encik Adyan," jawab Amirah. Dia keluar dari pejabat Adyan selepas mendapat isyarat untuk beredar. Membawa diri semula ke meja kerja.
"SELAMAT datang ke Jelita's Florist, Datin Sue." Nabil sudah senyum melebar selepas menerima kedatangan mengejut dari Datin Sue.
ANDA SEDANG MEMBACA
RAAZIYA
RomanceTo my Raaziya: "You're so beautiful. Like a flower." From your future love, Adyan Khaleed.
