Bab 10

136 17 2
                                    

RAAZIYA membuka pintu almari baju. Mencari sapu tangan berwarna pink kepunyaan Adyan. Tekun Raaziya mencari di setiap sudut almari. Selepas jumpa, sapu tangan itu dibau-bau. Cuba mencium baunya.

Wangi.

"Buat apa tu, cik adik?" tegur Laila tapi lebih kepada mengusik. Dari tadi Laila hanya melihat tingkah-laku Raaziya. Jelas tergopah-gapah.

"Ni, sapu tangan Adyan." Raaziya mengangkat sapu tangan Adyan. Biar Laila lihat dengan lebih jelas dari muka pintu bilik.

"Macam mana boleh ada dekat kau?" tanya Laila hairan. Laila masuk ke dalam bilik Raaziya. Merebahkan tubuh ke atas katil empuk. Hilang segala penat yang terbeban di bahu.

"Hari tu dia bagi. Masa kena tinggal bas tu." Raaziya mengambil tempat di birai katil. Melihat Laila yang sedap baring. Mata tertutup. Jelas mengantuk.

"Dia suka pink ke?" Laila membuka mata. Memandang Raaziya di sebelah. Sedang membelek-belek sapu tangan berwarna pink milik Adyan.

"Arwah mak dia punya."

"Oh, sorry." Laila rasa bersalah. Mati-mati ingatkan sapu tangan itu kepunyaan Adyan. Bukannya tiada lelaki di muka bumi ini yang minat pink. "Kau nak pergi tempat kerja dia ke esok?"

Raaziya angguk. Adyan awal-awal lagi sudah diberitahu yang dia akan ke sana esok. Walaupun awalnya cadangannya ditolak, tapi akhirnya lelaki itu setuju juga setelah dipaksa Raaziya.

"Nak aku teman?" Laila pandang Raaziya yang masih memegang sapu tangan pink arwah mak Adyan.

Mendengar itu, Raaziya laju menggeleng. Enggan mahu menyusahkan gadis itu. "Tak apa, aku pergi sendiri. Aku tak nak kacau kau. Esok kan cuti. Mesti kau nak tidur sampai petang kan."

Laila sengih sampai telinga. Tercetus tawanya yang tadi ditahan. "Pandai kau, Ziya." Laila bangun dari baring. Bahu Raaziya ditepuk lembut. Sedar yang gadis itu memerli.

Raaziya gelak kecil. Digeleng-geleng kepala.

"Raaziya... Macam mana dengan masalah kau tu? Tinggal berapa minggu je lagi. Sempat ke kau nak cari seseorang yang boleh jadi suami kau? Kau rasa cukup ke masa beberapa minggu ni untuk kenal hati budi seseorang? Aku tak rasa sempat," tanya Laila selepas mereka diam. Teringat hal satu itu.

Raaziya menghadam kata-kata dari Laila. Raaziya tiada jawapan. Tiada apa-apa kepastian. Laila benar, tak mudah untuk dia mengenali hati budi seseorang dalam masa yang singkat. Bagi masa setahun pun belum tentu cukup.

"Aku... Aku tak tahu, Laila." Raaziya buntu tanpa jawapan. Tiada balasan untuk pertanyaan Laila. Tiada balasan untuk syarat Encik Sulaiman.

"Aku minta maaf, Ziya. Aku pun tak tahu macam mana nak bantu kau." Laila tahan air mata. Sakit melihat masalah yang dibelenggu Raaziya. Kalau Laila mampu, pasti sudah lama dia membantu Raaziya.

Raaziya hulur senyum tawar. Tawar seperti harapannnya. "Tak apa, Laila. Kalau dah tak ada jalan, aku terpaksa terima pinangan Ridzuan." Raaziya terbayang-bayang hidup bersama seseorang yang tidak dia cintai. Pasti kosong dan perit.

Sekarang, Raaziya sudah berserah dengan keadaan.

"Selagi ada masa. Kita kena cuba. Takkan kau nak kahwin dengan lelaki yang kau tak cinta, kan? Kita akan cuba cari jalan lain, Ziya." Laila merangkul bahu Raaziya. Menikam tepat anak mata Raaziya. Cuba menyakinkan gadis itu bahawa setiap masalah pasti ada penyelesaian.

RAAZIYAWhere stories live. Discover now