Bab 34

77 11 0
                                    

PEN hitam Parker Vector diletakkan semula di atas meja. Konsentrasinya pada kertas kerja terganggu gara-gara Amirah yang datang memaklumkan bahawa Tan Sri Kamarul ingin bertemu dengannya pada minggu depan.

Kusut. Kepalanya kembali kusut. Kalau diikutkan jadual asal, memang minggu depan dia tiada di sini. Dia perlu ikut Raaziya pulang ke kampung halaman gadis itu seperti apa yang mereka rancangkan.

Awal-awal lagi Amirah sudah mengosongkan jadualnya pada waktu itu. Tiada sebarang mesyuarat. Tiada apa-apa temu janji. Tiada juga perjumpaan dengan siapa-siapa. Dia perlukan waktu cuti.

"So, how?" Nafas dihela berat. Dia cuma perlukan kata penyelesaian sekarang.

Amirah masih memikir. Matanya juga masih terpaku pada skrin tabletnya, melihat jadual asal Adyan. Kalau menurutnya, mungkin lebih baik jika Adyan terbang ke Johor Bahru dulu. Kerana ini berkaitan dengan hal kerja dan semestinya penting untuk syarikat.

"Saya rasa, Encik Adyan patut pergi ke JB dulu," jawab Amirah sekadar memberi cadangan. Terima ataupun tidak, itu pilihan Adyan sendiri.

Adyan tak mengangguk, tapi itu tak bermaksud dia menolak seratus peratus cadangan tersebut. Masih mempertimbangkan ia.

"Hari apa kita ke JB?"

"Hari isnin."

"So, berapa lama kita kat sana? A few days?"

"Yes, Encik Adyan. Mungkin dalam a few days."

Adyan mengeluh lagi. Kalau ke Johor Bahru dulu, mungkin dia akan berada di sana dalam beberapa hari juga. Jadi kira-kira pada hari khamis atau hari jumaat, baru dia boleh kembali semula ke sini.

"Saya akan ke JB dulu."

SENYUM makin melebar selepas mendapat pesanan ringkas dari seseorang. Seseorang yang sering juga berbalas mesej dengannya sejak dua menjak ni. Sambil bibir melorek, sambil tangan menaip.

"Hai cik adik! Kenapa senyum macam kerang busuk tu? Ada good news ke?" Laila menegur. Senyuman ceria itu menarik perhatiannya untuk memanjangkan kaki ke sana.

"Ada orang nak jumpa kita," jawab Raaziya dengan bibir yang masih menguntum senyum. Telefonnya disimpan semula ke dalam poket kecil pada apron yang dipakai.

"Amboi, siapa?" Walaupun dapat menduga, Laila tetap ingin tanya. Bahunya sengaja dilagakan dengan bahu gadis itu. Sambil ikut senyum, sambil tangan membelek bunga di hadapannya.

"Adalah. Rahsia." Hanya selamba Raaziya membalas. Bukannya dia tak tahu yang Laila saja buat-buat tanya.

"Eleh, rahsia konon. Bakal suami latu... Oopss!" Laila tekup mulut sendiri. Terlepas cakap sesuatu yang memang disengajakan. Dan sekarang dia cuba tahan gelak selepas melihat wajah kerut Raaziya. Nampak macam nak marah, tapi nampak macam suka.

"Ish! Dia nak tolong aku jelah." Tangan Raaziya naik ringan menampar bahu Laila. Cuma perlahan. Dia tak nak Laila salah anggap atas niat baik lelaki itu.

"Awal-awal memang nak tolong, lama-lama kita tak tahu." Laila angkat bahu. Tangan masih gatal nak membelek bunga. Bukan setakat membelek, tapi sekali pekej memegang. Habis tercabut dan luruh kelopaknya.

Raaziya cuma diam. Tak tahu nak balas apa. Adyan memang niat ingin membantu, dan mungkin ianya tak lebih dari itu. Tapi dia tetap rasa lega. Sekurang-kurangnya tak adalah Encik Sulaiman bising dan hingar lagi buat masa ini.

RAAZIYAWhere stories live. Discover now