RAAZIYA hanya memandang siaran berita di skin televisyen dengan pandangan kosong. Fikirannya menerbang jauh memikirkan kata-kata Encik Sulaiman minggu lepas.
Tempoh seminggu yang diberikan Encik Sulaiman telah sampai ke penghujung. Malang sekali, ruang jawapan itu masih kosong. Dia tiada jawapan yang pasti. Sudah dicuba juga untuk tidak ambil peduli. Tapi lagi dicuba, lagi kerap dia fikir.
Keluhan berat Raaziya lepaskan kasar. Beban di bahu seperti tiada kata penyelesaian. Setiap hari seolah semakin bertambah.
Dalam hati, Raaziya menitip doa supaya niat Encik Sulaiman untuk datang ke Kuala Lumpur dibatalkan atau lebih baik tidak kesampaian. Dia takut. Takut lelaki tua itu akan mengganggu ketenteramannya di sini.
Pernah sekali, Encik Sulaiman dan Puan Shida datang ke sini semata-mata mahu meminta wang. Katanya itu sebagai upah kerana membesarkannya dulu. Bukannya Raaziya tidak pernah memberi mereka wang. Bahkan hampir setiap bulan gadis itu memberi wang saku kepada mereka.
Nafas yang seakan sesak cuba ditarik Raaziya dalam-dalam. Tangan mengambil remote control di sebelah. Siaran televisyen yang langsung tidak menarik minatnya lantas ditutup. Kaki laju dihayun masuk ke kamar.
Usai mandi, Raaziya keluar dengan lengkap berpakaian baju tidur satin. Badan direbahkan ke atas katil. Mata Raaziya terpaku pada kipas yang sedang berpusing-pusing.
Adakah dia patut menerima saja pinangan Ridzuan itu supaya masalah ini dapat diselesaikan dengan segera? Dia sudah penat untuk terus fikir tentang perkara ini. Mindanya berat. Terlalu berat. Sampaikan dia sudah mula redha dengan apa yang akan berlaku.
"Fikir apa tu?" Katil spontan berombak kuat. Tubuh seseorang turut ikut menghempas kasar ke atas katil yang cuma bersaiz queen. Laila di sebelah Raaziya. Gadis itu baru pulang selepas bertemu dengan seseorang di luar.
"Kahwin."
"Kahwin? Jangan cakap kau nak terima pinangan si gila tu." Terangkat tubuh Laila sedikit setelah mendengar kata-kata Raaziya yang kurang berasas itu. Tergemap, tercengang, semua dia rasa sekarang!
Raaziya mematung. Tak menjawab. Masih memikiran perkara tersebut. Sebelum ini memang Raaziya sudah memutuskan untuk tidak menerima pinangan itu. Tapi bila difikir-fikirkan semula, tak ada salahnya jika dia menerima lelaki itu sebagai suami.
"Raaziya! Kau jangan nak gedik-gedik terima dia. Aku tak setuju!" bentak Laila yang seakan dapat membaca minda Raaziya yang sedang jauh menerbang. Tergeleng-geleng Laila membantah. Hidup mati balik pun dia tak akan terima!
No and never!
"Entahlah, Laila. Benda ni asyik bermain dekat otak aku. Aku penat, Laila," rintih Raaziya yang bagai sudah hilang akal dan fikiran yang sihat. Dia penat dengan keadaan yang asyik memaksa.
"Kau kena buat tak tahu je dengan permintaan orang tua tu. Aku tak rasa dia sanggup datang KL semata-mata benda kecil ni."
"Aku kenal pak cik aku, Laila. Selagi dia tak dapat apa yang dia nak, selagi tu dia akan paksa dan desak aku." Walaupun hanya beberapa tahun Raaizya tinggal bersama keluarga pak ciknya itu, dia sudah cukup kenal perangai dan isi hati masing-masing.
Akhirnya Laila juga buntu tanpa balasan. Memang benar apa yang dibicarakan oleh Raaziya. Dia tak kenal Encik Sualaiman secara dalaman. Walaupun dia pernah tidur beberapa kali di rumah mereka, itu bukanlah tiket untuk dia mengenali baik dan buruk penghuni rumah itu.
"Kau fikirlah baik-baik, Ziya. Aku sentiasa ada untuk kau."
Raaziya ukir senyum. Jelas kelat. Tapi sedikit sebanyak hatinya berasa agak tenang dan lapang. Keberadaan Laila yang sentiasa ada di sisi, buat dia kuat dan tabah untuk menghadapi semua perkara.
YOU ARE READING
RAAZIYA
Romance[AKAN DISAMBUNG UPDATE SEMULA] To my Raaziya: "You're so beautiful. Like a flower." From your future love, Adyan Khaleed.