Bab 16

116 13 0
                                    

SEPULUH minit selepas itu, Adyan kembali bersama dengan sebungkus ais ketul. Adyan membelinya di kedai makan berhampiran. Selamat ada jual. Dibawa menghampiri Raaziya yang sedang duduk di kerusi.

"Kenapa awak beli ketul ais?" soal Raaziya selepas sepuluh minit dia tertanya-tanya sendiri. Tak sempat untuk dia tanya tadi, Adyan sudah pantas menghilang.

"Untuk tangan awak tu."

Mata Adyan jatuh ke pergelangan tangan Raaziya. Jelas kelihatan lebam. Sedar dengan pandangan Adyan, Raaziya cepat-cepat sembunyikan pergelangan tangannya. Hujung tangan bajunya pantas ditarik.

Adyan kulum senyum. Lucu dengan tindakan refleks Raaziya yang pantas. "Awak ada sapu tangan? Atau tuala kecil ke?"

"Aa... ada. Dekat belakang tu."

"Tak apa, saya ambilkan." Belum sempat Raaziya berdiri untuk mengambil, Adyan terlebih dahulu memintas. Laju saja Adyan ke tempat yang ditunjukan Raaziya.

Adyan kembali bersama sehelai tuala kecil. Beberapa ketul ais yang dibelinya tadi diambil sebelum diletakkan ke dalam tuala kecil. Dia membalut perlahan-perlahan tuala kecil itu. Memastikan ketul-ketul ais tersebut tidak terjatuh keluar.

"Saya nak tengok pergelangan tangan awak tu. Nak tuam ketul ais ni dekat lebam tu," ujar Adyan lembut. Meminta kebenaran Raaziya terlebih dahulu. Tubuh Adyan direndahkan. Separas dengan kedudukan Raaziya di kerusi.

Lambat Raaziya membalas sebelum dia menghulurkan pergelangan tangan ke arah Adyan. Dia tahu dengan niat baik Adyan. Mahu membantu. Sedar tak sedar, Adyan sentiasa menjadi penyelamatnya.

"I'm sorry, kalau sakit sikit." Balutan ais tersebut perlahan-lahan hinggap pada pergelangan tangan Raaziya. Adyan cuba menuam dengan lembut supaya Raaziya tak berasa terlalu pedih.

Wajah Raaziya kerut seribu. Tuaman pertama saja sudah cukup buat pergelangan tangannya rasa pedih yang teramat. Sakit. Sangat sakit. Tak sangka begitu kuat juga cengkaman tangan Ridzuan tadi.

"I'm sorry..."

Setelah dituam berkali-kali, Adyan berhenti menuam. Tak sampai hati melihat Raaziya yang sedang menahan rasa. Melihat balutan ketul ais yang mula menjadi cecair, Adyan pantas memasukan balutan tersebut ke dalam beg plastik.

"Nanti balik rumah, awak tuam lagi. Bagi hilang lebam tu."

Raaziya angguk. Adyan terlalu baik dengannya. "Terima kasih awak," balas Raaziya sebelum menundukan kepala semula. Hanya memandang pergelangan tangannya. Perasaan segan dan sakit sedang bercampuk aduk bila berhadapan dengan Adyan.

Jelas dia malu.

Adyan sembunyi senyum. Dia tahu Raaziya belum selesa bila berada didekatnya. Selepas sedar, Adyan berdiri semula.

"Macam mana awak boleh tiba-tiba datang sini?" Raaziya menyoal selepas mereka berdua hanya diam membisu. Dari Adyan datang sehingga kini, dia masih tidak tahu alasan Adyan ke mari. Pasti ada sesuatu. Mana mungkin Adyan boleh tiba-tiba saja muncul di sini tanpa sebab.

Adyan kematian kata. Fikirannya kosong tiada jawapan. Jelas dia ke sini tak bersebab. Aneh.

Semalam, Adyan tiba di KLIA dari Johor Bahru. Kalau diikutkan niatnya, Adyan mahu tinggal di sana bersama Mak Mah untuk beberapa hari lagi. Namun, niat tersebut terpaksa dilupakan selepas tersedar yang dia masih lagi banyak kerja di sini.

RAAZIYAWhere stories live. Discover now