CUTI sehari sudah berlalu dengan pantas. Pagi ini, Raaziya dan Laila masuk semula berkerja seperti selalu. Sebaik mereka tiba di kedai, masing-masing terus membawa diri. Buat kerja.
Laila ke bilik stor. Ingin menyusun kotak-kotak yang terdapat di dalam sana. Berselerak kotak-kotak tersebut di lantai. Laila mengutipnya semula sebelum disusun biar kelihatan lebih kemas. Dia tahu, kotak-kotak ini pasti akan digunakan pakai nanti.
Dan Raaziya juga membawa diri ke bilik stor untuk seketika. Raaziya ingin ambil batang penyapu dan peyodok. Kemudian dibawa keluar bersama. Dia mula menyapu sampah di sudut hujung kedai. Itu tugasnya untuk pagi ini.
Ting!
"Selamat pagi, semua!" Nabil masuk ke dalam kedai. Seperti selalu, senyum manis pasti akan setia di bibir Nabil. Tanda semangat kerja di awal pagi.
"Aik, kenapa semua diam ni?" tanya Nabil selepas tersedar yang tiada suara membalas ucapan paginya. Naik heran. Kebiasannya, Raaziya dan Laila pasti akan laju menjawab. Hari ini mereka hanya diam membisu. Pasti ada yang tak kena.
"Ya, Bil?" Lambat-lambat Raaziya bersuara. Dia baru terperasan kelibat Nabil yang sudah tiba di kedai. Entah sejak bila Nabil sampai, dia sendiri tidak sedar.
"Kenapa diam je ni? Okay tak ni? Tak breakfast ke pagi ni?" soal Nabil lagi heran. Wajah Raaziya sugul saja hari ini. Laila pula masih diam diri di bilik stor. Semua seperti serba tak kena.
"Aku okay je, Bil." Raaziya spontan ukir senyuman. Cuba digagahkan juga dirinya untuk memaniskan muka. Enggan membimbangkan Nabil lagi.
"Pagi-pagi energy kurang," jawab Laila selepas hanya berdiam diri. Dia masih ligat menyusun semua kotak.
"Ish, korang ni! Cuba cerita dekat aku. Korang kenapa sebenarnya ni?" Nabil mula mencebik. Kurang berpuas hati dengan balasan mereka. Dia yakin, pasti ada sesuatu.
"Tak ada apalah, Bil. Biasalah pagi-pagi macam ni mood selalu ke laut." Laila bingkas menjawab. Reaksi wajah Raaziya yang berubah serta-merta buat Laila rasa serba-salah. Dia tahu yang Raaziya masih tidak bersedia untuk cerita hal sebenar.
Semalam, Raaziya ada cerita kepada Laila tentang perbualannya dengan Encik Sulaiman pada petang kelmarin. Laila sudah pasti terkejut yang amat. Terlalu terkejut sampai dimaki Encik Sulaiman di dalam hati. Boleh dikatakan gila agaknya pak cik Raaziya itu.
Seminggu? Memang gila!
"Betul ke ni?" Nabil masih tak berpuas hati. Pangkahan Laila buat dia rasa seperti ada sesuatu yang tak kena. Dia semestinya risau. Mereka berdua tiba-tiba diam membisu. Macam mulut baru lepas kena jahit.
Raaziya angguk. Ternaik gagah juga hujung bibirnya. Enggan biarkan Nabil risau terus-menerus.
"Tak apalah kalau macam tu. Korang sambung buat kerja dulu. Aku pergi beli nasi lemak kejap. Lapar." Nabil minta diri. Hatinya masih rasa seperti ada sesuatu yang tak kena. Tapi dibiarkan saja dahulu. Tak mahu terus memaksa.
"Betul ke kau okay ni, Ziya?" Laila tergesa-gesa keluar dari bilik stor selepas melihat kelibat Nabil yang telah hilang. Raaziya cepat-cepat dihampirinya.
Di rumah tadi, Raaziya langsung tak bersuara. Bila ditanya hanya sepatah kata saja yang keluar dari mulut itu. Laila semestinya risau. Takut-takut Raaziya masih membawa-bawa perasaannya semalam.
"Aku okay. Cuma penat sikit," jawab Raaziya sertakan satu senyuman. Jelas tawar.
Laila kerut kening. Tangan kanannya lantas hingap pada dahi Raaziya tanpa sebarang isyarat.
Raaziya sudah terkebil-kebil sendiri.
"Panas, Ziya. Dahi kau panas!" Laila kembali bimbang. Suhu dahi Raaziya berasa agak panas pada tapak tangannya. Risau-risau kalau Raaziya jatuh sakit pula.
YOU ARE READING
RAAZIYA
Romance[AKAN DISAMBUNG UPDATE SEMULA] To my Raaziya: "You're so beautiful. Like a flower." From your future love, Adyan Khaleed.