Bab 30

82 13 0
                                    

KOTAK yang siap diisi dengan tempahan gubahan bunga pelanggan diangkut satu per satu ke dalam bonet kereta. Selepas penuh ruang itu, mereka berpindah ke perut kereta pula.

Ruang agak terhad untuk mereka yang hanya menggunakan kereta jenama Axia. Cukup-cukup saja keluasannya. Kalau lebih sikit, mungkin kena ada dua trip penghantaran nanti.

"Ni semua alamat rumah yang aku kena pergi ke?" Laila meneliti setiap alamat yang tertera pada kertas bersaiz A4 itu. Sedikit saja tempat yang dia kena singgah, tapi kuantiti gubahan bunga mengalahkan orang yang nak buat majlis kenduri.

Satu rumah, berpuluh-puluh gubahan. Nak buat taman bunga ke apa?

"Ya, sikit je tu." Raaziya angguk. Hari ini, mereka berdua masuk kerja awal berbanding selalu. Kerana beban kerja yang bertambah gara-gara ketiadaan Nabil hari ini.

Nabil kena demam panas. Katanya sebab terlalu risaukan Raaziya kelmarin. Entah macam mana boleh jatuh sakit pun, mereka tak pasti. Mungkin lelaki itu hati tak kental.

"Semua dah angkut dalam kereta?" tanya Laila lagi. Memastikan tiada yang terlepas pandang nanti. Bukannya apa, dia cuma malas nak patah balik ke sini semula jika ada yang tertinggal.

Jenuh!

"Dah!" Raaziya yakin menjawab. Sudah diperiksa dengan penuh teliti tadi. Yakin yang semua kotak sudah diangkut dengan selamat ke dalam kereta.

"Okay, good Raaziya ku sayang." Laila angguk berpuas hati. Meskipun hari ini hanya berdua, mereka tetap mampu siapkan kerja dalam masa yang ditetapkan. Tenaga perempuan pun boleh tahan hebat tau.

"Jaga kedai baik-baik. Take care. Apa-apa terus call aku tau. Aku minta diri dulu. Sayang kau, Ziya!" Laila keluar dari Jelita's Florist dan terus ke dalam kereta. Enjin kereta telah dihidupkan sejak dari tadi.

Laila pergi sorang diri. Dia yang akan hantar semua tempahan gubahan bunga hari ini. Sebabkan Nabil tiada, Raaziya terpaksa berada di kedai. Banyak lagi bouquet pelanggan yang dia perlu siapkan segera.

Raaziya kembali ke dalam kedai selepas kereta Axia Laila hilang dari pandangannya. Berharap gadis itu pergi dan pulang dengan selamat.

"SURUH dia masuk." Adyan bersuara selepas menekan butang interkom di atas meja kerjanya. Dia mengeluh panjang sementara menantikan kehadiran seseorang masuk ke dalam.

Dan kemudian, muka pintu pejabatnya jelas diketuk dari arah luar. Seseorang yang berpakaian hoodie hitam dan lengkap ber-mask menapak masuk ke dalam.

Adyan hanya angguk. Beri isyarat supaya figura tersebut duduk di atas kerusi berhadapannya. Sebabkan topeng muka yang dipakai, buat Adyan tak mampu melihat dengan jelas wajah sebenar itu. Tapi dia faham, mungkin ianya tanda lelaki itu professional dalam bidang kerjanya.

"Aku minta maaf sebab lambat." Lelaki itu mula bersuara. Rasa bersalah selepas membiarkan Adyan tertunggu-tunggu. Kalau tak sebabkan trafik yang teruk, mungkin dah lama dia sampai sini tadi.

"It's okay." Adyan jelas tak kisah, melainkan jika mereka bertemu di luar dari pejabat. Sempat untuk dia membelek-belek semula kertas kerja ketika menunggu tadi.

"So, ni serba-sikit apa yang aku dapat cari." Satu sampul surat berwarna coklat diletakan di atas meja kerja Adyan. Hasil pencariannya sejak kelmarin. Mungkin kuantitinya agak sedikit, tapi sangat berharga untuk si peminta.

RAAZIYAWhere stories live. Discover now