"JADI sekarang kau nak balik kampung juga ke?" Laila masih sibuk mengoreng kerepok lekor yang dibelinya tadi. Tapi selepas mendengar cerita Raaziya buat dia cepat-cepat mematikan api.
"Entah. Aku pun tak tahu." Raaziya angkat bahu. Masih rasa keliru dan kurang pasti.
Kalau diikutkan hati, memang dia ingin pulang ke kampung sekejap. Bukan nak jumpa keluarga Encik Sulaiman, tapi nak ziarah kubur ibu dan ayahnya. Kira-kira sudah lama juga dia tak menjejakkan kaki di sana.
Ketika umurnya masih remaja, setiap hari dia akan singgah di sana selepas pulang dari sekolah. Dah dianggap seperti rumah keduanya. Dan ianya bukan setakat rumah kedua, tapi juga rumah terakhirnya nanti. Bukan hanya dia tapi kita semua.
Rumah sebenar kita.
"Kalau rasa nak balik, kau balik jelah." Laila hanya mampu mengucap itu. Pulang ataupun tidak, itu pilihan Raaziya sendiri. Dan dia cuma mengiyakan.
Sekarang Laila membawa diri ke meja makan. Dengan tangan memegang sepiring keropok lekor yang siap digoreng. Sos cili juga dituangkan ke dalam satu piring kecil.
"Aku memang rasa nak balik sana. Tapi entahlah. Aku takut aku tak boleh nak hadap mulut celupar semua orang dekat dalam rumah tu." Di hujung ayat, Raaziya senyum kelat. Sekarang pun dia dah dapat bayangkan apa yang akan menimpanya di sana nanti.
Bukan kali pertama, tapi sudah masuk beribu kali Laila mendengar ayat itu. Ayat sama yang digunakan jika Raaziya ingin pulang ke kampung. Rasa takut tapi gadis itu tetap juga pula ke sana.
Tak pernah serik.
"Tapi Adyan memang tak boleh nak ikut kau ke? Lama ke dia kat JB?" Laila ingin tahu. Mulutnya sibuk mengunyah keropok lekor yang masih rasa panas. Ranggup dan sedap. Tak sia-sia dia singgah di pasar tadi semata-mata nak beli keropok lekor mentah.
Satu tindakan bijak.
"Aku tak tahu." Raaziya angkat bahu. Entah, dia sendiri pun tak tahu. Adyan tak ada beritahunya apa-apa tadi.
Laila hela nafas berat. Tangan mencicah hujung keropok lekor pada sos cili sebelum sua ke dalam mulut. Wajah Raaziya jelas kelihatan tawar. Mungkin rasa sedikit kecewa walaupun gadis itu tak letak apa-apa harapan.
Dan dia sepatutnya sedar dari awal. Adyan hanya berniat mahu menolong, dan takkan lebih daripada itu. Cukup hanya setakat itu, mereka tak perlu fikir lebih-lebih lagi. Mana ada lelaki yang sanggup kahwin dengan seorang perempuan semata-mata cuma ingin membantu?
Jelas tak ada.
"Tak apa! Kau balik jelah ke sana, Ziya. Aku tahu yang kau pun dah lama tak lawat kubur ibu dan ayah kau." Laila beri cadangan. Hal lain letak tepi dulu.
Perlahan-lahan Raaziya angguk kecil. Hanya ikut kata-kata gadis itu. Pulang ke sana buat beberapa hari.
ADYAN sampai di kediaman arwah Datuk Khaleed. Bagasi pakaian sudah diletakkan di dalam rumah sebelum keluar semula. Dia ke garaj kereta. Ingin bertemu dengan seseorang di luar.
Sepuluh minit memandu, Adyan tiba di sebuah restoran yang terletak betul-betul di tengah bandar Johor Bahru. Pasti seseorang yang ingin bersua mukanya sedang menunggu di dalam.
Sebaik masuk ke dalam, seorang pelayan lelaki membawa Adyan ke satu ruang makan privasi yang berada di hujung restoran. Ruang makan yang agak tersorok dari pandangan pelanggan yang lain.
YOU ARE READING
RAAZIYA
Romance[AKAN DISAMBUNG UPDATE SEMULA] To my Raaziya: "You're so beautiful. Like a flower." From your future love, Adyan Khaleed.