"AYAH... Ayah..." Raaziya menangis teresak-esak selepas melihat tubuh Encik Ahmad yang sudah terlunjur kaku di atas tilam. Encik Ahmad disahkan meninggal dunia selepas orang kampung menjumpai mayatnya di sebelah kubur isterinya, Zainab.
"Ayah... jangan tinggalkan Raa..." Tubuh Encik Ahmad yang ditutupi dengan kain putih ditatap Raaziya sayu. Raaziya mengoncang lembut tubuh sejuk Encik Ahmad. Jelas tubuh itu kaku. "Ayah..."
Air mata Raaziya sudah tidak dapat ditahan lagi. Terlalu sakit untuk dijelaskan. "Ayah... bangun ayah..."
"Sudah Ziya... Ayah kamu dah tak ada." Puan Shida cuba menarik tubuh Raaziya ke belakang. Anak menakannya sudah karam dengan air mata. Sudah masuk dua bulan gadis itu duduk bersama mereka di sini selepas ditinggalkan Encik Ahmad, abang iparnya.
Raaziya masih mengeraskan tubuh. Tergeleng-geleng kepala. Sungguh dia tidak mahu lagi berjauhan dengan ayahnya lagi. Cukuplah dia terseksa selama dua bulan tinggal di rumah ini. "Tolong ayah bangun. Ayah dah janji nak bawa Raa pergi dari sini... tinggal dekat rumah baru kita..."
"Ayah..." Wajah Encik Ahmad yang jelas pucat dicium Raaziya berkali-kali. Raaziya lembut mengoncang bahu Encik Ahmad. Berharap ayahnya bangun dan membawanya pergi dari sini. "Ayah..."
"Ziya..." Suara Encik Sulaiman keras kedengaran dari belakang. Bahu Raaziya terhinjut-hinjut. Menahan esakan sayu.
Raaziya bangun lemah. Mendengar saja suara Encik Ahmad, buat Raaziya kembali ke dunia nyata. Raaziya menapak ke belakang. Sedar banyak mata sedang mencerlung tajam ke arahnya. Mereka pasti orang kampung yang datang untuk melihat jenazah Encik Ahmad.
"Masuk bilik. Sekarang," arah Encik Sulaiman keras. Lebih kepada amaran. Raaziya hanya akur. Membawa diri ke dalam bilik. Tak berani untuk dia membantah. Badan Raaziya lemah jatuh ke atas katil kayu. Air mata laju mengalir.
"Ayah... ibu... kenapa tinggal Raa seorang diri dekat sini? Kenapa tak bawa Raa sekali..."
"Ziya? Hello... Ziya!"
Suara kuat Laila memecahkan lamunan Raaziya yang panjang. Raaziya cepat-cepat tukar pandangan. Kepala Laila terjengul keluar dari muka pintu. "Ha?"
"Jauhnya kau termenung. Fikir apo?" Laila menampak masuk bilik Raaziya. Jatuhkan tubuh di atas katil. Sebelah Raaziya. "Kau fikir benda tu lagi?"
Raaziya kerut kening.
"Ish, kau ni! Kau jangan fikir lagi benda tu. Kau bagitahu pak cik kau yang kau tak nak kahwin dengan mamat tu. Entah apa-apa mamat tu. Kalau anak raja ke, anak datuk ke, tak apa la juga. Setakat anak ketua kampung tu siapa yang heran kan?" bebal Laila. Cukup tak puas hati. Walaupun Laila tidak ada di tempat Raaziya, hatinya tetap berbara sakit.
Raaziya yang mendengar bebelan Laila hanya angguk. "Kau jangan risau. Nanti aku beritahu pak cik aku," balas Raaziya. Menyorok kenyataan sebenar lamunannya. Biarlah dia simpan sendiri. Simpan rasa sakit yang tiada penghujung.
"Kau kena bagitahu! Aku memang tak restu kau kahwin dengan mamat tu." Laila membantah sekeras-kerasnya. Sudah tergeleng-geleng kepala.
"Nanti aku balik Perak. Aku bagitahu."
"Okay, sekarang kau bersiap. Kita makan luar. Tempat biasa." Laila bangun dari baring. Menepuk-nepuk paha Raaziya supaya lekas-lekas bangun siap. Tak sabor nak makan! Lapor!
YOU ARE READING
RAAZIYA
Romance[AKAN DISAMBUNG UPDATE SEMULA] To my Raaziya: "You're so beautiful. Like a flower." From your future love, Adyan Khaleed.