MESYUARAT yang berlangsung selama dua jam itu akhirnya berakhir. Semua yang menghadiri sesi mesyuarat pagi ini bersurai selepas mendapat kebenaran. Mereka kembali semula ke meja dan ruang kerja masing-masing.
"Terima kasih, Encik Adyan," ucap beberapa pekerja sebelum keluar dari bilik mesyuarat. Adyan masih setia di dalam. Meneliti fail-fail kerja yang memerlukan semakan dan tandatangannya segera.
"Any updates, Mira?"
"Still same, Encik Adyan," jawab Amirah yang turut bersama dengan Adyan di dalam bilik mesyuarat.
Tumpuan Adyan kembali tertancap pada butiran-butiran yang terdapat pada fail. Banyak lagi dokumen-dokumen penting yang perlu disemak. Segera. "Meeting pukul berapa?"
"2 petang, Encik Adyan. Dengan Encik Mustafar." Dengan pasti Amirah menjawab. Dia memeriksa dan meneliti semula jadual Adyan untuk hari ini. Satu saja lagi mesyuarat yang tinggal. Sempat dilihat angka jam yang baru menunjukkan pukul sebelas pagi.
Adyan yang mendengarnya hanya angguk sambil tangan ligat menulis sesuatu di atas dokumen-dokumen tersebut. Ada sesuatu yang tidak kena dalam penilainya. "Ambilkan proposal kerjasama syarikat dengan syarikat Tan Sri Kamarul. Atas meja saya. Sekarang."
Mendapat saja arahan dari Adyan, kaki Amirah dihayun keluar dari bilik mesyuarat. Lantas menuju masuk ke dalam pejabat Adyan yang berada tidak jauh. Selang beberapa minit Adyan menunggu, Amirah kembali semula bersama kertas proposal syarikat.
"Ni, Encik Adyan." Kertas proposal tersebut pantas diletakkan di atas meja.
"Thank you." Adyan menukar fokus. Sekarang kertas proposal tersebut jatuh pada tangannya. Mengamati dengan tekun. "What do you think about our proposal, Mira? Awak rasa Tan Sri Kamarul akan terima dengan mudah ke?"
"Yes, Encik Adyan. Saya yakin Tan Sri Kamarul akan terima kertas proposal kita tanpa sebarang masalah." Tanpa ragu-ragu Amirah lancar menjawab. Sepenuh hati dia yakin dengan kertas proposal mereka. Jelas tiada cacat-cela.
"Okay, I hope so." Adyan kembali fokus. Jarinya bermain dengan sebatang pen hitam. Matanya masih fokus menikam kertas proposal tersebut.
Dua minit selepas itu, telefon Adyan bunyi senada. Ada satu pesanan ringkas masuk ke dalam telefonnya.
Raaziya:
Awak free? Saya nak ajak awak lunch kalau awak free. Saya belanja.Baca sahaja pesanan ringkas itu, Adyan kulum senyum. Belanja? Tiada ribut, tiada angin, Raaziya tiba-tiba mengajaknya untuk keluar makan tengah hari bersama. Pasti Raaziya masih mahu membayar budi baiknya atas kejadian tempoh hari.
Nasib Raaziya malang untuk hari ini, Adyan terlalu sibuk untuk keluar makan. Dia terpaksa menolak ajakan Raaziya atas sebab hal kerja. Kalau diikutkan masa, memang tidak sempat untuk dia keluar makan dan pulang semula ke pejabat.
Tak sempat.
WAJAH Raaziya bertukar sugul selepas membaca pesanan ringkas dari seseorang. Adyan membalas dan hatinya terkilan. Bukan terkilan sebab ajakannya ditolak, tapi sebab niatnya untuk belanja makan masih tak kesampaian.
Sekarang masih bersarang rasa terhutang budi di dalam diri. Jelas Raaziya tak suka. Memang niat Adyan ikhlas menolong, tapi keikhlasan itu buat Raaziya makin rasa segan dan kurang selesa.
"Cik adik, tadi kata nak pergi makan. Tapi kenapa tak pergi-pergi lagi ni?" Laila datang bersama pasu-pasu bunga kaca yang sudah dibasuh dengan air panas. Diletakkan di atas meja.
Raaziya cebik. "Adyan sibuk." Raaziya meletakkan telefonnya semula ke atas meja. Pantas membantu Laila yang sedang mengelap pasu bunga kaca dengan kain. Mereka mengelap sampai kering.
YOU ARE READING
RAAZIYA
Romance[AKAN DISAMBUNG UPDATE SEMULA] To my Raaziya: "You're so beautiful. Like a flower." From your future love, Adyan Khaleed.