ADYAN tiba di kediaman arwah Datuk Khaleed pada tengah hari. Adyan sendiri. Dia ke sini hanya menambang teksi. Pak Mat awal-awal lagi sudah diarahkan supaya tidak menjemputnya di airport. Dia enggan menyusahkan sesiapa.
"Mak Mah, masak apa hari ni?" Adyan mengambil tempat berhadapan dengan Mak Mah. Seperti biasa, Mak Mah dan Pak Mat akan sampai ke sini sehari sebelum dia pulang.
"Ayam masak merah. Kegemaran Adyan."
Adyan teruja. Dia sudah dapat mengagak ketika di Kuala Lumpur lagi. Salah satu hidangan yang wajib ada.
"Panggil Pak Mat makan sekali."
"Kejap lagi, Mak Mah panggil. Adyan makan dulu." Mak Mah senduk nasi ke dalam pinggan kaca buat Adyan. Adyan menunggu tak sabar. Lapar selepas sejam di dalam kapal terbang. Makanan yang dihidangkan dalam pesawat memang langsung tak bersentuh.
"Macam mana kerja Adyan dekat sana? Okay?" tanya Mak Mah. Sekadar mahu tahu.
"Alhamdulillah, Mak Mah. Stabil sikit," jawab Adyan sambil menyambut huluran pinggan dari Mak Mah. Belum sempat Adyan ambil sudu, Mak Mah terlebih dahulu membubuh lauk ke pinggannya.
Adyan senyum nipis. Hanya membiarkan.
"Alhamdulillah, lega Mak Mah dengar." Mak Mah sudah senyum kelegaan.
Hampir berbulan-bulan Adyan sibuk dalam menguruskan kewangan syarikat di sana. Sebelum ini, syarikat Adyan hampir saja mahu gulung tikar. Tapi nasib Adyan baik, banyak syarikat-syarikat besar yang mahu membantunya.
"Balik sini mesti sebab syarikat arwah papa, kan? Macam mana syarikat arwah papa dekat sini?" Ringan saja mulut Mak Mah menyoal. Sengaja ingin tahu. Mak Mah cukup kenal Adyan, dia pasti akan menjawab dengan tenang.
Adyan bukan jenis seorang yang cepat melenting.
"Syarikat papa okay je dekat sini. Adyan balik sini sebab ada appointment," beritahu Adyan tentang tujuan asal pulang ke sini. Adyan perlu bertemu dengan Tan Sri Kamarul esok. Ingin membawa cadangan projek kerjasama mereka ke dalam mesyuarat tersebut.
"Lama ke Adyan balik sini?"
Adyan diam seketika. Belum pasti berapa lama dia akan menetap di sini. Mungkin seminggu, mungkin juga sebulan. Hanya menunggu apa yang akan berlaku nanti.
"Adyan tak pasti lagi, Mak Mah."
Mak Mah hanya angguk faham. Selalunya, Adyan memang akan pulang dan tinggal di sini tak menentu hari. Sebelum ini, pernah juga Adyan hanya tinggal dua hari saja sebelum dia terpaksa kembali terbang ke Kuala Lumpur.
"Adyan makan dulu. Mak Mah panggil Pak Mat kejap." Mak Mah meminta diri selepas mendapat anggukan Adyan. Dia keluar ke luar rumah mencari si suami.
Adyan mula makan. Hanya sendiri di ruang dapur.
NABIL masuk ke kedai bunga semula selepas seminggu tidak muncul. Tak dapat dielakkan masalah yang sedang menimpanya sekarang. Hari ini, dia ada kekuatan untuk pulang ke sini semula. Berharap semuanya baik-baik saja.
Ting!
Raaziya dan Laila tiba juga di kedai bunga selang beberapa minit. Melihat Nabil di kaunter, mereka berdua terus mendekatinya. Semestinya risau.
"Nabil!" jerit Laila sebaik melangkah masuk ke dalam kedai. Seminggu Laila tidak dapat menelefon Nabil. Mesej apatah lagi. Langsung tidak dibalasnya.
"Kau okay, Bil?"
"Aku okay," jawab Nabil sertakan senyuman. Jelas hambar. "Aku minta maaf sebab buat korang risau." Sedar salah sendiri, Nabil cepat meminta maaf. Seminggu dia hilang tak berkhabar. Siapa aje yang tak risau?

YOU ARE READING
RAAZIYA
Romance[AKAN DISAMBUNG UPDATE SEMULA] To my Raaziya: "You're so beautiful. Like a flower." From your future love, Adyan Khaleed.