RAAZIYA dan Nabil akhirnya sampai di rumah agam milik Datin Sue. Nabil berhenti. Meletakkan van putihnya di luar pagar. Mereka masuk ke perkarangan rumah selepas mendapat kebenaran guard.
"Jom, Ziya." Nabil menegur Raaziya. Mematikan lamunan Raaziya. Gadis itu leka melihat pasu-pasu bunga di perkarangan rumah Datin Sue. Cantik dan tersusun kemas.
Raaziya cepatkan langkah. Mengikut Nabil yang sudah sampai di pintu utama. Pintu yang sudah terbuka luas. "Assalamualaikum..."
Nabil memberi salam. Seorang pembantu wanita datang menyambut dengan senyuman. "Datin tengah tunggu dekat ruang tamu." Dipelawa Nabil dan Raaziya masuk.
"Terima kasih," ucap Nabil. Mereka masuk ke dalam dan menuju ke ruang tamu. Seseorang sedang membelakangi. Mungkin sedang menunggu kehadiran mereka berdua.
"Datin..."
Datin Sue berpaling.
"Maaf, Datin. Kami lambat sikit. Sebab jalan jem." Nabil mula bersuara. Mengurangkan rasa janggal yang memenuhi ruang. Ini kali pertama mereka berurusan dengan Datin Sue.
"Tak apa." Datin Sue mendekati meja. Tempat di mana Nabil dan Raaziya berhenti.
"Ni gubahan bunga yang Datin tempah." Raaziya membantu Nabil membuka kotak. Beberapa gubahan bunga yang ditempah Datin Sue tempoh hari terletak elok di dalam.
"Cantik." Datin Sue meneliti gubahan bunga di dalam pasu bersaiz sederhana itu. Mimik wajah Datin Sue jelas serius. Sekejap pasu tersebut dialihkan ke kiri. Sekejap lagi dialihkan ke sebelah kanan pula. Semua sudut ditilit.
"I'm fully satisfied," puji Datin Sue. Tanda puas hati. Terangguk-angguk sesekali kepala Datin Sue. Terpegun dengan hasil tangan dari pekerja kedai bunga milik Nabil. "Wait. Saya nak awak tambahkan sedikit calla lily ke dalam jambangan bunga ni. Belah sini nampak kosong."
Nabil kerut kening. Mata dia jatuh ke gubahan bunga yang ditunjukkan Datin Sue. "Baik, Datin." Nabil menurut. Tak membantah langsung. Nabil tahu, Customer always right.
Sungguh nasib Nabil dan Raaziya baik hari ini. Mereka ada bawa keratan bunga lebih tadi. Takut-takut akan dipakai. Kata Nabil tadi, sekiranya pelanggan mereka Mak Datin, pasti ada yang tak kena dan banyak songeh nanti. Seperti sekarang.
Raaziya ambil keratan bunga calla lily yang diminta Datin Sue. Diberikan kepada Nabil yang sudah duduk bersila di bawah. Pegang saja keratan bunga calla lily, Nabil mula menambah jambangan bunga itu seperti diminta Datin Sue.
"Mummy!"
Datin Sue berpaling. Senyum melihat empunya suara yang datang. "Awal bangun sayang."
Hani tersengih sendiri. Turun memijak anak tangga. Menghampiri Datin Sue di ruang tamu. Sedikit terpinga Hani selepas melihat dua orang asing yang turut ada bersama. Mereka sedang mengubah bunga.
"Ni pekerja kedai bunga," jawab Datin Sue. Seperti faham apa yang tersirat di fikiran Hani. Hani angguk.
"Mummy, Hani nak keluar jalan-jalan dengan abang Adyan. Boleh ke, mummy?" tanya Hani. Minta izin. Walaupun Hani sudah tahu jawapan, tetap dia mahu menanya. Enggan mahu Datin Sue rasa dibelakangi.
"Keluar? Adyan tak kerja ke hari ni?" Datin Sue memandang Hani. Hani sudah siap mandi. Tapi masih belum bersiap.
"Kerja. Lepas meeting, abang Adyan datang ambil Hani. Boleh kan, mummy?"
"Boleh, sayang. Malam nanti pesan dekat Adyan suruh makan sini. Mummy masak. Daddy ada dekat rumah malam ni."
Hani sudah angguk-angguk kepala. Sangat setuju dengan cadangan Datin Sue. Dia suka. Sangat suka. "Baik, mummy. Hani naik bersiap dulu. Love you."

YOU ARE READING
RAAZIYA
Romance[AKAN DISAMBUNG UPDATE SEMULA] To my Raaziya: "You're so beautiful. Like a flower." From your future love, Adyan Khaleed.