Bab 22

92 17 0
                                    

AMIRAH membawa diri ke dalam pejabat Adyan selepas mendapat kebenaran masuk. Dia mendekati Adyan yang sedang duduk di meja kerja. Pasti sedang meneliti fail-fail kerja dari pekerja bawahan.

"Encik Adyan, flight Encik Adyan ke JB pada esok pagi selepas meeting dengn Encik Musa," beritahu Amirah sebaik mendekati Adyan.

"Pukul berapa meeting tu?" tanya Adyan ingin tahu. Dia kurang pasti. Kebiasaanya dia jarang ada mesyuarat pada awal pagi. Selalunya waktu tengah hari dan petang saja.

"8 pagi, Encik Adyan."

Adyan angguk. Menyambung semula kerja yang tergendela tadi. Hari ini, jadual Adyan kosong dan lenggang. Dia tiada mesyuarat. Jadi tak perlu susah-susah ke hulur ke hilir jumpa client.

"Amirah."

"Ya, Encik Adyan?"

"Kalau awak letih, esok awak jangan ikut saya ke JB. Awak rehat. Saya akan minta orang lain tolong handle kan schedule saya dekat sana," pesan Adyan tapi lebih kepada arahan.

Sedar tak sedar, kandungan Amirah sudah mencecah beberapa bulan. Namun, Adyan masih tidak tahu usia sebenar kandungan tersebut. Ingin tanya tapi sedar mungkin Amirah kurang selesa untuk berkongsi kepadanya. Jika wanita itu minta cuti, pasti dia akan berikan saja.

Cuti bergaji.

"Tak apa, Encik Adyan. Saya masih kuat untuk tolong Encik Adyan. Suami saya cuti. Dia akan teman saya nanti," jawab Amirah. Cuba memangkah arahan tersebut. Dia tahu, Adyan cuma risau.

Lambat-lambat Adyan hanya angguk. Membenarkan. Enggan memaksa jika memang itu pilihannya. "Kalau ada apa-apa, just let me know."

"Baik, Encik Adyan," balas Amirah bersama senyuman lebar.

Antara sebab kenapa Amirah masih setia bersama Adyan, ialah sikap keprihatinan lelaki itu. Sikap Adyan memang tak tumpah seperti sikap arwah papanya, Datuk Khaleed.

Sebelum Amirah berkerja bersama Adyan, Amirah pernah menjadi pekerja bawahan arwah Datuk Khaleed. Untuk beberapa tahun saja dia berkerja dengan arwah Datuk Khaleed. Sebelum dia dilantik menjadi setiausaha Adyan.

Bagi Amirah, Adyan terlalu baik sebagai seorang majikan. Prihatin, bertanggungjawab dan amanah. Cukup kacak dan cukup sempurna. Dia tidak pernah menafikan kenyataan berbaur fakta itu.

"Terima kasih, Encik Adyan." Amirah meminta diri untuk beredar. Dia teringat masih banyak kerja yang tergendela di luar. Banyak lagi mesej-mesej yang belum berbalas tadi.

Selepas Amirah keluar dari pejabat, Adyan melihat jam tangannya. Sudah masuk pukul sebelas pagi. Melihat waktu sekarang buat fikiran Adyan melayang pada Raaziya. Apa agaknya yang sedang dilakukan Raaziya tika ini?

Sejak Adyan menolak ajakan Raaziya untuk makan bersama tempoh hari, Adyan langsung tidak menerima sebarang khabar dari gadis itu. Entah sihat ke tidak, dia sendiri tidak tahu.

"Should I call her?"

Adyan masih tertanya sendiri. Kalau diikutkan hati, mahu saja dia menelefon Raaziya dan menanyakan khabar. Tapi, Adyan sedar yang Raaziya semestinya sibuk bila waktu seperti ini. Pasti banyak tempahan bunga sekarang.

RAAZIYAWhere stories live. Discover now