PENERBANGAN dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru hanya mengambil masa lebih kurang dalam sejam. Adyan ke sana menaiki kapal terbang selepas ditekan Amirah. Kalau diikutkan hati, memang Adyan mahu memandu saja ke sana.
"Pak Mat sihat?"
"Alhamdulillah Pak Mat sihat."
Adyan dijemput oleh bekas pekerja arwah Datuk Khaleed yang bernama Pak Mat. Pak Mat juga merangkap sebagai tekun kebun di kediaman arwah Datuk Khaleed. Setiba mereka di sana, waktu sudah pun menjelang tengahari.
Kereta Mercedes Benz itu mula memasuki perkarangan rumah yang sentiasa kosong tanpa penghuni. Adyan yang duduk di tempat duduk belakang hanya membuang pandangan ke arah halaman rumah.
Sunyi sepi.
"Mak Mah mana?" tanya Adyan selepas sedar yang enjin kereta sudah dimatikan.
"Mak Mah ada dalam rumah. Mungkin tengah tunggu Adyan," jawab Pak Mat. Hampir masuk dua puluh lima tahun juga, Pak Mat masih setia berkerja di sini. Dari Adyan kecil sehingga menjadi lelaki yang hebat.
Adyan mengangguk seraya tangan tarik picu kereta. Keluar dari perut kereta dengan senyuman di bibir. Hati Adyan sudah tidak sabar untuk masuk ke dalam. Mencari satu susuk tubuh yang sangat dia rindukan. Satu susuk tubuh yang mengajarnya erti kasih sayang seorang ibu.
"Mak Mah!" Adyan mendapatkan seorang wanita yang digelarkan sebagai Mak Mah di ruang tamu. Wanita itu seperti sedang menantikan kepulangannya.
"Adyan, Ya Allah. Balik pun kamu." Tubuh Mak Mah dipeluk Adyan dengan penuh perasaan rindu. Hampir dua bulan juga dia tidak jejak kaki di sini akibat kerja-kerja yang bertimbun di KL. Hari ini dia pulang membawa perasaan rindu yang bergunung.
"Mak Mah sihat?" Selepas lama memeluk, Adyan menjarakan tubuhnya sedikit. Cuba untuk melihat wajah Mak Mah yang sudah lama tidak ditatapnya. Wanita itu masih cantik seperti selalu.
"Alhamdulillah, Mak Mah sentiasa sihat. Kamu sihat, Adyan?"
Adyan laju mengangguk. Semestinya dia sihat. Tambah-tambah selepas dapat melihat wajah Mak Mah yang cantik berseri. "Adyan sihat. Bila Mak Mah sampai rumah ni?"
"Mak Mah sampai semalam. Kemas-kemas apa yang patut dekat rumah arwah Datuk Khaleed ni."
Mak Mah juga merupakan salah seorang pekerja setia arwah Datuk Khaleed. Dia seorang pembantu rumah di kediamaan ini. Selepas kematian Datuk Khaleed, Adyan arahkan Mak Mah dan suaminya, Pak Mat untuk pulang ke kampung halaman.
Sekiranya Adyan balik ke kediaman ini, mereka berdua akan datang menemaninya di sini. Dan sekali-sekala juga Mak Mah akan datang untuk membersih dan mengemas, manakala Pak Mat akan datang untuk menyiram pokok-pokok yang ada.
"Terima kasih, Mak Mah. Kalau Mak Mah tak datang, memang sunyi la Adyan sorang diri dekat sini." Adyan mengambil tempat di sofa, berhadapan dengan Mak Mah.
Mak Mah masih mengukir senyuman. Adyan sudah dianggap seperti anaknya sendiri. Selepas kematian mamanya pada usia tiga tahun, Mak Mah lah orang yang bertanggungjawab membesarkannya dengan penuh kasih sayang.
Walaupun Mak Mah juga mempunyai anak yang lain, Adyan tidak pernah kurang dengan perhatian dan kasih sayang dari Mak Mah. Dia mendapat kasih sayang yang cukup dan sama rata dengan anak-anak Mak Mah yang lain.
"Dua bulan kamu tak balik sini. Banyak kerja ke dekat syarikat kamu?" Kali ini, Mak Mah menyoal. Wajah wanita itu sudah bertukar sayu selepas sedar dengan keadaan Adyan yang seakan tidak terurus. Lelaki itu seolah letih dan tidak cukup tidur.
Keluhan Adyan terdengar jelas. Adyan membisu seketika. Melihat wajah risau Mak Senah, terpaksa jugalah dia menjawab. "Banyak, Mak Mah. Kewangan syarikat di KL masih tak stabil. Banyak benda lagi yang Adyan kena buat dekat sana."
Mak Mah sudah mengagak. Kadang-kala juga dia membaca di surat khabar tentang perniagaan Adyan yang semakin merosot akibat kejadian putus tunang tempoh hari. Dia kesian kepada lelaki itu. Sudah jatuh ditimpa tangga.
"Kamu balik sini sebab kerja kan, Adyan? Mak Mah harap kamu boleh fikir juga tentang diri kamu. Jangan terlalu fikirkan syarikat. Kalau papa ada, mesti papa tak nak kamu macam ni. Mesti papa nak kamu fikir tentang diri kamu juga."
Mak Mah memesan dengan penuh rasa bimbang di hati. Berharap lelaki itu sedar. Dan menghadam kata-katanya tadi.
Adyan diam. Memikir sejenak kata-kata itu. Dia tahu dan dia sedar yang dia banyak menghabiskan masa di pejabat daripada di rumah. Setiap hari dia ke pejabat, selepas tiba waktu malam dia pulang semula ke rumah. Itulah saja rutin hariannya.
Secara amnya, Adyan memang tak ada komitmen lain selain daripada kerja dan kerja. Hidupnya hanya dipenuhi dengan meeting, jumpa client dan turun ke site. Tiada benda lain lagi yang dia buat.
"Adyan akan cuba, Mak Mah. Adyan akan cuba untuk keluar dari dunia Adyan yang sekarang." Mak Mah dipandang dengan senyuman nipis. Mak Mah juga diberitahu supaya tidak lagi risau tentang dirinya.
"Jom, Adyan. Mak Mah ada masak lauk kegemaran Adyan. Jom kita ke dapur." Teringat makanan yang sudah dihidang di dapur tadi, Adyan diajak supaya lekas-lekas bangun dan mengikut langkahnya ke dapur.
"Mak Mah masak apa?"
"Ayam masak merah."
SELEPAS selesai bermesyuarat bersama ahli pengarah dan semua pemegang saham di Johor Bahru, Adyan terlebih dahulu meminta diri untuk keluar dari bilik mesyuarat. Permintaan tersebut mendapat anggukan dari semua.
"Masuk bilik saya, Amirah. Bawa file yang saya minta tadi sekali." Amirah yang setia di sisi hanya mengangguk faham. Amirah terus laju melangkah mendapatkan file yang dimaksudkan oleh majikannya
Selang sepuluh minit Adyan masuk ke dalam pejabatnya, Amirah turut menyusul masuk. Dia pantas menghampiri Adyan yang kelihatan seakan sedang tergesa-gesa. "Ni, Encik Adyan."
Fail tersebut bertukar tangan. Segala isi yang tertulis di dalam itu dibaca tekun. Sesekali Adyan mengeluh sendiri. "Assistant Tan Sri Kamarul dah balas E-mail awak? Awak ada call dia?" Dengan mata masih terpaku di fail, Adyan menyoal Amirah.
"Dah balas, Encik Adyan. Tapi masih belum ada kata putus dari Tan Sri Kamarul."
Mendengar itu buat Adyan mengeluh lagi. Alang-alang di sini, dia mahu terus bertemu dengan pemilik Syarikat QS Sdn Bhd segera. "It's okay. Tell them that we're still waiting for the response."
"Baik, Encik Adyan. Saya akan hantar E-mail semula."
"Okay, good. Please keep me informed of any updates."
"Baik, Encik Adyan."
Selepas selesai meneliti, fail tersebut diberikan kepada Amirah supaya disimpan semula. Arahan beredar juga turut diberikan.
"Amirah."
Tak sempat teruskan langkah, Amirah berpaling semula. Wajah Adyan kembali dipandang.
"Bukan ke saya ada pesan dekat awak jangan ikut saya ke JB? Saya tahu yang awak tengah pregnant, kan?" tanya Adyan yang mula rasa bersalah selepas melihat Amirah yang asyik kehulur kehilir mengikutnya.
"Maaf, Encik Adyan. Saya tak sampai hati nak biarkan Encik Adyan buat semua benda seorang diri dekat sini." Amirah membalas tanda dia tidak apa. Dia masih kuat untuk berjalan ke sana dan ke sini. Kandungannya baru saja mencecah beberapa bulan.
"It's okay, Mira. Saya boleh minta pekerja lain untuk gantikan awak dekat sini. You don't have to worry." Lembut Adyan bersuara.
Amirah hanya mengangguk dan pantas perkataan maaf diujar.
"Kalau awak rasa penat or tak sihat, please let me know. Saya akan bagi awak cuti," pesan Adyan bimbang. Dia tahu, Amirah datang ke sini seorang diri tanpa penemam di sisi. Bila mengenang semula, perasaan risaunya semakin bertambah.
"Terima kasih, Encik Adyan. Saya minta diri dulu." Amirah minta diri dengan senyuman manis. Hatinya dikuis rasa senang selepas mendengar kata-kata Adyan yang layak dilabel sebagai majikan yang baik. Jelas hatinya tersentuh terharu.
Mendengar itu, Adyan hanya mengangguk. Fikirkannya serabut dengan kerja-kerja di sini yang masih belum menjumpai penyelesaian. Tak campur lagi dengan kerja-kerja di KL. Sungguh dia penat!
Sekarang Adyan faham betapa sengsaranya hidup tanpa sebarang sokongan. Kosong dan perit.
YOU ARE READING
RAAZIYA
Romance[AKAN DISAMBUNG UPDATE SEMULA] To my Raaziya: "You're so beautiful. Like a flower." From your future love, Adyan Khaleed.