SELAKU Ketua Pengawai Eksekutif syarikat, dia hanya mendengar dengan tekun aktiviti yang akan dilaksanakan oleh Ketua Pengawai Operasi. Sesekali kepala diangguk tanda menyokong dan setuju.
Segala aktiviti yang bakal dijalankan, sudah pasti akan selaras dengan matlamat dan objektif yang ditubuhkan oleh Ketua Pengawai Eksekutif. Jadi ianya tidak akan menimbul sebarang masalah bagi pengurusan peringat atasan untuk menurut.
Sesi mesyuarat pada pagi ini berjalan selama dua jam sebelum berakhir dengan kata putus dari semua pihak. Sebaik tamat, Adyan terus keluar dan membawa diri ke ruang kerjanya.
Kata Amirah tadi, ada seseorang sedang menanti di dalam. Dan dia kurang pasti siapa. Yang dia tahu, ianya seseorang perempuan.
"Sediakan air," arah Adyan kepada Amirah sebelum dia masuk ke ruang kerjanya.
"Baik, Encik Adyan."
Adyan menguak pintu. Buat seketika langkahnya terhenti apabila melihat figura yang sedang menunggunya. Gadis itu bangun dari sofa dan tersenyum nipis.
Reina.
"I'm sorry, kalau buat you terkejut." Reina memulakan perbualan. Rasa serba-salah melihat Adyan yang masih tercengang di muka pintu.
Adyan dengan pantas menghampiri gadis itu selepas sedar dengan tingkah lakunya yang kurang sopan. "It's okay."
Dan dia semestinya terkejut. Tak pernah menyangka akan menerima kedatangan anak gadis Tan Sri Kamarul di sini. Satu yang dianggap mustahil baginya.
"Have a seat." Pelawanya lembut.
Mereka duduk bertentangan di atas sofa. Masih ada meja untuk menjadi pemisah.
"Kenapa you turun KL? Jumpa Hani ke?" tanya Adyan sekadar nak hilangkan rasa canggung. Ya, ini memang kali pertama mereka berbual berdua secara peribadi. Rasa janggal buatnya.
"Yes, but I want to meet you first." Jujur Reina. Ada sebab kenapa dia ingin bertemu dengan lelaki itu sekarang.
Dan ia buatkan makin bertambah rasa canggung Adyan. Kurang pasti atas sebab apa Reina datang ke mari. Sama ada hal kerja ataupun hal lain.
"Daddy minta I jumpa you untuk tanya about our project." Cepat-cepat Reina menjawab selepas sedar dengan riak wajah Adyan yang jelas berubah. Tentu lelaki itu rasa tak selesa.
"I see..."
"Actually, I memang nak jumpa Hani. But, she's so busy right now. So, I decided untuk jumpa you dulu." Tambah Reina lagi. Cuba nak kukuhkan alasannya ke sini. Tak nak buat Adyan rasa makin janggal dan tak selesa.
"I minta maaf kalau I ganggu waktu kerja you." Reina semestinya rasa serba-salah. Dia hanya datang membuta tuli ke sini tanpa buat sebarang temu janji dulu. Jelas nampak diri tak professional.
"It's okay. I don't mind." Adyan tentu saja tak kisah. Kalau diikutkan jadual hari ini, memang waktunya banyak yang lengang. Tiada masalah untuk dia jumpa dengan sesiapa sekarang.
"Glad to hear that." Reina kulum senyum. Rasa lega walaupun dia tahu yang Adyan bukan jenis cepat melenting.
"So... kenapa dengan our project?" Tak nak buang masa, Adyan terus berbalik ke tujuan asal pertemuan hari ini. Rasa risau jikalau Tan Sri Kamarul masih kurang berpuas hati dengan kertas kerja mereka.
"Daddy cakap dia dah jumpa seekar tanah yang sesuai untuk jadikan tapak pembinaan nanti. But, he still need your opinion."
YOU ARE READING
RAAZIYA
Romance[AKAN DISAMBUNG UPDATE SEMULA] To my Raaziya: "You're so beautiful. Like a flower." From your future love, Adyan Khaleed.