BAS tiba-tiba berhenti di tepi jalan. Sudah masuk sejam perjalanan mereka. Penumpang-penumpang di dalam bas mula bercakap sesama sendiri. Tak pasti apa yang berlaku.
"Maaf semua. Kita terpaksa berhenti dekat sini buat seketika. Sebab bas rosak," ujar pemandu bas. Hanya tenang. Selepas bangun dari tempat duduk, dia turun dari bas. Ingin melihat keadaan sebenar enjin bas.
Suasana di dalam bas kembali bising dengan suara-suara penumpang. Ada yang memaki hamun. Ada yang mengeluh. Ada juga yang masih nyenyak tidur sebelum terjaga akibat kepanasan.
"Panasnya..." Raaziya mengeluh sendiri. Tangan naik mengibas-ngibas wajahnya yang sudah berpeluh. Lelaki di sebelah Raaziya masih santai dan tenang. Sama seperti tadi.
Raaziya mengerling ke sebelah. Lelaki itu sedang melipat lengan baju kemeja hitamnya sampai ke siku. Mungkin dah mula rasa haba.
"Jom turun. Panas!" Penumpang-penumbang sudah mula turun dari bas kerana terlalu panas. Raaziya juga mahu turun dari bas. Dia masih duduk dan membiarkan orang lain dulu turun. Lelaki di sebelah dipandang sekali lagi.
"Awak tak nak turun ke?"
Lelaki itu balas pandangan Raaziya. Kepala diangguk. "Nak"
"Okay," jawab Raaziya sepatah. Melihat dalam bas yang sudah kosong, Raaziya ikut turun keluar. Dalam bas terlalu membahang. Tak beza juga di luar. Matahari sekarang betul-betul sedang terpacak di atas kepala.
Selepas Raaziya keluar, lelaki itu turut juga keluar dari bas. Memandang Raaziya sekilas. Dan berjalan pergi dari kawasan itu.
"Mana dia nak pergi tu?" Raaziya heran. Lelaki itu jalan tanpa berpaling. Tak tahu kenapa, kaki Raaziya berasa ringan untuk mengikut jejak itu. Sudah lesap pesanan Laila.
"Awak! Awak!" Raaziya cuba memanggil. Lelaki itu sudah jauh di depan. Kelihatan beberapa buah rumah usang yang ada di tepi jalan. Sekarang baru Raaziya sedar. Bas mereka rosak betul-betul di kawasan pendalaman dan berbukit.
Langkah Raaziya laju. Menghalang laluan lelaki itu. Tangan naik mendepa. Jelas nafas Raaziya tercungap-cungap. "Rumah awak dekat sini ke?"
"Tak," jawab lelaki di hadapan Raaziya. Pendek.
"Lepas tu, awak nak pergi mana?"
"Tak pergi mana. Tepi." Lelaki itu melintasi Raaziya yang masih berdiri tegak. Terkebil-kebil Raaziya sendiri.
"Jom balik dekat bas. Nanti kena tinggal pula." Raaziya ikut langkah lelaki itu. Masih tertanya-tanya sendiri. Selagi tak dapat jawapan, selagi tu dia akan ikut!
"Boleh tak awak berhenti ikut saya?" Lembut dia tanya. Berharap gadis itu faham.
"Saya cuma curious. Kenapa awak berjalan sampai ke sini?" Setia Raaziya di belakang. Mengikut jejak. Di luar kawalan, Raaziya menarik baju kemeja lelaki itu dari belakang.
Spontan lelaki itu berhenti jalan.
"Sorry... saya tak sengaja..."
"Pergi balik ke bas."
Raaziya keluh geram. "Kenapa awak tak nak balik ke bas? Awak tak tahu ke ni kawasan apa? Berbukit. Banyak hutan. Banyak pokok getah. Awak sendiri pun tak tahu ni kawasan apa." Raaziya mula membebel. Mula rasa sakit hati dengan sikap degil lelaki di hadapannya.

YOU ARE READING
RAAZIYA
Romance[AKAN DISAMBUNG UPDATE SEMULA] To my Raaziya: "You're so beautiful. Like a flower." From your future love, Adyan Khaleed.