"ADYAN, kau pergi mana hilang beberapa hari ni? Amirah call aku cakap kau tak masuk office dua tiga hari. Kau pergi mana?" tanya Daniyal selepas menerjah masuk ke dalam pejabat Adyan tanpa mengetuk terlebih dahulu. Serius dia risau selepas mendapat panggilan daripada setiausaha lelaki itu.
Adyan angkat wajah. Memandang Daniyal yang sudah mengambil tempat di hadapan meja kerjanya. Pasti lelaki itu datang dari pejabat dan terus ke sini. "Entah. Aku tak tahu aku pergi mana hari tu. Aku naik bas, tengok-tengok dah sampai satu kampung ni."
"Satu kampung?"
"Aku tak tahu kampung apa." Adyan sandarkan tubuh ke kerusi. Masih terbayang-bayang di benaknya kejadian tempoh hari. Pertemuannya dengan Raaziya tak lebih dari hanya dua orang asing.
"Aku faham keadaan kau sekarang, Adyan. But, please... you have to move on, Adyan." Daniyal sudah mengeluh di hujung ayat. Entah apa lagi yang dia perlu buat untuk bantu Adyan keluar dari kejadian hitam tersebut.
"Aku tahu, Dani." Adyan menahan rasa sakit di hati. Luka sakit itu masih berair dan berbekas. Sukar untuk dia jelaskan dengan kata-kata.
"Kau kena cuba, Adyan. Lupakan dia..." Tambah Daniyal lagi. Hanya mampu berkata.
"Aku dah cuba." Adyan pejam mata buat seketika. Dia masih ingat sebelum ini. Beria-ria Qaira datang ke pejabat dan merayu-rayu kepadanya supaya menerima dirinya semula. Tiada kata putus untuk Qaira.
Sebab terlalu sukar untuk Adyan menerima Qaira semula ke dalam hidupnya. Benar, hatinya masih ada rasa cinta. Tapi itu bukanlah tiket untuk dia memaafkan perbuatan gadis itu. Salah tetap salah. Tak perlu dihujahkan lagi.
Daniyal diam. Dia tahu, pasti Adyan sedang berperang dengan minda sendiri. Berlawan agar dapat melenyapkan kejadian lalu dari benak fikiran. Ya... tak mudah untuk lupakan kenangan manis bersama dengan orang yang kita cinta dan sayang.
"Adyan, aku datang sini sebab nak beritahu yang daddy aku dah balik Malaysia." Daniyal bersuara semula selepas masing-masing hanya membisu. Dia memecahkan kesunyian yang ada. Tak perlu terlalu melayan emosi sangat. Hidup perlu diteruskan.
"Uncle Ian dah balik?" Mata Adyan sudah terbuka luas. Bersinar teruja. Dia ubah posisi. Sekarang duduknya tegak seperti tadi.
Setahu Adyan, Datuk Ian, ayah saudaranya itu masih berada di India atas urusan kerja. Sudah masuk sebulan lelaki berusia awal 50 tahun itu menetap di sana. Sekali-sekala dia dan Daniyal suka juga terbang ke sana. Kata Daniyal, mereka juga perlukan suasana kerja yang baru.
"Yup, dah balik semalam. Daddy balik sebab nak jumpa Uncle Megat dengan Auntie Sue."
"Jumpa? For what? Masalah family atau business?"
"Business. Kau tahu kan, diaorang tak kan bincang tentang masalah family kalau benda tu tak penting. Business for life," terang Daniyal lagi.
Sedikit sebanyak Adyan setuju dengan kenyataan Daniyal. Benar kata Daniyal, keluarga mereka dibesarkan dalam dunia yang berbeza iaitu dunia perniagaan. Dari keturunan nenek moyang hingga ke sekarang ilmu perniagaan itu langsung tidak hilang.
"So, daddy ajak kau datang rumah malam ni."
"Malam ni?"
YOU ARE READING
RAAZIYA
Romance[AKAN DISAMBUNG UPDATE SEMULA] To my Raaziya: "You're so beautiful. Like a flower." From your future love, Adyan Khaleed.