Bab 24

94 14 4
                                    

SELESAI mesyuarat, Adyan meminta diri untuk pulang ke pejabat semula. Tan Sri Kamarul semestinya membenarkan. Malah, menjemputnya untuk makan malam bersama pada esok hari.

Dan tentu Adyan menerima ajakan tersebut. Bagi Adyan, ini satu langkah yang baik untuk mengeratkan hubungan mereka lagi. Bahkan, untuk projek kerjasama syarikat yang sudah diterima baik oleh Tan Sri Kamarul. Tunggu masa saja untuk dibincangkan semula.

Khaleed Corporation Shd Bhd.

Lama Adyan tidak menjejak kaki di sana. Hari ini, Adyan pergi dengan nafas yang berat. Tempat di mana arwah Datuk Khaleed mencari wang untuk membesarkannya. Dan tempat di mana arwah Datuk Khaleed menghembuskan nafas terakhir.

"Selamat pulang, Encik Adyan."

"Selamat pulang, Encik Adyan."

Antara suara-suara perkerja yang menyambut kedatangan Adyan ke syarikat tersebut. Mereka langsung tidak dikhabarkan yang Adyan akan datang ke sini. Hampir berbulan lelaki itu tidak pernah menjejakan kaki.

Adyan hanya senyum membalas ucapan pekerja-pekerja arwah Datuk Khaleed. Kini, sudah menjadi pekerjanya. Syarikat arwah Datuk Khaleed sudah diambil alih seratus peratus oleh Adyan.

Bilik pejabat arwah Datuk Khaleed menjadi tujuan dan destinasi Adyan. Adyan menuju masuk ke dalam sana. Bilik yang berukuran luas. Luasnya dua kali ganda lebih besar dari bilik kerjanya.

Susunan perabot-perabot masih setia di tempat yang sama. Segala fail-fail milik arwah Datuk Khaleed masih ada di ruang rak. Mereka tidak membuangnya atas arahan Adyan. Arahan Adyan pasti saja akan dipenuhi.

Benar, Adyan masih mahu menyimpannya. Biarlah sehingga reput sekali pun, dia tetap ingin menyimpan. Kenangan yang tak akan pernah berulang lagi. Kenangan tetap kenangan walaupun tuan pemilik sudah lama tiada.

"Selamat pulang, Encik Adyan." Amirah setia mengikut Adyan. Hari ini, Amirah akhirnya dapat jejak semula kaki ke syarikat gah ini. Tempat kerja awalnya sebelum dia bergelar sebagai seorang setiausaha.

"Thank you, Amirah. I appreciate everything that you have done for me."

Amirah senyum terharu. Dia hanya membalas budi baik arwah Datuk Khaleed dan Adyan. Mereka banyak membantunya dalam urusan kewangan. Sebelum ini, Amirah pernah sekali meminjam wang dari arwah Datuk Khaleed atas sebab kesempitan wang yang dihadapinya.

Ketika itu, suaminya terpaksa dipecat gara-gara masalah dalaman. Mahu tak mahu, Amirah yang menanggung seluruh perbelanjaan dalam rumah tangga. Sebulan selepas itu, nasib mereka bertukar baik, suaminya diterima kerja di tempat lain.

"Itu memang kerja saya, Encik Adyan. Encik Adyan jangan risau. Saya akan setia membantu Encik Adyan."

Adyan hanya angguk. Terima kata-kata tersebut. Melihat gambar keluarga di atas meja kerja arwah Datuk Khaleed, Adyan tarik nafas dalam. Gambar terakhir yang diambil sebelum mamanya meninggal dunia.

"Mama..." Seorang budak berusia 7 tahun sedang jatuh terduduk. Tubuh mamanya sudah terkaku lemah di atas jalan yang bertar. Air matanya tak dapat lagi ditahan.

Sakit hati melihat susuk tubuh seseorang yang dia sayang sepenuh hati sudah tidak bernyawa lagi. "Mama... jangan tinggal Adyan..."

Tubuh mamanya cuba digoncang-goncang. Berharap tubuh itu masih mampu memberikan respon walaupun hanya sedikit. "Mama..."

"Tolong! Tolong!"

Ramai orang sudah datang menyerbu ke arah Adyan dan mamanya. Menolong mangsa kemalangan yang baru saja berlaku sebentar tadi. Kemalangan yang ngeri. Kereta mangsa sudah terputus dua.

RAAZIYAWhere stories live. Discover now