MELIHAT saja wajah gadis itu, Raaziya telan air liur tawar. Jelas tak sangka, dia akan menerima kedatangan seseorang yang cukup dikenalinya di sini. Bukan seorang, tapi dua orang!
Atiqah dan Encik Sulaiman.
Terkejut bukan kepalang selepas melihat kelibat dua beranak itu di depannya sekarang. Sudah dapat diduga asbab mereka ke mari.
"Kenapa aku call tapi kau tak angat? Kau saja eh nak mengelak dari aku." Awal-awal lagi, Atiqah sudah mengembur kata-kata tak puas hati. Kedua-dua belah tangan sudah naik melipat di dada.
Raaziya tak balas. Sengaja nak berdiam diri. Dia kenal Atiqah. Lagi dilayan, lagi banyak celuparnya nanti. Mulut itu mana pernah ada insurans!
"Kenapa tak jawab? Bisu ke?" sambung Atiqah lagi. Saja nak tambah bara di hati Raaziya yang jelas memang sudah memanas.
Raaziya masih tenang. Sedar mereka sekarang berada di mana. Tempat terbuka dan tempat yang dipenuhi dengan orang awam.
"Kenapa Pak cik datang sini?" tanya Raaziya. Pandangannya jatuh ke wajah Encik Sulaiman di belakang. Kata-kata Atiqah tidak diendahkan. Malas mahu melayan gadis yang jelas tak cukup akal itu.
"Kau jangan buat-buat tak tahu kenapa kami datang sini," balas Atiqah lagi. Mula panas hati. Manakala, Encik Sulaiman masih mendiamkan diri.
Raaziya tarik nafas dalam. Masih boleh bertahan. Dia harus tenang. Tak boleh hanya mengikut emosinya saja. Kalau lebih batas, mungkin boleh berlaku kekecohan di sini nanti.
"Pak cik, Ziya..."
"Mana teman lelaki kau?" Soalan pertama yang keluar dari mulut Encik Sulaiman. Serius. Dia mahukan jawapan segera.
Raaziya diam buat seketika. Dia tiada jawapan untuk itu.
"Pak cik, Ziya tak nak kahwin dengan Ridzuan," tegas Raaziya. Enggan berdalih lagi walaupun sudah masuk beribu kali dia memberitahu perkara yang sama.
Atiqah senyum senget. Senyum kemenangan. Dia sudah dapat menjangkau, Raaziya pasti akan menolak pinangan Ridzuan. Jelas gadis itu tak cintakan Ridzuan, seperti mana dia cintakan lelaki itu.
"Jangan mungkir janji, Ziya." Encik Sulaiman masih mahu menekan. Rancangannya untuk pastikan Raaziya berkahwin, harus menjadi kenyataan. Dia tak kisah dengan siapa, yang penting gadis itu berkahwin.
"Mungkir janji apa, Pak cik? Pak cik ingat Ziya tak tahu ke yang Tiqah ni nak kahwin dengan Ridzuan nanti."
Encik Sulaiman kelihatan agak tercengang dengan kenyataan itu. Dia memang ingin merahsiakan ia dari pengetahuan Raaziya. Tapi, tak sangka pula gadis itu sudah tahu.
Tak lain tak bukan, pasti kerja...
Atiqah senyum membalas. Langsung tak rasa bersalah. Memang dia sengaja nak Raaziya tahu, supaya gadis itu tak boleh nak ubah fikiran. Dia takut, kalau Raaziya tiba-tiba saja tukar fikiran dan ingin menerima pinangan Ridzuan.
Dia macam mana pula nanti?
"Aku tak kisah. Aku nak kau kahwin juga dengan Ridzuan." Perlahan suara Encik Sulaiman tapi cukup kedengaran tegas.
"Ayah?" Kali ini, Atiqah pula yang terkejut. Terkebil-kebil dia memandang Encik Sulaiman di sebelah. Serius. Lelaki tua itu kelihatan serius.
"Tolonglah, Pak cik. Ziya dah penat nak layan permintaan mengarut Pak cik. Ziya tak nak kahwin dengan Ridzuan. Ziya tak cintakan dia," rayu Raaziya. Masih berharap ada secebis rasa kasihan dari ayah saudaranya itu.
"Kau yang janji, Ziya. Kau ingat senang-senang saja aku nak lepaskan kau."
Raaziya cuba menarik nafas panjang. Dadanya tiba-tiba saja rasa sempit.
YOU ARE READING
RAAZIYA
Romance[AKAN DISAMBUNG UPDATE SEMULA] To my Raaziya: "You're so beautiful. Like a flower." From your future love, Adyan Khaleed.