Bab 13

120 15 4
                                    

NABIL keluar dari kedai bunga selepas melihat sebuah van berhenti betul-betul di hadapan kedai mereka. Dalam keadaan kalut-kalut, Nabil menghampiri van yang membawa tempahan-tempahan bunga yang dipesannya minggu lepas.

Pemandu van itu keluar bersama seorang lagi pekerja lelaki. "Maaf sebab lambat. Kami singgah makan kejap tadi. Kau dah makan ke, Bil?" Masing-masing merupakan pekerja di kilang pembekal bunga yang selalu menjadi pilihan Nabil.

"Belum. Aku tak makan lagi."

Pintu bonet van dibuka. Teruja Nabil melihat kotak-kotak yang berisi pelbagai jenis bunga. Ada juga yang disi di dalam plastik transparent.

"Boss cakap ni untuk stok minggu depan juga," bicara salah seorang dari mereka. "Kau check dulu cukup tak bunga yang kau minta untuk kedai kau ni." Sambungnya lagi dengan tangan memegang senarai nama-nama bunga yang ditempah oleh Nabil.

"Okay, angkut dulu masuk."

Mereka bertiga mengangkut kotak-kotak tersebut masuk ke dalam kedai. Dalam beberapa pusingan angkutan, semua kotak selesai dibawa masuk ke dalam kedai. Bunga-bunga yang diterima Nabil juga lengkap seperti yang ada dalam senarai.

"Terima kasih sebab hantarkan."

"Sama-sama. Jumpa nanti, Bil." Selepas habis, kedua-dua pekerja pembekal bunga itu masuk semula ke dalam van dan berlalu pergi. Nabil juga laju masuk ke dalam kedai semula.

"Yeah, bunga baru dah sampai!" jerit Nabil teruja. Setelah itu, dia menghampiri Laila dan Raaziya yang sedang membuka satu per satu kotak yang penuh diisi bunga. Ingin menyusun di tempat yang sepatutnya.

"Semua bunga yang kita tempah ada ke, Bil?" Laila menyoal dengan tangan yang ligat membelek semua bunga yang ada. Selepas lama bercangkung, dia duduk bersila pula di atas lantai.

"Ada, selamat ada. Yang paling aku suka sangat, bunga tulip ni. Cantik sangat warna dia weh." Bunga-bunga tulip yang berwarna putih, ungu, dan kuning itu ditilit Nabil teruja. Sesekali dia membau. Wangi!

"Bunga peony pun ada. Bukan selalu tak ada stok ke?"

"Ada. Sekarangkan bulan April," jawab Raaziya yang juga sibuk membelek.

"Aku lupa." Laila tepuk dahi. Dia betul-betul terlupa yang sekarang sudah masuk bulan April. Bunga peony ni kebiasanya mekar sekitar bulan April dan juga Jun.

"Itulah kau. Selalu makan semut banyak," sampuk Nabil. Sengaja mencari topik untuk memanaskan hati si pendengar.

"Cliché-nya kau, Bil. Tak ada alasan lain ke?"

"Tak ado! Sebab kau memang suka makan semut." Nabil membalas lagi, tak puas hati apabila dibidas Laila. Raaziya hanya mendengar tanpa mahu masuk campur. Sudah lali mendengar mereka lawan bertekak. Kalau sehari tak berlawan cakap, memang tak sah. Dah jadi macam rutin harian.

"Kau la yang suka makan semut, Bil. Kau selalu lupa. Hari tu masa suruh pesan makanan pun kau lupa. Suruh pergi hantar tempahan costumer pun kau lupa. Kalau boleh, semua benda kau nak lupa." Panjang Laila bertutur. Meluahkan semua yang ada di dalam fikiran. Saja mahu membakar bara di hati Nabil.

"Oh, panjang kau balas eh, Laila. Selamat betul. Kalau tak, memang cuti sehari kau hari ni."

Laila tergelak kerana tahu yang Nabil mesti akan makan dalam. "Ala, kau ni. Aku gurau je la. Takkan aku nak kata betul-betul dekat bos kesayangan aku yang baik hati ni. Kan Ziya?" Raaziya di sebelah dipandang sesaat sebelum mendapat anggukan setuju.

"Kesayangan yang baik hati eh. Betul ke?" Nabil tersengih sendiri. Pandangannya sekarang tertuju dan tertumpu pada wajah selamba Laila.

"Hehe. Bulan ni gaji naik, kan boss?"

RAAZIYAWhere stories live. Discover now