SELEPAS kekecohan tadi, Adyan ingin membawa Raaziya pulang ke Jelita's Florist. Namun, Raaziya pantas menolak. Enggan ke sana. Katanya, tak mahu risaukan Laila dan Nabil yang semestinya sedang sibuk di kedai.
Sebabkan permintaan Raaziya, sekarang hala tuju kereta Adyan sudah berubah ke arah lain. Destinasi yang lain. Destinasi yang mungkin boleh menangkan hati yang masih lara itu.
Dalam kereta, Adyan hanya mendiamkan diri. Cuba untuk tidak mengganggu Raaziya yang masih karam dengan air mata. Sudah beberapa kali bahu gadis itu terhinjut-hinjut sebab menahan esakan.
Dan Adyan mahu memujuk, tapi dia tak reti. Dia tak pernah pujuk sesiapa sebelum ini, melainkan itu Qaira. Qaira lain. Dia senang dipujuk. Beri saja tas tangan Yves Saint Laurent, pasti gadis itu akan senyum sampai ke telinga. Mudah.
Taman Tasik Titiwangsa.
Salah satu tempat reaksi terbesar di Kuala Lumpur yang menjadi hala tuju Adyan sekarang. Paling dekat untuk dia singgah buat masa ini. Dia tiada pilihan lain.
"Lap air mata awak." Adyan hulur sekotak tisu ke arah Raaziya selepas dia berhentikan kereta. Sedikit lega melihat Raaziya yang sedang beransur tenang.
Dengan berat hati, Raaziya sambut huluran Adyan. Adyan baik hati, dan dia tak sanggup nak menolak.
"Jangan menangis." Melihat Raaziya yang masih mengeras, buat tangan Adyan rasa ringan untuk menarik sehelai tisu dari kotak tisu itu.
"Nak saya lapkan ke?" tanya Adyan tapi lebih kepada ugutan. Tak teragak-agak untuk dia buat kalau Raaziya masih tak memberi apa-apa respon.
Raaziya sedikit menggeleng dan pantas mengambil tisu itu. Spontan tangannya naik mengelap air jernih yang masih setia di pipinya.
Adyan sembunyi senyum. Berpuas hati. Dan dia rasa lega. Raaziya sudah henti menangis.
"Good. Jangan menangis. Habis make-up awak." Adyan niat memujuk. Masih melihat Raaziya yang terkebil-kebil mengelap air matanya dengan tisu.
"Maa... mana ada make-up." Gurauan Adyan buat Raaziya sedikit sentap. Pagi tadi dia hanya mengenakan sedikit bedak biasa dan pelembab bibir saja. Tak sempat nak bersiap lama-lama kalau dengan Laila.
Adyan tahan tawa. Tentu dia hanya bergurau. Raaziya sudah kelihatan cantik meskipun dia tak bersolek. Cukup cantik. Dan Adyan tak pernah menafikan itu.
"Saa... saya minta maaf sebab susahkan awak lagi..." Suara Raaziya masih terputus-putus sebab banyak menghembur tangisan. Dan sesekali dia akan menarik semula hingus yang ingin meluruh keluar. Habis merah padam batang hidungnya.
"No need to be sorry, Raaziya," tegas Adyan. Serius.
Cukup buat Raaziya terangguk kecil. Dapat rasa ketegasan Adyan tadi. Sedikit mengugat perasaan takutnya. Dia tak pernah melihat Adyan marah, dan dia masih berjaga-jaga. Tak boleh terlepas cakap.
Sekejap saja pandangannya berlaga dengan mata Adyan sebelum dia kembali menunduk. Bermain dengan tisu-tisu yang bantu menghapuskan air matanya tadi.
Mata Adyan tetap terpaku ke arah Raaziya. Jelas muka gadis itu merona merah. Tak pasti sama ada sebab tadi ataupun sebab malu dengannya sekarang. Gadis itu masih kelihatan cantik meskipun dengan tudung yang sudah terherot sedikit ke tepi.
"Minum." Kali ini, Adyan hulur pula sebotol air mineral kepada Raaziya. Tentu gadis itu rasa dahaga selepas penat menangis. Tadi dia ada berhenti di stesen pam minyak dan membelinya.
"Terima kasih..." Raaziya ambil botol air mineral tersebut sebelum dia meneguk sekilas. Firasat Adyan memang tepat. Dia dahaga. Sangat dahaga selepas lawan bertekak dengan minah sewel itu.
YOU ARE READING
RAAZIYA
Romansa[AKAN DISAMBUNG UPDATE SEMULA] To my Raaziya: "You're so beautiful. Like a flower." From your future love, Adyan Khaleed.