Bab 6

173 16 0
                                    

"SEBULAN?!" Laila yang tadinya sedang tenang baring di sofa, kini sudah bangun menduduk. Terkejut mendengar cerita Raaziya. Kawannya itu baru saja sampai di rumah sewa mereka selepas beberapa hari di kampung.

"Ya, sebulan. Setahun tak apa lagi. Ni sebulan. Selamat dia tak cakap seminggu. Kalau ya, memang aku lari rumah la jawabnya," jawab Raaziya. Hanya mampu mengeluh di hujung ayat.

"Pak cik kau memang tak nak bagi kau kahwin dengan pilihan hati kau ni. Sebab tu dia bagi sebulan."

"Itulah pasal. Aku tak setuju sebab aku tahu yang dia ada niat lain. Sebab tu dia nak sangat aku kahwin dengan si Ridzuan tu." Melihat dari gaya Encik Sulaiman pun dia sudah dapat mengagak. Pasti ada niat lain!

"Tak guna punya orang tua tu. Geram pula aku." Nafas Laila ditarik panjang. Cuba membawa bertenang ke dalam diri. Sakit pula hatinya mendengar masalah Raaziya ni.

"Lepas tu sekarang macam mana? Apa yang aku nak buat ni? Aku nak kahwin dengan siapa ni?" Raaziya naik pusing. Kematian cara. Selepas kejadian merisik tempoh hari, dia hanya mampu terperuk di dalam bilik. Memikiran jalan untuk masalah ini.

"Kau memang tak ada boyfriend ke sekarang? Scandal ke?"

Laju Raaziya menggeleng. Semestinya tak ada. Dia kurang berminat untuk menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki. Banyak komitmen nanti. Cukuplah dia tertekan dengan kehidupnnya sekarang.

"Kau ada ex-boyfriend kan? Apa nama dia? Jamal? Jamil? Ke Jamin entah? Atau Janin? Apa-apa jelah. Kau cuba contact dia balik. Ajak kahwin."

"Ish, kau ni. Nama dia Qayyum la." Raaziya hanya menggeleng dengan cadangan mengarut Laila. Entah apa yang difikirkan pun tidak tahu. "Betul-betul la Laila."

"Kita buat iklan dekat Facebook. Mencari instant husband, yang berminat boleh contact number sekian sekian sekian. Ha, nampak bernas tak idea aku."

Raaziya memikir sejenak. Ada bijaknya juga idea Laila. "Macam bagus juga idea kau."

"Kan?"

"Tak boleh! Tak boleh! Macam mana kalau dia ada niat jahat. Depan baik, belakang jahat. Tak nak, tak nak." Raaziya laju menggeleng pula. Bila difikir-fikirkan semula idea itu, memang tak boleh diguna pakai langsung. Bahaya!

"Tak apa. Nanti aku tolong-tolong carikan bakal suami yang terbaik untuk kau. Yang paling terbaik punya. Jangan risau," kata Laila. Sungguh yakin. Dia pasti akan membantu.

Raaziya hanya mengiyakan kata-kata Laila sebelum dia tersenyum sinis. "Eleh, diri sendiri pun belum jumpa," usik Raaziya tapi lebih kepada perli.

"Mana ada! Kita dah ada la," balas Laila. Tak puas hati.

"Mana? Mana?"

"Tengok wallpaper telefon kita."

"Siapa ni?" Raaziya melihat. Kurang kenal.

"Taeyong, boyfriend kita."

ADYAN tiba di rumah tepat pada waktu tengahari. Selepas selesai mesyuarat, Adyan membuat keputusan untuk terus pulang ke rumah. Kepalanya berasa sedikit berat. Mungkin itu kesan dia tidur lewat semalam.

Adyan merebahkan tubuh ke atas katil. Selepas menelan sebiji penadol di dapur, Adyan terus menapak masuk ke dalam bilik. Cuba untuk mendapatkan rehat yang cukup.

Tak lama Adyan baring, dia tiba-tiba teringat sesuatu. Laci lampu tidur di sebelah katil ditariknya. Mata Adyan jatuh ke arah sekeping kad perniagaan seseorang. Lantas diambil dan dikeluarkan.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
RAAZIYAWhere stories live. Discover now