"KENAPA kau tak minta dia transfer je tadi? Nanti dia tak payah susah-susah datang kedai lagi." Laila masih membebel. Cerita Raaziya buat Laila tak boleh berhenti dari terus membebel. Sesekali dia menjeling Raaziya di sebelah yang hanya diam membisu.
"Kau okay tak ni, Ziya? Diam je dari tadi. Aku tak salahkan kau sebab suruh dia bayar nanti," kata Laila selepas tersedar yang Raaziya tak bersuara. Gadis itu asyik membuang pandangan ke arah luar tingkap. Pasti ada sesuatu yang difikirkannya. Tapi apa?
"Aku okay cuma..." Raaziya menoleh ke arah Laila yang sedang melihatnya. Rasa berat hati.
"Cuma apa?" Laila toleh ke arah jalan raya semula. Sedikit sebanyak dia tertanya-tanya kenapa Raaziya hanya membisu saja. Pasti ada asbabnya.
"Cuma customer tadi. Lelaki hari tu yang aku cerita dekat kau." Masih jelas Raaziya kurang percaya dengan pertemuan kali kedua mereka tadi. Langsung tak dijangka.
"Lelaki hari tu?" Laila sedikit menggeleng. Masih belum dapat tangkap.
"Adyan, lelaki yang aku jumpa dalam bas hari tu. Lelaki yang tolong aku tu."
Laila berhenti kereta di tepi jalan. Terpempan. Jelas dia agak terkejut. Mendengar cerita Raaziya sebelum ini, buat dia terdetik rasa mustahil untuk Raaziya bertemu kembali dengan lelaki tersebut. Siapa sangka yang lelaki itu ialah pelanggan mereka?
"Kiranya... lelaki tu dah ada girlfriend?"
Raaziya angguk. Semestinya dia tak kecewa. Dia juga sudah dapat mengagak sebelum ini, lelaki sebaik itu mustahil jika belum berpunya. Pasti ramai yang inginkan.
"Tak apa. Mungkin bukan jodoh kau," kata Laila, tapi lebih ke arah mengusik. Tangan naik mengusap bahu Raaziya, tanda supaya sentiasa semangat.
"Ish, kau ni." Raaziya gelak kecil walaupun jelas tak lawak. Tak mahu ambil serius.
"Hehe. Tapi masa kau cerita tu, aku rasa macam dia jodoh kau pun ada. Berjumpa dalam bas, wow so sweet!" Laila tambah cerita. Tak dinafikan, memang ada juga terdetik di hatinya tempoh hari. Eh! Tapi kebanyakan cerita cinta dalam novel macam tu, kan?
Terjumpa dalam bas. Kawan. Kahwin.
"Bukan jodoh aku. Tapi jodoh orang," jawab Raaziya sekadar mengingat.
"Kau pun orang, kan?" Laila gelak di hujung ayat. Terhibut dengan kata-katanya sendiri. Sedar tak sedar, ada betulnya juga.
Raaziya ikut ketawa. Tergeleng-geleng kepalanya. Hambar!
"ABANG Adyan, thank you tau sebab belanja Hani malam ni," ucap Hani selepas masuk ke dalam perut kereta milik lelaki di sebelahnya. Turut dibuang pandangan ke arah tersebut.
Sekarang fikirkan Adyan jauh menerawang sementara menunggu Hani tadi. Hari ini, dia bertemu kembali dengan Raaziya, gadis tempoh hari. Adyan tak berharap. Tapi tidak sangka pula Raaziya yang akan datang membawa bouquet itu ke sana.
"Abang, dengar tak apa yang Hani cakap ni?" tegur Hani lagi selepas persoalannya hanya dibiar tergantung sepi. Dia tahu, Adyan sedang termenung jauh. Memikirkan sesuatu. "Abang?"
"Hm?"
"Abang dengar tak apa yang Hani cakap ni? Jauh abang termenung sampai palau Hani macam ni." Hani mencebik di hujung ayat. Sedikit terasa hati.
"I'm sorry. Abang tak dengar. Hani cakap apa tadi?" Adyan kembali sedar. Matanya jatuh ke wajah Hani yang sudah masam mencuka.
"Abang dah lama tak bawa Hani balik rumah arwah Uncle Khaleed dekat JB. Hani rindu nak pergi sana lagi."
YOU ARE READING
RAAZIYA
Romance[AKAN DISAMBUNG UPDATE SEMULA] To my Raaziya: "You're so beautiful. Like a flower." From your future love, Adyan Khaleed.