PAGI ini, Laila meninggalkan Raaziya di kediaman Datin Sue terlebih dahulu sebelum dia pergi ke rumah Mak Cik Kalsom. Seperti yang diminta Datin Sue, Raaziya hari ini perlu mengubah dan menghias bunga-bunga di rumah Datin Sue.
"Thank you Laila hantar aku ke sini," ucap Raaziya di tempat duduk belakang. Tangan masih setia memegang kotak berisi bunga yang dipilih Datin Sue kelmarin. Takut-takut jikalau kotak tersebut jatuh ke bawah.
"Sama-sama, sister. Malam ni jangan lupa. Makan tempat biasa." Laila angkat kepala. Memandang wajah Raaziya melalui patulan cermin kereta.
"Baiklah, Cik Laila." Raaziya menjawab. Hampir setiap malam juga mereka akan makan di kedai makan berhampiran taman perumahan mereka. Murah, sedap dan berbaloi. Itu kata Laila. Dan dia sokong.
"Tak apa. Aku turun turun dulu. Dah lambat ni," kata Raaziya selepas menilit jam tangannya. Enggan biarkan Datin Sue menunggu.
"Ya, hati-hati. Eh, satu lagi aku nak tanya."
"Tanya apa?"
"Kan kau ada cakap yang Hani tu sepupu Adyan, kan? So, kiranya... Datin Sue ni mak saudara dia la, kan?" Laila menanya untuk kepastian. Tiba-tiba saja isu Adyan bermain di mindanya.
Raaziya mengangguk teragak-agak. Raaziya semestinya tak tahu. Dia tidak pernah menyentuh hal peribadi Adyan ketika berbual dengan lelaki itu. Dia sedar, dia dan Adyan masih ada batas. Terutamanya tentang hal-hal yang berkaitan dengan hal peribadi.
"So, kiranya juga... Adyan ni bukan orang biasa-biasa la, kan?"
"Maksud kau?" Raaziya kerut kening. Nantikan jawapan.
"Kau kenalkan Datin Sue tu siapa. Orang terkenal dalam dunia perniagaan."
Raaziya kenal Datin Sue melalui Nabil. Menurut Nabil, Datin Sue dan suaminya, Datuk Megat mempunyai sebuah syarikat yang kian gah di Kuala Lumpur. Mereka sangat dikenali dan dihormati dalam dunia perniagaan.
Tapi, Raaziya tak kenal Adyan. Tak tahu apa pekerjaan lelaki itu sebenarnya. Dia sedar, pertemuannya dengan Adyan hanya satu kebetulan saja. Tak lebih dari hanya mengetahui nama masing-masing. Dan itu saja.
"Aku pergi dulu, Laila. Hati-hati drive. Jangan bawa laju-laju," pesan Raaziya selepas tersedar yang dia sudah lewat. Kata-kata Laila tadi dibiar tak berjawapan.
"Baiklah, Cik Raaziya." Meleret-leret saja suara Laila. Tanda dia faham dan sudah lama faham dengan pesanan ringkas itu. "Bye bye, sweetheart."
Raaziya menarik picu kereta. Keluar dari kereta bersama kotak bunga tadi. Dia gementar. Gementar untuk menghadap Datin Sue seorang diri. Sebelum ini, dia datang bersama dengan Nabil. Tapi hari ini, dia seorang diri.
Tingkap kereta di tempat duduk penumpang diturunkan separuh supaya wajah Raaziya kelihatan. "Aku pergi dulu, Ziya. Petang ni aku ambil. Kalau lambat, aku tinggal." Selepas berujar, kereta Laila bergerak pelahan meninggalkan Raaziya.
Raaziya sudah menggeleng sendiri dengan tawa halus. Dilambai-lambai tangannya selepas Laila sempat menghonkan kereta. Dengan langkah yang berat, rumah agam yang kelihatan sangat mewah itu dipandang seketika.
Raaziya berjalan ke pintu utama rumah agam Datin Sue selepas mendapatkan kebenaran untuk masuk. Salam diberi terlebih dahulu sebelum pintu dibuka dari arah dalam.
"Jemput masuk cik. Datin Sue ada dekat belakang rumah. Dia suruh cik pergi ke sana dahulu." Pembantu rumah yang sama tempoh hari menyambut kedatangan Raaziya dengan mesra. "Cik boleh ikut saya."
YOU ARE READING
RAAZIYA
Romansa[AKAN DISAMBUNG UPDATE SEMULA] To my Raaziya: "You're so beautiful. Like a flower." From your future love, Adyan Khaleed.